Friday, May 08, 2009

Home » » How to Deal With Your Child's Temper Tantrums

How to Deal With Your Child's Temper Tantrums

Salam kembali.....

Internet di rumah dah berfungsi. Aku dah boleh kembali berblogging.Namun begitu masaku masih agak terhad. aku selalu pening kepala memikirkan anakku yang bongsu itu. Dia akan mengamuk, marah, menangis dengan kuat apabila kehendaknya tidak dituruti. Dalam ketiga-tiga anak-anakku itu, rasanya Abid lah yang paling susah dilayan. Aku sendiri tak sabar, aku tahu itu. Aku tak pandai nak menangani sikapnya yang susah nak dipujuk itu apabila marahnya menjadi. Ditambah bila aku cuba mententeramkan dia, kakaknya Alia mengusik lagi. Dan selepas itu, bila aku tersilap langkah, dua2 pulak merajuk. Aduh!!!

Dah bila aku google aku terjumpa ini, ini dan ini. Selepas membacanya, aku mengerti yang aku perlu mengawal amarah ku dulu, barulah aku dapat mengawal amarah mereka. Dulu aku rasa tidak sesukar kini menanganinya. Tapi sejak ketiga-tiganya sudah mula menunjukkan kehendak dan keinginan masing2, sudah mula ada rasa marah,ada perasaan iri dan dengki sesama mereka, ada ketikanya aku tak dapat mengawal kesabaranku. Agak sukar untuk mengikut kehendak yang seorang, sementara yang seorang lagi terpaksa melupakan kehendaknya. Mereka mungkin merasa aku menyebelahi seorang saja sedangkan yang kehendaknya tidak dipenuhi merasa diri terpinggir. Padahal aku tidak bermaksud begitu. Ada masa aku merasa seperti tersepit. Ya Allah, bantulah hambamu ini menjadi ibu yang baik kepada mereka....Aminnn.



Contoh amukkan Abid setiap hari:

Satu perkara yang betul-betul buat aku pening sekarang, hari-hari terjadi, Abid dan Alia suka berebut kunci pintu rumah. Satu hari, aku memang sering keluar masuk rumah. Hantar Alia sekolah, ambil Alia dari sekolah, ambil Aqil dari sekolah, hantar Aqil ke sekolah agama, ambil Aqil dari sekolah agama. Jadinya paling kurang satu hari lima kali aku akan keluar rumah. Belum termasuk petang-petang keluar ke taman permainan pula. Dan setiap kali itu, Abid berkeras, dia yang nak kunci pintu grill dan rumah. Masalahnya dia buat dengan terlalu lambat, terkedek-kedek. Kalau masa aku awal, oklah, aku turutkan saja kerenahnya.Tapi bila aku terlambat, tergesa-gesa, nak cepat keluar rumah, dia tetap berkeras untuk mengunci pintu, sampai aku sakit kepala dibuatnya. Bila aku tolong, dia tahu, bukan dia yang pusingkan kunci tu , dia akan mengamuk, menangis sakan. So, terpaksalah aku buka semula, buka pagar semula, biar dia buat dan aku perhatikan saja sampai dia selesai. Tak boleh di tolong langsung. Bila aku tak sabar, aku ambil saja kunci, dan aku kunci seperti biasa. aku dukung saja dia masuk dalam kereta, tapi terpaksalah aku menahan telinga sepanjang perjalanan itu mendengar tangisan dan amukkannya.

Bertambah masalah lagi, bila Alia sudah berada di rumah, dia juga berebut hendak mengunci pintu dan pagar rumah. Bila aku kata, Abid buat masa pergi, Alia pulak masa balik nanti tak menjadi juga. Puncanya, Alia boleh faham, tapi Abid tak mahu faham. Dia tak mahu mengalah. Kunci rumah itu adalah miliknya. Orang lain tak boleh sentuh. Bila aku kata pada Alia, berilah Abid buat, dia kecik lagi, Alia merajuk juga. Sebab tadi aku dah kata, tukar2, masa pergi Abid, balik Alia pulak yang buka kunci. Bila dah merajuk begitu, dalam diam Alia akan cubit adiknya. Sudahnya mengamuk lagi.

Bila aku sorokkan kunci, semua orang tak boleh pegang kunci, Abid tetap mengamuk sakan. Dia akan cuba cari kunci itu, bila tak jumpa habis semua orang dipukulnya. Bila aku kunci dia dalam bilik supaya dia boleh tenang, dia ketuk pintu tu macam nak roboh jer. Aku tak tahan mendengarnya. Bila dah keluar, aku cuba cakap baik-baik, dia masih tak terima. Selagi kunci idaman tidak ada di depan mata, selagi itulah marahnya tidak reda. Macam manalah aku nak SABAR kalau hari-hari begitu.

