Monday, July 18, 2011

Home » Juvana dah habis...

Juvana dah habis...

Siapa tengok drama Juvana tadi?

Memang suspen betullah. Aku suka ending dia tadi. Rasa tak puas pun ya juga. Dari mula episod sehingga tamat tadi, hati rasa suspen aje. Tahniah kepada pelakon dan pengarah.

Tapi ada juga scene yang tak logik. Takkan lah Mak Wan dengan anak dia Nadia tu tak sedar apa yang terjadi dalam sekolah tu? Polis dah sampai baru mereka keluar. Sangatlah tak logik ok!

Lepas tu si Tony dan sorang lagi guard yg kena pukul dengan pelajar tu semua apa cerita? Tak nampak pun polis pegi tangkap diaorang?

Satu lagi apa cerita Dato Wira? Tiba-tiba aje dah 10 tahun berlalu.

Apa pun suka dengan penampilan baru Daim. Botak jadi ahli peninju Asia? Hehe, lawak pulak di situ.

Aku beri 4.5 bintang untuk drama ni. Lepas ni malam Isnin kami suram semulalah. Apa drama baru yang menggantikan Juvana ek? Tak tengok promo pulak. Ada promo ke? Tak perasan pulak.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

10 comments:

  1. Aahlah..tak puas..kata member kita nanti nak ada movie..hehe, hensem daim tadi..minggu depan dah ganti cerita SUPERMAK..tunggu okeh..

    ReplyDelete
  2. @missbby
    oo citer supermak yg Nasha Aziz tu hari Isnin punya slot ya...hehe. Ingat hari lain..:)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tengok tapi si Along minta tengok malam tadi. Kengkawan kata best kata dia.


    Abg melayan diorang tengok tv.



    *dengarlah sesi-soal jawab anak-beranak tu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. cheqna tengok first episod n last episod sahaja...
    ok lah..=)

    ReplyDelete
  5. pelik tul...nape sy tgk time daim jd cikgu je..xde pun botak n kwn2 hak lain masa 10 thn kendian...tv sy problem ke ek huhu...
    kak yus,adala polis tolak tony tu ke keta peronda...yg guard sorg lg xkena tgkp..dia tukang tutup pagar pas polis blah..musykil dia xkena tgkp...

    ReplyDelete
  6. @cheqna
    oo kira pembuka dan penutuplah ni ya cheqna..hehe

    ReplyDelete
  7. @zura_habib
    botak dngan kawan2 lain dia tak tunjuk scene zura, tapi dia ada tulis di setiap gambar mereka masa akhir tu. Yang masa keluar senarai nama pelakon dan krew semua tu, ada tulis sekali kat situ. Apek jadi tokoh korporat..hehe

    oo ya ke? Akak tak perasan pulak Tony di tangkap..hihi

    ReplyDelete
  8. katanya ada sambungan lg kak...juvana 2 kot...

    ReplyDelete
  9. kak yus...ending tergantung nk buat siri ke2 kot? hehe

    ada eh scene kata botak jadi peninju asia?

    waa...cemana terlepas ni

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...