Thursday, January 17, 2013

Home » » Drama ibu dan anak : Aku yang kalut ke dia yang kalut...huhu

Drama ibu dan anak : Aku yang kalut ke dia yang kalut...huhu

Cerita Aqil lagi. Dua entri hari ini cuma cerita dia aje nampaknya.

Tak tahu aku yang terlebih kalut atau dia, tapi bila di ingat semula kejadian ini senyum sorang aku. Rasa sayangnya aku pada dia bertambah selepas itu. Lain pula perasaan itu....

Al-kisahnya hari ini dia kata pagi ada latihan bola sepak. Orang tengah berkobar nak main bola, kalau boleh semua latihan dia nak ikut. Makanya bila pulang dari sekolah tadi, aku lihat dia tidak memakai cermin matanya.

Dalam kereta, bila aku tanya mana cermin mata dia? Dia kata dia simpan dalam kotak cermin matanya. Masa latihan bola dia tak mahu pakai sebab takut jatuh dan pecah. Kemudiannya dengan muka yang yakin dia buka beg dan keluarkan kotak cermin mata dia tu.

"Ibu tengok ya! Aqil simpan dalam ni. Jadi ibu janganlah risau ya".

Sekali bila dia buka kotak tu, "Eh! Ibu cermin mata Aqil mana? Alamak! Aqil dah letak sini tadi, kawan Aqil ada ambil ke? Alah ibu!!!Macam mana ni?"

Sambil dia membebel sendiri, terus air mata dia mengalir dengan mukanya yang kalut, takut dan kecewa kerana dia sendiri tak percaya cermin matanya dah hilang.

"Ha! Kan, ibu dah pesan jaga betul-betul. Mana Aqil letak cermin mata tu! Tak kan kawan Aqil ambil pulak?" 

Rasa nak marah pun ada sebab rasa dia cuai, tapi aku tahan dulu tak mahu bertindak melulu.

"Alah ibu, sorry ibu!Aqil tahu cermin mata tu mahal. Aqil ingat Aqil dah simpan. Betul ibu! Aqil tak tipu. Agaknya tertinggal bawah meja tak ibu? Aduh!!! Mana Aqil letak ni?"

Serius aku tengok muka anak sendiri yang kalut macam tu, teringat diri sendiri....hihi.(SRD selalu kata aku kalut tak menentu). Aku pun cuak juga. Cermin mata baru pakai tak sampai seminggu dah hilang. Mau kena bising dengan abahnya nanti.

" Patah baliklah ibu, nanti Aqil cari. Dalam kelas kot. Ibu janganlah marah Aqil eh!" Dia dah menangis tersedu-sedan.

Sampai rumah, tanpa dia keluar dari kereta, aku suruh adik-adiknya yang di rumah cepat masuk kereta pula untuk ke sekolah agama. Kemudian aku terus memandu semula dengan laju. Singgah dulu di sekolah kebangsaan, tinggalkan Aqil yang mahu mencari cermin matanya, kemudian aku teruskan perjalanan ke sekolah agama pula untuk hantar Alia dan Abid. Selesai semua, patah balik ke sekolah kebangsaan sambil menunggu Aqil dalam debar. Sepanjang masa itu,hati tak berhenti berdoa, adalah hendaknya cermin mata Aqil tu, Janganlah ianya hilang....huhu.

Selang beberapa saat, nampak dia tersenyum dari jauh dengan cermin matanya sudah di pakai. "Nasib baik ada ibu! Ada bawah meja rupanya", katanya riang.

Tak tahu apa sebenarnya perasaan aku masa tu, tapi sambil aku mengingatkan dia semula agar beringat dan jangan lupa lagi meletakkan barang kepunyaannya walau di mana, air mata sendiri menitis.Hihi, terlebih emosi pulak, tiba-tiba hati terusik.

"Aqil minta maaf ibu, Aqil tahu. Lain kali Aqil ingat betul-betul. Mahal kan ibu nak beli cermin mata tu!"

Hatiku tersentuh lagi dengan kata-katanya. Syahdu tiba-tiba. Sebenarnya aku sendiri kalut mula-mula tu sebab cermin matanya tiada. Nak marah tapi terfikir aku sendiri pun ada masa terlupa akan sesuatu.Syukur masih di izinkan olehNya untuk cermin mata itu berkhidmat lama lagi bersama Aqil. 

Dan tadi bila aku hantar dia ke sekolah agama, aku cium pipinya lama sebelum dia pergi. "Ibu ni kenapa? Overlah ibu ni, malulah Aqil!"

Hahaha, kan dah kena sound dengan dia. Tak tahulah Aqil. Ibu rasa Aqil dah semakin matang, walau ada masa masih ke anak-anakan. Mungkin cara ibu layan Aqil tu ada masa salah. Ibu sendiri sebenarnya perlu banyak perbaiki diri. 

Betullah kan. Dalam kita mendidik anak-anak, kita juga sebenarnya mendidik diri kita untuk lebih bersikap matang. Ada masa anak juga mengajar kita sesuatu, jadi jangan anggap kita lebih tua, semua kita tahu.

