Wednesday, September 21, 2011

Home » Marhaban Raya 2011

Marhaban Raya 2011

Tahun kedua kami beraya di rumah sendiri. Dan tahun ini juga merupakan kali pertama taman kami mengadakan marhaban raya serta sessi suai kenal untuk semua penduduk taman.

Tahun lepas kira belum cukup ahli lagi sebab belum semua jiran berpindah. Tahun ini nampaknya program ini berjaya di laksanakan.

Taman kecil ini yang hanya mempunyai 12 buah rumah, kalau tak kenal dengan semua jiran macam tak patut pula kan. Selama ni aku cuma kenal dengan 3 jiran terdekat saja, yang lain-lain tu kira senyum-senyum je bila nampak di jalan.

Program marhaban raya ni memang mengeratkan lagi perhubungan kami jiran tertangga dan moga dapat di laksanakan setiap tahun.

12 buah rumah, makanya 1 hari 3 rumah dan marhaban di jalankan selama 4 hari berturut-turut, bermula  pada minggu ke tiga Syawal iaitu 12hb Sept yang lalu. Rumah kami jatuh pada hari pertama dan giliran yang kedua malam itu.

Juadah ringkas telah di persetujui untuk di hidang di setiap rumah. Terpulang kepada tuan rumah, asal tidak membebankan. Apa yang penting, program ini untuk kami saling kenal mengenal dan mengeratkan silaturrahim.

Program di hadiri oleh semua ahli keluarga termasuk anak-anak. Meriah rasa terutama anak-anak yang seronok bermain.

Beberapa keping gambar semasa jiran-jiran di rumah kami.

Sebelum berangkat ke rumah pertama malam itu, ini je yang sempat aku letak di atas meja. Malam itu juadah dari rumah kami ialah roti jala dan kari ayam, buah tembikai susu, kek batik marie dan air teh panas.

Jiran-jiran sudah masuk untuk membaca selawat, anak-anak semua ikut. Selepas sessi bermarhaban, tuan rumah perlu berucap sepatah dua kata.

Acara paling seronok, makan-makan dan saling kenal mengenal. 
Alhamdulillah, berkat dari program ini, aku dah kenal semua nama jiran-jiran aku yang perempuan, yang lelaki masih ada yang lupa, tapi ingat rupalah. Majoriti cikgu di sini.

Semoga ikatan ini terus berkekalan. Semua pun memang tuan rumah asal, tiada yang menyewa dan kami semua hampir sebaya. Seronok dapat kenal semua jiran tertangga.

~ يوس ~

33 comments:

  1. assalamualaikum

    seronok kalau kenal2 jiran2 camtu... jiran kita kat sini pun majoriti cikgu tapi susah nak berjumpa... ~

    ReplyDelete
  2. Salam yus..
    Seronoknyer Yus dapat beraya dirumah sendiri...akak, tiap2 beraya kat kampung...

    Baguslah Yus acara macam tu, dapatlah kita saling kenal mengenal..dan dapat tambah kawan...:)

    ReplyDelete
  3. Awal2 kakcik duduk di rumah sekarang, hubungan antara jiran tetangga sangat rapat sehingga kami boleh menganjurkan jamuan raya bersama. Tapi, bila ramai yang telah pindah, semuanya hanya tinggal kenangan. :(

    ReplyDelete
  4. memang seronok kan kak..kirim salam dekat cikgu anisah..tu jiran saya dulu..

    ReplyDelete
  5. wah sikitnya 12 orang dan best pulak bila boleh kenal2 gitu..jiran2 yana ni campur ada cina ada melayu...ada kenal ada yg tak...hehe

    ReplyDelete
  6. 12 buah rumah je .. sikit tuu , memang melampau kalau x kenal kan .. hermm marhaban nie popular di johor kan yus .. seronok , juadah pun mcm2 jenis boleh rasa .. janji silaturrahim tuu kekal kan :)

    aah yus .. dah lama yus x mai umah ieda .. kemana menghilang :)

    ReplyDelete
  7. tak ramai ....
    lagi senang nak kenal

    ReplyDelete
  8. seronokkan mcm tu..baru lebih mesra lagi dgn jiran2..

    kak ain pun belum lagi jemput kwn2 dtg rumah..mcm tak sempat jer...