Satu lagi, menambah ketidaksabaranku, kunci kereta pun dia nak juga. Dia nak hidupkan enjin kereta tu sekarang. Kalau aku tak benarkan, habislah. Sakit telinga dengar tangisannya. Bila aku benarkan, selalunya kereta tak dapat dihidupkannya. Salah cara kot dia pusing kunci tu. Bila aku betulkan, dia marah juga. Lepas tu, hari-hari berebut cd lagu dengan Alia. Alia nak pasang cd lagu lain, Abid pula nak yang lain. Aku kata gilir-gilirlah. Abid keras kepala. Tak mahu terima. Dia saja yang mesti menang. Sudahnya Alia bersedih. Kalau aku sorokkan saja kesemua cd lagu, Abid tetap tak faham bahasa. Aku kata cdnya takde Abid, dia kata, Ibu pasanglah. Seboleh-boleh suruh aku pasangkan cd lagu yang dia nak tu. Sampai aku pusing memikirkan jawapan apa lagi nak beri. Tak tahu mengalah langsung. Dan kalau semua nak tahu lagu apa yang Abid suka dengar sekarang, lagu "Cinta Melankolia". Kumpulan rock apa ntah yang nyanyi aku lupa. Lagu itulah yang dia nak dengar hari2 dalam kereta. Dan hanya lagu itu saja. Bila dah habis lagu tu berkumandang, dia keluarkan cd, dan masukkan semula. Asal saja lagu itu yang didengarnya. Abid....Abid.

Hmmm..terasa seperti satu masalah besar pula. Sebenarnya tidaklah sebesar mana pun, tetapi bila setiap hari perkara seumpamanya berlaku, memang boleh menguji kesabaran kita. Dan aku tahu, itulah yang aku perlu tekankan dan semaikan dalam diri ini hari-hari. SABAR!! Stay cool yus...

8 comments:

  1. cinta melankolia...wah, samalah minat kita cayang :)

    jangan tantrum2 ek. sian kat ibu dia.

    ReplyDelete
  2. adui..pening gak yer.saya kat umah ni pun pening gak tp rasanya x seteruk akak sbb sorang 8 dan sorang 4 tahun.tp suka berebut nak pegang remote astro.w/pun x tukar apa2 chanel tp tetap nak pegang.
    tp tau pulak bila saya naik angin semua kelam kabut bg remote kat saya

    ReplyDelete
  3. Cinta Melankolia....... Amboiiiii Abid...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Yus, sila rujuk blog ini http://www.fuadlatip.com/v1. Mungkin dapat membantu menguruskan marah dan membesarkan anak-anak dalam sistem kehidupan Islam. Banyak2 berdoa kepada Allah. Minumkan air yassin atau air bacaan ayat-quran kepada anak2. Semoga Allah yang mempermudahkan urusan membesarkan anak-anak.

    Hanya sekadar kenalan blog.

    ReplyDelete
  5. Salam Yus,

    Happy Mother's Day :-)

    Moga yang baik-baik saja buat Yus.

    ReplyDelete
  6. salam yus...

    ermmm...mcm tu lah biler anak2 rapat ni, saya pun menghadapi situasi yg sama, tp yg baby ni belum lagi la buat hal nyer...cumer alif ngan ainul ni ler..seribu satu perkara yg diaorg buat stp hari yg amat2 menguji KESABARAN kita sbg insan kerdil ni...ape2 pun yus...mak saya selalu pesan...anak2 ni masa kecik jer diaorg banyak 'ceritanyer' membuatkan kita pening kepala...nak2 plk kita fulltime housewife ni lagi la....tapi saat yg paling sayu tengok anak2 ni masa diaorg tido...perlu diingat!!jangan pukul anak2 yg masih tak tahu aper2 tu...kalau pukul2 sayang tu tak per..sama2lah kita bersabar mendidik amanah Allah ni yer...banyakkan berdoa dan dlm doa tu sebut nama anak2 kita tiap2 sorang...NAMA PENUH DIAORG..insyaAllah Allah akan bantu.salam sayang buat Aqil,Alia dan Abid dari Alif, Ainul dan Anis...hihihi...anak2 kita sama la ek nama A....A...A...belaka..senang kan biler dah sekolah mesti nama A dulu yg dipanggil dan semoga kehidupan diaorg juga gred 'A' jugak....perangai pun 'A' jugak ler levelnyer....ok yus panjang pulok!!salam bye miss you!!!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Aduh~ tak dapatla saya yg takder pengalaman ni nak bagi pendapat, hanya yang merasanyanya jer yang tau..sorang pun dah pening nih.

    Takperr, orang cakap budak-budak yang kecilnya degil dan susah dikawal, sebab dia bijak n ada pendapat sendiri..
    Hehe~
    (Ayat penyedap hati sendiri juga :P)
    SELAMAT HARI IBU

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...