Monday, July 18, 2011

Home » » Janganlah tamak sangat Cik Kak!!!!!!!!!!!!

Janganlah tamak sangat Cik Kak!!!!!!!!!!!!

Geram sungguh aku dengan mereka-mereka yang tiada kesedaran sivik ni. Memandu sesuka hati satu hal, nak parking kereta pun sesuka hati.

Dah banyak kali terserempak macam ni, dia parking kereta sesedap rasa dia aje. Elok-elok tempat parking tu untuk dua kereta, alih-alih, satu kereta saja boleh masuk.

Cuba korang tengok...

Nilah aku kata akak ni tamak, kereta dia kecil saja, kenapa nak parking tengah-tengah macam tu kan....
Sah-sah, tempat parking tu untuk dua kereta, dia pegi letak tengah-tengah tu kenapa? Orang lain nak masuk, terpaksa menunggu. Padahal depan tu, pondok polis tu. Sikit pun tak heran kan...

Kami ni menunggu di situ, barulah juga. Mula-mula tak terniat pun nak ambil gambar, sekali bila aku keluarkan kamera, pemandunya pun sampai...huhu. Terambil sekalilah gambar dia.

Lain kali, nak parking kereta pun, kenalah berhemah ya. Ingat orang lain pun nak guna juga. Bukan awak seorang saja..huhu. Tak kiralah awak nak parking situ sekejap ke lama ke, yang penting kita parking kereta di tempat yang betul. Jangalah menyusahkan orang lain!

Ni geram ni, selalu sangat kena macam ni. Lagilah kat bandar BP ni, tempat nak parking tu memang susah, kawasan pula sibuk. Siapa duduk BP mesti tahu tu area mana kan...

Pesanan untuk diri sendiri juga. Walau sekejap mana pun kita nak berhenti di tempat tu, parking kereta biar betul ya!!!Jangan tamak-tamak tau! Tak baik...hehe:)>-

~ يوس ~

24 comments:

  1. wahh, tau sangat tempat ni..tapi memang tak beragak la..kita pun selalu kena lah kak..agak bengang gak kalau kena cam ni..

    ReplyDelete
  2. sy kan kak yus lau nk parking keta selagi x masuk petak selagi tu la gostan ke depan gostan ke depan...tktnya keta sy ganggu org hehe

    ReplyDelete
  3. Tak rasa bersalah ke dia parking tak masuk petak dia.. terkeluar2 mcm tu.. Tak cantik parking senget2 kan.. Azi mmg tak sukaaaaa parking tak tegakkkkk dan betul2 masuk kotak putih..

    ReplyDelete
  4. yus..akak ingatkan tamakkan ape la tadi..rupanya tamak kan tempat parking..he he

    ReplyDelete
  5. ye saya sokong...
    parkingla dengan berhemah...jangan sampai menyusahkan orang lain..
    bertimbang rasa la sket..=)

    ReplyDelete
  6. memang selalu jumpa org2 yg mcm ni... paling bengang bila yg perempuan buat mcm ni...

    betul sgt2.. mcm xde kesedaran sivik jer...

    ReplyDelete
  7. nampak sangat pentingkan diri sendiri.


    Ke dia nerveous nak parking. Ada sorang kawan cenggitu. Bila drive kenmain hebat tapi bila tang parking dia fail sikit...hehe..

    ReplyDelete
  8. Betul tu kenek hati2 ms parking n berhemah di jln raya, klu kete kecik mmg senang nk parking tp jgnlah mcm yg gmbr di atas tu...remind utk diri sendirik jugak :)

    ReplyDelete
  9. dia xreti nk agak kot paking tu..tu psl main belasah dua lot..hehe

    ReplyDelete
  10. IQ tahap berapa lah orang tu...kesian kannn...

    ReplyDelete
  11. blom dpt lesen lagi kot x? ;p

    ReplyDelete
  12. @missbby
    kan huda...kereta tu kecik je, tak kan tak boleh agak2 nak parking sampai 2 lot dia kebas..huhu. Geram!

    ReplyDelete
  13. @zura_habib
    kak yus pun mcm tu Zura, tu yang pelik kenapa ada orang tak macam tu..huhu

    ReplyDelete
  14. @Ajzie
    memang tak cantik azi. Dia ingat kereta lain boleh masuk ke, konon nak kasi 3 kereta masuk ke...huhu.

    Kiri atau kanan, dua2 tak boleh kan..dia je sorang2..geram ni!

    ReplyDelete
  15. @Acik Erna
    Tulah kak..tamak sungguh cik kak kat gambar tu..hehe

    ReplyDelete
  16. @cheqna
    betul, betul. Bertimbang rasa amalam mulia

    ReplyDelete
  17. @kakyong
    itulah kak, ingat lelaki je, pompuan pun sama..huhu

    ReplyDelete
  18. @a.z.r.i.n.a.03.07
    kalau ya pun nervous,agak-agaklah..huhu

    ReplyDelete
  19. @ajumohit
    tulah aju, patutnya kete kecik senang sikit na parking kan. Ni sama jugak..huhu

    ReplyDelete
  20. @sarah-najwan
    itulah kak. Main belasah pun agak2 lah sikit. Yus rasa dia nak cepat, parking sekejap je, tp kalau ya pun sekejap je, patut2lah kan...

    ReplyDelete
  21. @hani@debumelukut
    kesian kat orang lain juga yg nak parking tapi tak boleh walaupun sepatutnya ada tempat kosong di situ..huhu

    ReplyDelete
  22. @eB ezrin
    kalau belum dapat lesen, tak akan berani ke bandar, parking depan pondok polis tu..huhu

    ReplyDelete
  23. nak kata keta besar, tak muat lot parking...kancil je pon...huhuu

    ReplyDelete
  24. memang susahlah klu org yg x tahu sivik nie......klu Nurul bkn reti sgt nak paking nie,klu paking biar betul2 msk petaknya dan kejap gostan dan ke dpn mesti 2-3x nak adjust....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...