Thursday, September 08, 2011

Home » , » Ada rupa Jambatan Pulau Pinang ke? : Oh! Tidak!!! Kami di Tanjung Balau, Johor!

Ada rupa Jambatan Pulau Pinang ke? : Oh! Tidak!!! Kami di Tanjung Balau, Johor!

Salam Khamis....

Ramai juga yang cuba meneka kami di mana dalam entri ini.
Tapi, aku tersenyum panjang bila ada yang meneka kami di Penang.
Aku tak pernah sampai Penang lagi seumur hidupku 35 tahun ini...huhu.
Ada rupa jambatan P.Pinang ya gambar 1 dalam entri tu??
Kira oklah kan, tak pernah sampai pun orang ingat dah sampai...hehe

Apapun, ada yang meneka dengan betul.
Jawapannya kami di Tanjung Balau, Johor ya.
Dekat-dekat dengan Desaru.

Kami ke sana untuk beraya di rumah Pak Andak aku merangkap adik kandung emakku.
Sambil menyelam minum air, haruslah mandi manda dah sampai sana kan.
Kita cuci mata dengan gambar lagi...

Gambar 1 : Ini sebenarnya lebuhraya baru Senai-Desaru tu. Jambatan yang merentasi selat ni (laut ke selat?..huhu) berbentuk A kan. Gambar dari jauh ni rasanya takde rupa Jambatan Penang pun kan??


Gambar 2: Sampai saja terus parking di hadapan gerai makan mak andak aku.

Gambar 3: inilah dia gerai pak Andak dan Mak Andak aku. Sampai je dah pekena asam pedas dia dulu. Asam pedas Mak Andak aku ni memang sedap tau! Korang kalau pergi sana jangan lupa cuba ya. Sedappppp!

Gambar 4: Ini rupa chalet di Perkampung Nelayan Tg Balau ni. Kalau ke sini, bolehlah menginap di sini.
Gambar 5: Ini pula, rumah Pak Andak dan Mak Andak aku. Kami ke sini tak perlu sewa chalet, lepak rumah dia jelah kan. Kata raya, kalau tak raya pun tidur sini juga...hihi. Chalet tadi, di area belakang kawasan rumah ni.

Gambar 6: Tu dia. Mereka semua sudah menuju ke pantai untuk mandi-manda

Gambar 7: Ini pula motor kesayangan sepupu aku,...cantik tak?
Ok, ramai yang suka tengok gambar 7 dalam entri sebelum ni kan.
Gambar Arif comel!

Masa kat pantai tu, aku memang asyik snap gambar dia je.
Semua aku suka.
Mari kita lihat gelagat Arif di pantai dalam slide ini...



p/s: harap uolls tak jemu pula asyik tengok gambar je dua tiga hari ni ya....
~ يوس ~

33 comments:

  1. Hari raya pun Mak Andak buka gerai dia? :)

    ReplyDelete
  2. bestnyaa..macam nak datang sana je rasanya, nanti boleh cuba asam pedas mak andak kak yus..

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat tu yus.. rumah mak andak awak pun sama cantik dengan chalet2 tu semua.. bilalah nak ke sana.. ke desaru pun saya tak pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
  4. dear..i yg duk kota tinggi atau lebih tepat lg lok heng.tak pernah lg guna hiway baru ni...

    ReplyDelete
  5. tekaan sya betul!

    yeay...

    heheh, org johor mesti la tau kan..

    mmg rupa dia ada sket cam penang bridge tpi pendek la kan

    klu sya singgah mkn kedai mak andak, ada dpt diskaun tak?
    hihi

    ReplyDelete
  6. lawanya rumah dia...
    lawanya moto..
    hehheh

    ReplyDelete
  7. Mkn asam pedas bestnya, a'ah nmpk mcm Penang bridge, salah rupanya hihi

    ReplyDelete
  8. @kakcik
    masa kami pergi tu dah raya ke 6. Dia baru buka gerai dua hari selepas sebulan lebih bercuti...:)

    ReplyDelete
  9. cntiknya rumah..dekat ngn pntai eh kak?

    ReplyDelete
  10. dari jauh memang mcm jembatan penang..

    ReplyDelete
  11. hahahaha...
    sekali silap la...
    malunye...!
    johor ek??
    hehehehe....=)

    ReplyDelete
  12. Yus...cantik chaletnya... tapi akak tak pernah ke sana lagik...

    ReplyDelete
  13. Lebuhraya Senai Desaru tu..saya klu nak balik kg mesti lalu situ sejak dah siap senang xjem..cepat pn cepat...ehhehehe..lawa kan jambatan tu...

    ReplyDelete
  14. yana pun tk pernah smpai penang..seronok la tu...kalau pergi ckp bestfriend kak yus leh tumpang tido kat umah pak andak tk? :P

    ReplyDelete
  15. kak, kat kedai mak andak akak tu ada jual asam pedas ikan pari tak?

    saya kalau asam pedas suka mkn ngan ikan pari jer...

    ReplyDelete
  16. cute la chalet tu

    secute motor tu

    hehehe

    ReplyDelete
  17. kak, cantik rumah mak andak akak tuh..motor pun unik gak hihi

    ReplyDelete
  18. Dulu masa belajar, Yati pernah ke Desaru. Semuanya tinggal kenangan. Arif tak takut laut ya? Sulaiman tu pun takut dengan ombak. :)

    ReplyDelete
  19. takpe kak yus, raya kan sebulan.

    saya yang dah dekat 5 tahun stay Penang nih memang taula yang tu bukan:)

    ReplyDelete
  20. bestnya Mak Andak Yus ada challet kat pantai blhlah selalu mandi laut.

    ReplyDelete
  21. hi yus..besnyer lokasi rumah mak andak..rumah dia pun cantik...

    ReplyDelete
  22. mcm jambatan kt sunway pun ada huhuhhhh

    ReplyDelete
  23. Suka tgk gmbar Arif...comel..!!!!

    ReplyDelete
  24. cantiknya rumah mak andak akak...

    ReplyDelete
  25. Salam.saya nak tanya,bape harga weekend utk chalet kat perkampungan nelayan tu ye?ada tak contact no?saya cari kt telekom tak jumpe la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti berapa. Boleh contact Zaim 012-2905720

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...