Monday, April 23, 2012

Home » , » Langkah pertama dalam berdiet | Body Analysis Scale

Langkah pertama dalam berdiet | Body Analysis Scale

Selalu sangat bila mulut kata nak diet, tapi perlaksanaan tiada. Cara diet pun salah. Biasanya suka sangat skip salah satu waktu makan dan selalu yang aku skip makan ialah waktu lunch/dinner. Tapi dari pembacaan dari beberapa blog, cara itu salah. Jangan skip waktu makan anda sebab ia boleh mengakibatkan kadar metabolisme badan makin rendah, dan kita boleh jatuh sakit!

Kali ini aku tekad mahu bersungguh. Maka ingin aku catatkan di sini apa yang aku telah lakukan untuk capai target supaya semangat aku itu tidak luntur dan mati di pertengahan jalan.

Pertamanya bila aku kata aku nak diet, tapi alat penimbang tiada pun di rumah tentulah akan menjadi satu masalah. Sebelum ini ada, tapi dah lama rosak, lepas tu di buang. Beli alat penimbang murah je pun, mana nak tahan lama kan. Pulak tu beli yang analog, selalu bacaan lari-lari. Aku google sana sini mencari alat penimbang bagus kononnya. Jumpalah blog ini  dan blog ini. Aku tekad nak beli alat penimbang yang serupa.

image dari Cosway.com.my
Bila saja Body Analysis Scale ni aku dapat, perkataan pertama yang keluar " aku suka!!!". Memang suka sangat dengan BAC ni. Sebab apa? Sebab fungsi benda ni bukan hanya menunjukkan berat kita, tapi kita boleh semak body fat, body water, body muscle, tulang dan keperluan kalori sehari siap ada gambar orang yang menunjukkan apa BMI kita. 

Ini yang buat aku suka dengan BAC ni...
Dari pembacaan aku, keperluan kalori untuk dewasa normal yang tidak melakukan banyak kerja 2000 kcal, tapi BAC ni catat keperluan kalori aku dalam linkungan 1395 kcal - 1380 kcal je sahari setakat ini. Aduh! Nak kurus kena makan kurang dari kalori ini lah, itu yang sakit...huhu. 

Ini BAC aku. Untuk membolehkan semua key features nya dapat di ambil, kena set umur, ketinggian dan jantina dulu.
Benda ni dah jadi alat kesayangan aku nampaknya. Setiap pagi bangun tidur lepas solat Subuh, perkara pertama aku buat, semak bacaan berat dan lain2nya. Bacaan akan bergantung pada apa yang aku makan dan apa aktiviti aku hari sebelumnya. Bila nampak bacaan turun walau hanya 100gm sehari, hati dah berbunga riang, tapi bila naik tiba-tiba walau 100gm sehari mulalah semak balik apa aku makan dan buat semalamnya...huhu.

Peringatan:-
  1. Jangan skip waktu makan terutama sarapan pagi. 
  2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 minit setiap kali.(Yang ni aku berjaya lakukan 2 minggu pertama mula diet, tapi kemudiannya dah jadi 1 kali je seminggu macam mana ni?)  
  3. Kurangkan pengambilan nasi, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan bakar atau sup ayam. 
  4. Kurangkan minuman manis/berkarbonat, lebihkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Aku baru nak cuba Atkins Diet. Dan untuk capai kejayaan dalam Atkins Diet ni, kena ingat tips-tips ini.  Aduh!! Boleh ke ni?

Pagi ini timbang berat, masih kekal di amaun yang sama dengan 2 hari lepas. Frust juga bila bacaan tak turun, tapi yang penting ianya tak naik kan.



Nampaknya ticker ini masih di amaun yang sama...Chaiyok! Chaiyok!

