Wednesday, January 09, 2013

Home » » Cerita Abid lagi....

Cerita Abid lagi....

Ini kisah semalam. Balik dari sekolah agama dia beritahu cikgu dah beri buku tulis. (Punyalah lambat cikgu dia ni nak beri buku, bayar duit buku dari tahun lepas dah -31/12/12..hihi).

" Abid baru tulis nama pada satu buku je ibu, sebab buku tu cikgu dah suruh Abid buat kerja. Yang lain belum."

Malamnya barulah sempat aku nak semak berapa buah buku dia dapat dan tulis nama pada buku-buku tersebut. Bila di semak semula nama yang dia tulis pada satu buku tu, ini hasilnya.

Bukan saja susunan huruf terbalik, bentuk huruf pun dah berpusing. (Kualiti gambar kuang jelas, ambil guna hp je pun)
Alasan di beri bila di tanya kenapa tulis terbalik?

"Abid tak ingat macam mana nak tulis jawi. Habis tu, buku tu kan dia mula dari kanan, betullah Abid tulis kan."


Hahaha, ketawa kami satu keluarga. Budak yang suka tulis terbalik ni, selalu di kaitkan dengan masalah dislexia kan. Kalau kes yang teruk tu, ada yang sampai tak boleh membaca pun ya. Mereka nampak macam tulisan tu menari-menari, sebab tu tak boleh nak di baca.

Abid memang kadang-kadang suka tulis terbalik, tapi tak semua huruf. Selalu yang jadi mangsa huruf 'b', 'd', 's'. Tapi dia dah boleh membaca dengan baik cuma kalau perkataan tu panjang sikit, lama sikit le baru berbunyi. Jadinya masalah dia takdelah teruk sampai kena jumpa pakar kan. Cuma dia ni sedikit kreatif lah kot.  Dan aku baca budak lelaki ni di awal pembelajaran memang selalu ada masalah begitu. Hmmm, tapi Aqil dulu takdelah pulak.

Kali ni bila dia tulis namanya begitu atas alasan yang diberi tu, memang aku ketawa habis. Abid! Oh Abid! Sedikit unik anak ibu yang ke tiga ni. Tolong jangan ulang lagi ya. Lepas ni buku sekolah agama sila tulis dalam jawi ya nak....hehe.

~ يوس ~

13 comments:

  1. Oklah tu Abid,dah boleh tulis dan membaca.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, tak ada apa2, biasalah budak lelaki memang banyak ragamnya, hehehee

    ReplyDelete
  3. Insyaalah, Abid ok aja tu...mama, papa,abg dan kakak dia bijak, mestilah dia juga akan jadi bijak..:)

    ReplyDelete
  4. Hihi... Abid... Abid... buat auntie gelak sendiri di pejabat ni.
    Tapi kan Yus jawapan dia beri logiklah kanan ke kiri. Kelakar betul budak ini tau.

    ReplyDelete
  5. adoi..sama la kesnya masa si hero darjah 1
    skrg dah okey..malam tadi baru tahu dia boleh baca jawi

    ReplyDelete
  6. maisara dulu pun keliru dengan huruf b dan d.sekarang pun kadang2 dia keliru jugak..tapi bila menulis je..bila membaca dia ok..kan??

    ReplyDelete
  7. hehe..aduhai..abid ni la..jadi pulak dia terbalikkan semua huruf tu ye...mula2 tgk tadi duk pikir jugak..kenapa dengan abid ni..rupanya sbb buku jawi...

    ReplyDelete
  8. ekekke x perlah .. abid belajar perlahan2 kan ;)

    ReplyDelete
  9. salam kak yus..
    unik penulisan abid ni la.. hihi..
    xpe abid.. chaiyok! :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...