Sunday, August 14, 2011

Home » » Hari ini 7 tahun yang lalu....

Hari ini 7 tahun yang lalu....

Dari pagi aku tak ingat langsung bahawa hari ini ialah 14 Ogos.
SRD juga tidak menyebut apa-apa.
Kami sibuk mengemas baju-baju yang baru di beli untuk raya,
juga mengemas baju-baju lama yang tidak terpakai.

Sehingga tengahari, buka fb, terbaca status dari kakak iparku...

Tiba-tiba aku teringat peristiwa yang berlaku 7 tahun yang lalu....
Ketika itu kami di UK.
Dan aku masih ingat, aku pernah abadikan cerita ini di blog....

Dan bila aku baca coretan aku di waktu itu...
Tanpa sedar airmataku menitis semula....
Inilah coretan aku di waktu itu...
Ku bawa terus masuk dalam entri ini...



Abah! InsyaAllah, selagi hayat di kandung badan, akan ku jaga anakmu itu dengan baik.
Kalau abah masih ada, tentunya abah berbangga dengan dia...
Dia berjaya dalam kerjayanya...
Dia juga berjaya dalam hidupnya..
Hidup kami  boleh di kata senang dan aman bahagia.

Berkat dari dorongan abah yang suruh SRD masuk kerja di sini dulu.
Kalau tidak, mungkin SRD masih bekerja di kilang seperti dulu.
Mungkin juga tidak lagi memegang PHD yang dia ada sekarang.
Semuanya berkat nasihat dan dorongan abah.

Anak abah itu, sudah punya 4 orang anak.
Yang comel-comel, yang tidak mengenal akan atok abahnya.
Namun mereka tahu bila ke pusara abah.
Mereka akan kata,
"Ini pusara atok abah ya ibu!"

Khamis lalu, sempat kami sekeluarga baca Yassin untuk arwah abah.
Kami tak pernah lupa akan abah.
Dan tahun ini, seperti selalu, kami janji akan ke pusara abah.
Di hari Lebaran yang indah....

Al-Fatihah untuk arwah bapa mertuaku...
Haji Mahzan bin Sulaiman...
Semoga abah terus tenang di sana...
Aminnn....

~ يوس ~

19 comments:

  1. walaupun dah 7 thn, masih tak kuat nak menulis tentang hari ini 7 tahun dulu. Baca entry akak tetap menangis juga.

    Semalam Tima dah pesan jangan tulis entry sedih-sedih..sebab tu masih tak menulis wpun dah 2 jam dpn PC.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah..sedih bila baca coretan yus yang lalu..

    ReplyDelete
  3. Alfatihah..sedihnya kak yus..

    ReplyDelete
  4. alfatihah untuk arwah abah kak yus..

    ReplyDelete
  5. Salam YUS.
    Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

    Semoga dirahmati beliau yang telah pergi.

    Dan semoga apa yang dididik dan yg ditinggalkan terus menjadi pegangan dan panduan sepanjang hayat.

    Ramadhan: Tidak Berbeza Tapi Sentiasa Istimewa...

    ReplyDelete
  6. sedihnya n3 ni.. dan saya kagum ngan sikap awak ngan mertua.. hebat bagai tiadak jurang.. doakan saya semoga sehebat awak..
    dan baca terus teringat kat arwah ayah saya..
    al-fatihah.. semoga damailah arwah di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  7. sedih mengenang insan tersayang yg telah tiada.. semoga roh mereka tenang di sana..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan segala rahmat-Nya...Share the feeling as well...

    ReplyDelete
  9. bila baca N3 akak ni dan2 D teringat kat arwah ayah....rindunya...

    Al-fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah buat arwah bapa Mentua Yus...semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya......

    ReplyDelete
  11. Walau 7 tahun berlalu Yus, segala nostalgia mesti tidak boleh luput dari ingatan....

    Moga rohnya dicucuri rahmat berkat anak-anak yg soleh dan solehah... doakan dia.

    ReplyDelete
  12. al-fatihah buat arwah ayah mertua yus... moga Allah cucurkan rahmat ke atas rohnya ... insya ALLAH ~

    ReplyDelete
  13. alfatihah.
    arwah abah eB meninggal 2 hari seblom rayer... msk rayer nih dh 3 thn...

    ReplyDelete
  14. alfatihah .. semoga arwah lebih tenang disana .. aminnn

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah untuk arwah..bergenang yana baca entry ini...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...