Thursday, January 10, 2013

Home » , , » Bertemu kita lagi ya As, di majlis persandingan Khairul dan Eina.

Bertemu kita lagi ya As, di majlis persandingan Khairul dan Eina.

Ok. Ni cerita basi, tahun 2012 tapi nak juga letak di blog. Kenangan ni, entah bila tahun dapat bertemu lagi sahabat kami ini. Sejak mereka balik dari Jepun, inilah baru berpeluang bertemu. Walau kini dah dekat, tapi masih lain negeri tak gitu As. (Eh! Sepelaung je sebenarnya ekk?...hihi)

Siapakah yang aku maksudkan tu ya? Dia juga merupakan teman blogger kita semua. Aku percaya ramai yang baca blog dia, dan sekarang ni sejak balik Malaysia dah jarang sangat update, sibuk sangatlah tu.

Sahabat yang aku maksudkan ialah pemilik blog Asmara Life, Puan Asmara kita sekeluarga. Seronok dapat jumpa mereka sekeluarga di majlis persandingan adikku Khairul dan Eina 16 Disember yang lalu. Selain itu, kami juga berpeluang berjumpa dengan seorang lagi teman yang sama2 rapat suatu ketika dulu, Kak Niza sekeluarga.

Sedikit gambar kenangan kami semasa majlis pada hari itu.

Aku bersama As, Alia anakku, makcikku merangkap adik emakku di sebelah kanan dan juga pengantin. Ini majlis di rumah bonda dan ayahandaku di Melaka.

Sakan berborak hari itu. Nasib baik juga ketika mereka sampai, tetamu dah berkurang, makanya dapatlah berborak lama sikit kan As. Lauk pun ada yang dah habis. ..huhu. 
Selain itu, pertemuan dua rakan sebaya yang malu-malu kucing. Macam tak pernah kenal pun ya juga mereka ni. Maklumlah dulu mereka masih bayi lagi sekarang ni dah besar dah, masing-masing dah tahun 3 di sekolah. Mereka lahir di hospital yang sama di Sheffield tu, Jessop Wing in memory...hehe. Siapakah dua rakan sebaya itu?

Gambar ketika mereka berdua masih baby lagi, tahun 2005 rasanya masa ni, di rumah As di Sheffield masa tu. Alia dan Batrisya (anak sulung As). Cer teka mana satu Alia, mana satu Batrisya...hehe.

Mereka terkini, dah besar keduanya, yang sorang tu sampai ke besar tetap macam anak Jepun...hihi. Batrisya lahir bulan Oktober, Alia Disember tahun yang sama. (Baru perasan, abang rela kat belakang 3 orang tu bukan main bersilang panggung ya, al-maklum tetamu dah tak ramai ya...hihi)
Ini pula gambar pasangan pengantin yang di rai. Baju tema merah hitam ni sebenarnya ketika majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah bonda dan ayahku baju pengantin bertemakan hitam dan putih seperti gambar pertama tadi
Selamat pengantin baru buat adikku dan pasangannya serta Selamat Kembali ke Malaysia buat teman blogger kita As sekeluarga. Moga terus sukses walau di mana juga kalian berada. 

Buat Batrisya, Sekolah kat Malaysia tak best ya? Alahai, kesiannya dia. Baru lagi, InsyaAllah, lama2 nanti mesti Batrisya rasa sekolah di sini pun best, cuma stress sikit kot, penat dan banyak sangat kerja, beg pula berat penuh dengan buku ya, cikgu garang sangat. Adeh! kena ubah sikit kot sistem pembelajaran kita ni, sampai mereka yang biasa dengan sistem pendidikan di negara luar rasa tertekan pula dengan sistem kita kan. Hmmm.....Siapa nak jawab? Cikgu-cikgu ada jawapan?

p/s: teringat As kata dengan aku hari itu, "Tak nampak pun macam kak yus pregnant?" Kandungan baru 4 bulan, janganlah expect perut aku besar ya, hihi....kalau dulu masa Arif, dah 9 bulan pun ada yang ingat kandungan baru 6 bulan, tak tahulah kali ni, selera makan memang mencanak naik, berat baru 4 bulan dah 66kg, dulu masa Arif, tunggu hari je lagi, baru 69kg...huhu.
~ يوس ~

16 comments:

  1. Indahnya ikatan persahabatan yang disulam dengan keikhlasan.

    Buat pengantin baru : semoga berbahagia bersama selamanya. :)

    ReplyDelete
  2. oh, kak As kawan akak rupanya. tak sangka :)

    ReplyDelete
  3. semoga kekal sehingga ke jannahNya,amin~

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru..baju cantik..perut yus mmg jenis kecik kot..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Apasal tak jemput akak? hehe

    Melaka kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kak, maaflah ya. Yus masa ni jarang online dan mabuk pula. Update blog pun tidak, majlis pun tak besar mana, mmg tak jemput ramai orang keluarga yus masa tu. Takpe lain kali ya kak InsyaAllah, yus ada ada adik lagi sorang belum kahwin...hehe. Melaka di Tg Minyak kak.

      Delete
  6. wah beshnya..jap nak terjah n3 sekolah tak best tu

    ReplyDelete
  7. Mestilah Alia dan Batrisya tak kenal sebab masa tu masih baby lagi Yus. Tapi betul kata anak kawan Yus belajar di negara kita membebankan. Bukan beban pelajaran aje, tapi beban buku dibawa juga. Cikgu tak bolelah nak jawab sebab bukan cikgu yg menggubal semua ini. Kena tanya org lagi atas... laaaagi atas nun tu suka-suka tukar sistem pembelajaran kita.

    Selamat pengantin baru buat adik Yus tu. Cantik.

    ReplyDelete
  8. moga kekal bahagia..!!

    seronok kan dapat jumpa kawan2..

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru utnuk adik yus...
    bgtlah kita atas sebab kesibukan selalu nak berjumpapun susah...

    ReplyDelete
  10. tak kenal..nanti sAya pi blog dia..nak kenal2..;)

    ReplyDelete
  11. tahniah utk pengantin. semakin ramai la ahli keluarga yus hendaknya

    ReplyDelete
  12. selmat pengantin baru untuk adik yus..seronok bertemu teman yg lama tak jumpa,,apa lagi pernah baik rapat..tentu banyak memori yang nak diimbaukan balik ye yus...
    kesian ngan batrisya ye,,,susah jugak nak jawab persoalan tu kan..apa yang membezakan sangat sistem pendidikan kita ngan neg luar...pengubal dasar kata yg terbaik dah..pelaksana ni rasa tertekan sangat..tu yg jadi cikgu garang kot hehe..

    ReplyDelete
  13. selamat pengantin baru buat adik kak yus,
    erm mesti bestkan dapat jumpa kawan lama... terkenag2 zaman bersama dulu.. hehe

    ReplyDelete
  14. Akak!!! terima kasih! hehe.. ada jugak gambar kenangan kita kan. Rindu zaman dulu2. keep in touch kak! :D

    ReplyDelete
  15. salam kak yus..
    wahh..cantik pengatin..selamat pengantin baru buat adik kak yus ye..
    alhamdulillah..seronok dpt ketemu rakan2 blogger.. hihih..
    dua2 pun comel :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...