Thursday, May 28, 2009

Home » » Percubaan pertama posting guna email...

Percubaan pertama posting guna email...

Hoho..streamyx aku hari ini dengan mudahnya dapat dibuka. Tidak seperti hari-hariku yang lepas. Alhamdulillah. Suka hati aku. Dan hari ini aku gatal tangan nak buat posting melalui email pula. Cuba try test tengok berjaya tak. kengkonon nak cuba mobile blogging juga, tapi yang itu nantilah dulu.Satu-satu kata orang.

Oh ya! Aku ada satu cerita lucu yang hendak aku kongsikan di sini. Cerita anak aku yang pelat bila berkata-kata. Sememangnya Alia dah Abid pelat sikit bila bercakap, tapi yang satu ini aku tak boleh lupa. Satu hari semasa kami ke BP Mall. Biasalah bila nak parking kereta ada guard yang jaga di ruangan masuk tuh dan beri kad.

Alia: Ibu tu polis kan. Kena pakai tali pinggang, nanti polis tangkap kan ibu.

Ibu: Tu bukan polis, tu security guard.

Alia: Ooo, tuh Siti Khadijah.

Ibu: gelakgulinggelakguling

So, kawan-kawan security guard tu dia sebut Siti Khadijah. Hihi...ada Siti jaga kat ruangan parking di BP Mall tuh..huhu. Alia..Alia.

p/s: aku bukan direct publish melalui email ni. Aku post dulu ke draft dan kemudian edit serba sedikit baru publish. Lepas nih aku nak try publish terus dari email pula.peace

7 comments:

  1. Hahaha.. lawak la Alia tu! oh percubaan post melalui email ye kak. lg senang update kat blog ke update kat email ek? x penah try la. nanti nak godeh2 gak tengok. hihi..

    ReplyDelete
  2. wahhhhh yus.. best nya..
    Azi lum cuba lagi.. mcm best aje..

    ReplyDelete
  3. as: hehe..memang lawak, akak ketawa besar masa tuh, tak boleh lupa punya.

    Ha'ah, try guna melalui email, tp hantar ke draft dulu, pas tuh baru publish mcm biasa. Boleh buat direct gak. Rasa lebih suka pos dari blogger lah as. Tapi kalau masa blogger ada problem nak buka, bolehlah guna email sebagai alternatif...kan.

    ReplyDelete
  4. siti khadijah??

    (tepuk dahi)

    ReplyDelete
  5. mak su:hihihi..saya pun tak tahu macam mana boleh jadi siti khadijah..

    ReplyDelete
  6. OOh...boleh post dari email ye...nanti boleh try lah...

    Heheh...Siti khadijah pakai uniform...lagik tak bleh tahan...hahahah

    ReplyDelete
  7. kak anie:hahaha...ketawa besar saya baca komen akak kak. Tapi skrg nih mmg ada security guard wanita kan kak.Wanita sekarang memang boleh buat macam2 kerja, tinggal nak atau tak jer kan kak.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...