Wednesday, April 25, 2012

Home » » Tak makan nasi? Tak lapar ke?

Tak makan nasi? Tak lapar ke?

Antara soalan yang aku dapat dari entri-entri diet sebelum ini. Selain itu, nasihat berguna juga aku perolehi dari sahabat blogger yang perihatin. Terima Kasih.

Ya, seperti yang aku nyatakan dalam entri 20 gram kaborhidrat je sehari? , aku memang alert dengan kesan sampingan Atkins Diet ni. Tapi aku berpegang pada prinsip, semua benda ada risikonya. Makan terlalu berminyak pun ada risiko, banyak sangat kaborhidrat pun berisiko, makan manis terlalu banyak pun berisiko, tak makan langsung pun ada risiko. Setiap sesuatu biar berpada-pada, jangan berlebih-lebihan boleh memudaratkan. Paling elok makanlah makanan yang seimbang, tapi itu bila aku dah dapat berat yang di idam. Sekarang aku dalam usaha nak turunkan sedikit berat, aku harus berani ambil risiko yang ada, betul tak?

Namun aku plan tak lama pun, hari ini baru hari ke 5 tak menjamah nasi langsung. Aku bercadang nak teruskan sehingga 2 minggu @ 14 hari. Selepas daripada itu, dah plan nak berdiet dengan cara lebih sihat. Beras perang pun aku dah beli, konon lepas ni nak makan nasi dari beras perang ni lah, sekali je sehari dalam amaun yang paling kecil.

Boleh tahan ke tak makan nasi? Menu tu boleh tahan ke? Jujur aku cakap, mula-mula tak tahan, tapi ini dah masuk hari ke 5, oklah. Kenyang bila makan tenghari tu dengan lauk pauk je. Mungkin sebab tak pernah cuba sebelum ni, tapi bila dah mulakan pinggan tu di isi penuh dengan lauk dulu dan bukannya nasi dulu, rasa memang kenyang lah. Cuma makan malam tu, ada sedikit rasa lapar, tapi tekad dan semangat punya pasal. Aku tak harus mengalah hanya baru di hari ke 5 kan. 

Aku baru 5 hari je buat Atkins Diet ni, 3 minggu sebelum ni, aku buat diet biasa-biasa je. Makan tetap 3 kali sehari, tapi makan nasi sekali sehari kira kabohidrat tu aku tak pentingkan sangat berapa amaunnya. Ni je baru sibuk, semak kandungan carbs setiap kali nak makan..huhu.Tu yang 3 minggu turun 3kg je, berbanding selepas 4 hari cuba ikut Atkins diet dah 1.2kg turun. Banyak juga beza tu kan.

Apa yang penting setiap yang hendak di lakukan kena konsisten kan, takut mati di tengah jalan dan tak jadi. Dan bila aku dah buat entri pasal diet ni pun, satu cabaran juga sebab aku dah umum aku nak diet, kalau tak berjaya pasti rasa tak sedap hati sendiri kan. Aku pegang nasihat dari suamiku SRD, " ibu dah masuk dalam blog tu, kena diet betul-betullah!"

Ya, aku akan cuba sahut cabaran tu. Terima kasih semua yang menyokong dan memberikan pandangan. Aku sangat-sangat menghargainya.

Gambar selingan, menu diet lunch aku hari ini. Ayam panggang bahagian peha, kentang panggang, salad, 1 biji tomato dan sedikit sayur pucuk manis goreng.
Untuk menu di atas, sampai sekarang aku masih rasa kenyang, sayur tu tak terhabis aku makan...huhu. Tapi ada orang lain pula yang over makan ayam panggang tu. Alia anak dara aku tu, beriya dia makan, yang hitam lagi sedap katanya, hahaha. Ok, masa untuk buat senaman pula.

~ يوس ~

20 comments:

  1. hm, sye pun nk ikut sislah, nk diet jugak....

    ReplyDelete
  2. Lama2 nanti dah biasa klu x mkn nasi,mkn makanan lain pun Yus boleh kenyang,ditambah lg skrg Yus diet dan bersenam sekali, Nurul rasa cepatlah turun berat badan tu....

    ReplyDelete
  3. bagus kak yus..jangan berlapar.. bila kita lapar badan akan masuk mode menyimpan lemak sbb takut kita mati kebuluran..so bila terlebih sikit makan mula la tambah berat semula..

    the challenge dalam proses menurunkan berat badan bukan masa nak bagi turun tu je..tapi adalah untuk maintain berat tu..

    chaiyok kak..