~ يوس ~

28 comments:

  1. Kakcik dah malas nak fikir tentang diet. :(

    ReplyDelete
  2. nk lagi cepat? beli jek kevinzahri punya ebook..my friend beli mmg best..dia tak turun sekali banyak tapi menten..n jangan cek berat tiap2 hari..cek berat paling bagus adalah waktu bangun tido pas buang air kecil ;) n pastikan tiap kali nk timbang mgkin 2 mggu selepas tu masa yg sama ;)

    ReplyDelete
  3. kena ikut program diet yg betol la kan..:)

    ReplyDelete
  4. Salam, Yus..

    Kita dah 2 minggu lebih diet, berat badan nampaknya macam tak turun bila timbang (guna timbang manual) tapi baju & seluar ada sikit longgar.. yahoooooo!!

    Jom senam sama2..

    ReplyDelete
  5. bersemangat kak ni...x pe, good luck.
    yg penting sihat k..

    ReplyDelete
  6. Dengki tul dengan orang yang kada metabolismanya tinggi...

    ReplyDelete
  7. say mmg failed bab diet ni...huhu, senam pun liat...

    all d best Yus!

    ReplyDelete
  8. wah semangatnya Yus nak berdiet,semoga berjaya...

    ReplyDelete
  9. diet akak lak selalu je jd diet yoyo.bulan ni turun 2 kg..kang bulan depan naik la balik huhuhu.tingin gak nak beli penimbang camtu.

    ReplyDelete
  10. Chaiyok kak!!! Saya pon nak diet tp Ntah kemana semangat itu hihi

    ReplyDelete
  11. @sisdee
    dah masuk kevinzahri.com tu. Memang seronok baca, tp nak beli ebook dia nanti dulu kot. Takpe, kita cuba slow-slow. Saya baru mula diet awal bula 4, so belum sebulan. Saya cuma nak tekad tak mahu hangat2 tahi ayam...wish me luck..tq.

    ReplyDelete
  12. huhuu ieda pun kena insaf jugak nie yus .. tapi bila balik rumah je .. nafsu tuu lain macam ..
    tapi ieda selalu makan sblm kul 7 .. kira ok lah kan ekekek ;)

    ReplyDelete
  13. aduh yus..acik punya berat mendadak naik..belumpernah dalam sejarah seberat ini..

    ReplyDelete
  14. kita pun kununnya nak berdiet
    tapi tak kurus2 juga...mesti cara
    tak betul jugak ni

    berapa harga mesin penimbang tu yus?

    ReplyDelete
  15. @Ati Masrif
    boleh dapat free kalau akak ahli Cosway dan ada kupon dia kak..

    tp saya ni bukan ahli cosway, so bayarlah harga runcit dia iaitur RM189

    ReplyDelete
  16. Dalam otak kata dirt,diet tapi bila nak mula ni?? Berat makin naik . Aduyai

    ReplyDelete
  17. Yus... tak boleh putus asa... kena bersemangat dan sungguh2... insyaallah berjaya... yang penting orang kata... kurangkan portion carbo yang kita ambil pastu kurangkan makanan bergula...dan bergoreng...Insyaallah

    ReplyDelete
  18. gud luck kak.. chaiyork2.. :)

    ReplyDelete
  19. kak yus.. bestnya BAC tu! macam2 bacaan yg dipaparkan ye.

    apapun izan doakan diet kak yus berjaya ye! insyaAllah... kalau kena caranya pasti berjaya...

    ReplyDelete
  20. semangat! semangat! semoga impian kita tercapai...

    ReplyDelete
  21. masa saya nak kurus dulu ada doktor cakap jangan timbang hari2 .takut nanti kita cepat putus asa..
    cukup seminggu sekali je..hehehe

    ReplyDelete
  22. wah semangat tu kak yus, qema pun insyaAllah lepas deliver nak kurangkan lemak2 tepu ni..

    ReplyDelete
  23. saye keliru tetang kalori tu? utk sehari kita dah mkn @ target sehari pnye kalori?

    ReplyDelete
  24. nak tnyer yg kiraan kalori..kompius

    ReplyDelete
  25. saye keliru tetang kalori tu? utk sehari kita dah mkn @ target sehari pnye kalori?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Target sehari punya kalori fyda, jgn lebih sgt dari target tu...

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...