Listen! Listen! Listen! Dengar dulu apa yang anak kita ingin sampaikan, sebelum kita perbetulkan apa yang kita rasa tak betul, tak gitu?!

~ يوس ~

21 comments:

  1. alahai..saya pulak sebak baca entri ni
    baru je akak citer bab spek tu..sib baik x hilang

    eh pesal org duk cakap
    Listen! Listen! Listen! je ni?emm

    ReplyDelete
  2. SEMPAT JUGAK TU SELIT

    'LISTEN LISTEN LISTEN'

    ReplyDelete
  3. saya selalu rasa gitu la..sama la kita..
    agaknya semua ibu memang
    perasaan nya macam tu..

    ReplyDelete
  4. hehehe..comel baca drama ibu ngan anak ni.. teringat pada aqil kami.. kalau dia buat salah apa2 mesti dia datang peluk saya sambil pujuk saya jgn bagitau kat ayah dia.. tapi lepas tu dia sendiri yg bagitau.. hehehe..cepat membesar anak2 ni kan kak..

    ReplyDelete
  5. assalam..singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  6. Memang ada ketika, kita belajar sesuatu dari anak kita sendiri. Tanpa kita sedar.

    ReplyDelete
  7. ala baca ini rasa macam drama akak ngan anak2 gak..
    memang kadang akak rasa banyak gak salah akak dalam mendidik diaorang...
    kadang2 datang tak sabartu rasa nak marah.. tapi bila fikir balik cam marah diri sendiri..
    diri sendiripun serba kekurangan... harap kita jadi ibu yang terbaik untuk anak2 kitakan..

    ReplyDelete
  8. Ana pun sama. Belum apa-apa dah kalut dulu..

    Baru terbaca pregnancy ticker akak. Lbh kurang same dgn EDD Nuha dulu, 17 June. Kluar awal 10 hari. Klu baby akak kluar awal 10 hari gak, boleh deret anak akak, Nuha dgn Abg Eli :)

    ReplyDelete
  9. Kadang memang gitu kan kak
    qema pun sejak ammar dah besar pandai cakap kekadang dia pulak ingatkan kita..nak makan tadah tangan 'mi baca doa dulu' hihi

    take care kak yus:)

    ReplyDelete
  10. Dah kakak pulak terikut sama - syahdu jadinya. Salam kakak buat Aqil.
    Betul Yus anak kita kian hari kian matang walau pada kita anak kita kecik aje...

    ReplyDelete
  11. alahai anak2, mmg kalut dibuatnya sekali sekala. bukan masalah mahal tu, tapi masalah nak buat ceromin tu :)

    ReplyDelete
  12. tersentuh....kes budak2..marah kita sekejab saja..

    ReplyDelete
  13. touch... sbb tu agaknya babang sofi selalu akan kata, "Ummi, Babang nak cakap sesuatu dulu boleh? Ummi dengar lah dulu.." baru dia cakap seterusnya. Bagus juge sbb saya pun kalau dah dgr berita yg kurang favour ni mudah aje nak bebel, sungut dan marah. Ya betul kata Yus, listen to our children sbb kdg2 ia lesson utk ibu dan anak... n lebih lagi ia beri pengalaman utk anak2 kan...

    ReplyDelete
  14. belajar pun bisa melalui anak2. ana pun hanya listen

    ReplyDelete
  15. kalau betul2 hilang mmg saya pun tumpang cuak kak...haha...ye lah, nak buat spek ni bukan seringgit dua...huhu...

    nasib baik dah jumpa...aqil aqil...aqil mmg dah makin matang...

    ReplyDelete
  16. aqil dah besar...!!! anak soleh ibu..

    ReplyDelete
  17. anak2,,kadang sikap mereka tak terjangka kan yus,,suri pulak sendu baca cerita aqil ni..suri skrg ni pun tgh muhasabah diri,,dgn anak2 ni..kadang laju je nk marah diaorang akhir2 ni...bila tgk sesuatu tindakan /kata2 anak yg kita tak jangka,,menyesal pulak,,tambah lg bila kita tengok muka time diaorang tidur..huhu..

    ReplyDelete
  18. salam yus..

    Alhamdulillah.. Aqil dah semakin matang dan nampak bertanggungjawab sangat.. bagusnya.. betullah yus, kdg2 dalam kita mendidik anak2, kita juga sebenarnya sedang mendidik diri kita sendiri.. semoga anak2 kita semua menjadi anak2 soleh yang membahagiakan kita di dunia dan di akhirat.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  19. Memang ada kala kita belajar dari anak2..

    Makchaq pun selalu misplace cermin mata.. ada 3, kadang2 ketiga2 tak ingat letak kat mana..

    ReplyDelete
  20. alahaiii aqil pandai tul ambik hati ibu yerk...

    ReplyDelete
  21. salam kak yus..
    alahai... cma pun rasa mcm nk berdrama skali.. huhu..hati seorg ibu kan..
    cma jenis cpt gelabah..
    nsb bek jumpa..aqil jga speck elok2 tau..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...