    ReplyDelete
  4. OK Yus tak makan nasi. dulu KC penah pagi makan epal + milo. tengahari sayur + lauk, mlm sayur shj. KC boleh turun sampai 47 kg. Sekarang dah maals nak diet .. terpaksa la berpuashati dgn 50-52 kg shj. hehehe.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan apa yg diperkatakn oleh Rai

    ReplyDelete
  6. Saya sekarang pun tengah berusaha untuk kurangkan berat badan....

    Saya jenguk blog nie untuk panduan...boleh kan?

    Senang-senang jenguk la saya jugak:

    www.apabilaazambercerita.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Betul kan kak, klu dh biasa dah tak rasa nk makan nasi dh, tp nafsu saya kuat, kwn2 plak pengasuh paling kuat hahahah, chaiyok kak yus!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah kak...awal2 buat diet Atkins ni memang sakit sikit la. lama2 nanti dah biasa, ok la..so far, nani tak beli dah beras sekarang (org bujang la katakan) tapi di rumah masih ada stok pasta, bihun la in case kalau sakit ke apa, ada backup makanan yang boleh dijamah.ayam memang sentiasa ada dalam peti.

    ReplyDelete
  9. teruja tgk semangat akak!sy mcm nak cube tp x tau la bole ke x hehee =p

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya ye yus capai matlamat tu..

    ReplyDelete
  11. salam yus..insyaallah akan berjaya bila ada kesungguhan.

    ReplyDelete
  12. saya dulu pun diet tak makan nasik..
    setahun tak makan nasik.balik raya semua terkejut tengok..heheheh..
    lepas pantang nanti pun nak buat macam tu jugak..sebab dah ada pengalaman jadi tak susah la.lagipun masa tu suami jadi penyokong kuat la.walaupun dia makan nasik hari2 tapi dia tak pernah pelawa makan nasik sama.saya masak nasik cukup2 untuk dia je.tak de lebih2.jadi saya tak boleh la curi2 makan.:p

    ReplyDelete
  13. akak pun tengah cuba kntrol makan skrang ni..risau coz terlebih sudah....hehheh

    ReplyDelete
  14. mula2 mesti tak biasa kan kak yus. dah masuk hari ke-5 baru ok...ayam panggang tu mmg menggoda tekak ni haaa...

    betul kak.. apa2 pun kena berpada2 ye. insyaAllah... izan doakan kak yus sukses dlm diet kali ni tau!

    ReplyDelete
  15. Huhu..mula2 xmkn nasi mmg horror jugak..lama2 cma mind set dlm pala otak x mkn nasi boleh kurangkan berat bdn..terus ok..*punya manja la perut ni* hehehe..1 lagi tpkse tgk je le asben yg jamah nsi tu..huhuh.

    Nyam2..sedapnye tgk ayam tu.. huk3..
    Gud luck kak yus!!

    ReplyDelete
  16. Good luck yus. Semoga dapat berat badan ideal ye...

    ReplyDelete
  17. Baca entry Yus semangat nak diet juga, tapi sy ni mudah lapar kalau tak makan nasi. Bila lapar, kepala susah nak fikir.. Pernah masa diet dulu sy gagal siapkan paper work, semata2 sbb tak boleh nak fikir perkara2 bernas..

    Hadoi, alasan betul lahkan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.. huhu

    Ps: semoga misi Yus berjaya!!

    ReplyDelete
  18. salam kak, memula je rsa xble tahan bila xmkn nasik..sy pnah buat gak atkins diet, xmkn nasik 2 bulan. berat drpd 80 kg turun ke 62 kg. blk kg sume tkejut.mak siap xpuas ati lg sbb dia ingat kita ni sakit.sy ni rangka besar so bila tinggal 62 kg tu mmg nampak cengkung le.hehe..tp mmg puas ati ler dpt pakai bju2 yg dulu xmuat..skrang nih dok maintain jek lah xnak kembali ke zaman yg dulu..By the way, semangat kena kuat kak..saya doakan kak selamat berjaya ye.. rajin2 singgah le blog sy furkidsdiaries.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  19. cepat turun klo cmtu... saya dh lama tingalkn nasi, dh sbati dh xingt pon nk mkn nasi lauk pauk jer. tekad nk kuruskn bdan nie....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...