    ReplyDelete
  9. saya seumur hidup tak pernah bermarhaban~he~~

    ReplyDelete
  10. bagusnya ada program macam ni.. semoga hubungan yg baik ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya..

    ReplyDelete
  11. Kalau tempat kakak satu malam sampai 11 buah rumah Yus... tapi kami makan di rumah terakhir sebab kejar masa. Semua makanan longgok satu tempat (rumah akhir). Lelaki dan perempuan punya perkumpulan asing. Selang sehari.

    Best kan marhaban, terasa hari raya....

    ReplyDelete
  12. jiran floor saya semua bujang yang wat hal sendiri

    ReplyDelete
  13. Assalam yus..sejak dok sini baru terasa macam tak de jiran..he he
    jiran sbelah kiri kana..india..
    susah kat rumaha kak ni yus..banyak rumah..tapi kenal jugak cuma jarang bertemu..

    ReplyDelete
  14. memang besh wat macam ni kan
    bukan senang nak kenal2 dan moga berkekalan la ye
    susah senang jiran gak main peranan..

    ReplyDelete
  15. salam akak..
    mmg seronok kan ade xtvt camni..umah mak cma pon ade buat marhaban dan takbir rumah ke rumah..
    alhamdulillah..
    semoga keharmonian kita bersama jiran tetangga semakin akrab..
    :)

    ReplyDelete
  16. ramai jugak blogger yng terlibat dengan aktiviti marhaban ni..
    kawasan umah saya tak de buat pun gini..

    melayu ada jugak..
    tapi jauh2 rumahnya..
    kat belah2 saya ni ada 3 umah melayu je..

    ReplyDelete
  17. Bgsnya amalan ukhwah mcm ni, saya tggu Anak besar skit baru rajin nk masak2 byk2 huhu, tak yakin la kak

    ReplyDelete
  18. bagusnya program camni..blh kenalan ngan jiran yg blm knal selain erat silaturrahim...

    ReplyDelete
  19. Salam lebaran dari Che Mid. Rumah akak pun belum boleh buat macam tu, baru sangat lagi, jiran pun masih sikit... tentu seronok dan malu-malu kenal jiran baru kan..

    ReplyDelete
  20. Oops, jgn lupa ikut ke rumah baru CM tau..

    ReplyDelete
  21. hajar pun time2 raye ni la dapat berkenal2 ngan jiran2... best... ;d

    ReplyDelete
  22. Bagusnya ada marhaban macam ni ..dapat kenal & eratkan lagi hubungan antara jiran..

    harap lps pindah nanti boleh adakan aktiviti camni juga:)

    ReplyDelete
  23. wah..baguslah aktiviti ni..merapatkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  24. wah bestnya ada program mcm ni...bukan semua taman dpt buat ni...cayalah...

    ReplyDelete
  25. bestnyer taman kami minggu nih kot :)

    ReplyDelete
  26. bestnya aktivi mcm ni.. dpt mengeratkan lagi hubungan jiran setaman..

    ReplyDelete
  27. SERONOK KLU ADA AKTIVITI MCM NI KAN KAK... KLU BALIK BERAYA RUMAH MIL MUNNA ADALAH ACARA NI KAT SANA...

    ReplyDelete
  28. Masa raya dan aktiviti macam inilah yg sesuai utk kita saling mengenali jiran2.....tp klu Nurul klu sekali tgk je ingat rupa nama dah lupa....

    ReplyDelete
  29. mmg suke sgt marhaban ni...

    leh kenal dan bermesra kan...

    awk johor kat mana?

    ReplyDelete
  30. Bestnya bila ada jiran2 macam ni... meriah...!

    ReplyDelete
  31. dah lama acara marhaaban macam ni tak ada di kampung, sejak da yg dah meninggal, ada yg uzur, generasi muda tak pulak meneruskan ruginya

    ReplyDelete
  32. salam
    dh lama t.jnguk yus...t.nympat n9..pagi ni b usaha ziarah kwn2 ;D

    baguskn ada acara mcm ni, mkn t.pnting, silaturrahim yg pling utama

    ReplyDelete
  33. salam
    dh lama t.jnguk yus...t.nympat n9..pagi ni b usaha ziarah kwn2 ;D

    baguskn ada acara mcm ni, mkn t.pnting, silaturrahim yg pling utama

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...