Wednesday, April 18, 2012

Home » » Abid: Dulu berjahit, kini bergam pulak....

Abid: Dulu berjahit, kini bergam pulak....

Kejadian berlaku malam tadi dalam pukul 10.30 malam. Tak tahu apa yang di kejarnya, dia ke bilik air untuk basuh tangannya yang kotor selepas makan keropok. Keluar dari bilik air dengan tergesa-gesa, kakinya tersangkut pada selipar besar dalam bilik air tu. Terus terjatuh dan mukanya terkena bucu lantai antara bilik air dan lantai luar. Bila masuk bilik air, lantainya lebih rendah dari lantai rumah kan, ha!dia terjatuh dan kelopak matanya terkena di situ lah.

Kuat juga ku kira, terus menangis. Aku yang sedang menonton tv dengan anak-anak yang lain terus pergi kepadanya. Tiba-tiba kelihatan darah mengalir keluar dengan banyaknya. Habis menitis satu persatu darahnya ke lantai. Tiba-tiba kawasan itu penuh dengan darah. Aku jadi panik, menjerit memanggil SRD yang ketika itu berada di beranda luar rumah sedang baca suratkhabar.

Darahnya semakin laju. Ya Allah, apa sudah jadi Abid. Teringat ini bukan kali pertama dia menerima luka di kawasan muka atau kepala, aku cepat-cepat ambil kicap di dapur. Petua dari ibu mertuaku cara untuk menghentikan darah dari terus mengalir ialah sapukan dengan kicap.

Bila di letak kicap, darahnya lambat sikit keluar. Terus ku tekup dengan kapas kelopak mata Abid. SRD kata, "Kena pergi hospital ni!."

Makanya, jam itu juga SRD bergegas bawa Abid ke hospital. Aku di rumah saja bersama-sama anak-anak yang lain. Hati rasa risau juga. Aduh Abid! Entah berapa kali kepala kamu nak berjahit agaknya. Sebelum ni sudah pernah dua kali berjahit di kepala, tapi kali ini lukanya di kelopak mata pula. Aku pernah buat entri kepalanya berjahit di sini.

Pukul 12.30 malam baru mereka sampai ke rumah semula. Alhamdulillah, kali ini lukanya di gam pula, bukannya di jahit. Kata SRD cara baru ni, gam macam gam uhu je nampak doc tu guna. Mulanya doktor kata Abid perlu di tahan di wad. Doktor takut Abid meragam dan banyak bergerak sehingga lukanya terbuka semula. Alhamdulillah, setelah SRD cerita ini bukan kali pertama dia mendapat luka seperti ini, doktor membenarkan Abid di bawa pulang. Kalau tidak, dah jadi satu kerja juga kena jaga dia di wad kan.

Ini lah dia rupa budak ligat, dan lasak yang entah berapa kali lah menerima luka seumpama ini. Dan sama seperti sebelum ini, dia tidak menangis atau takut pun semasa di rawat oleh doktor. Mukanya macam tulah, steady aje....hehe.

Ini gambar dari kamera phone SRD, semasa di hospital sebelum luka di gam. Bila tengok ni, ngeri pulak aku rasa...huhu.
Gambar selepas tiba di rumah, dari kamera phone aku. Luka sudah di tampal, muka sedih je nampak.
Aku buka plaster yang di tampal tu untuk lihat bagaimana luka itu di gam. Macam ini rupanya. 
Abid tidak di benarkan terkena air banyak di kawasan kepala dan muka. Ada 3 botol antibiotik harus di habiskan dan satu ubat demam. Doktor takut dia demam terkejut rasanya, tapi nampak badannya ok saja pagi ini, cuma muka sedikit tidak bermaya.

Buat anak ibu Abid Zulfan. Cepat sembuh ya! Inilah tanda kalau suka buat kerja kelam-kabut, suka berlari , melompat-lompat lebih-lebih lagi di bilik air. Selalu ibu dah pesan kan, bila dah terkena macam ni, kan sakit. Harap Abid ambil pengajaran darinya ya sayang.

Alahai, rasa sayu dan kesian pula tengok wajah Abid, tapi tulah selalu nak buat ibu hangin. Hmmm....antara proses yang berlaku ketika anak-anak membesar kan. Ibu pun kena ambil pengajaran sama ni. Semoga tidak berlaku lagi ya sayang.

Sekian.
~ يوس ~

25 comments:

  1. Aduh sayang abid... auntie tengok pun ngeri dan ngilu..

    Yus... kena tengok-tengok si comel adik Arif tu takut dia curious apa ada kat mata si abang hmmm.... lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  2. Semoga luka Abid segera sembuh.

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya..lambat anak teruna yang makin lasak...

    ReplyDelete
  4. eiii ngerinya kak, najwa bulan lepas kene kt lutut pulak, eiii mmmg seriau tgk, guna gam cepat pulak kering nmpknya ye kak, teknologi semakin canggih

    ReplyDelete
  5. salam yus..olahai sianya yus..macam tu la nak membesar..sabar je abid ye

    ReplyDelete
  6. ya allahhh ya tuhannnn
    kuss semangat abid nie .. huhhu tulahh nak buat macam mana .. lasak kemaian dia .. sabar ye yus ..
    ngeri dah tgk nie .. kesian pun yeee .. macam2 budak2 nie .. risau sampai ke ulu hati bila tgk ..

    harap2 dia cepat sembuh , bagus juga kaedah gam nie kan .. nampak x menyakitkan ..

    ReplyDelete
  7. aduii..ngerinya.
    mmg hero lah anak kak sorang ni..

    ReplyDelete
  8. As salam

    Yus,

    Abid ni anak yg no berapa?
    Anak saudara pB yang no 3 (lelaki @ 7 thn) , memang tersgt sgt aktif dan juga jenis semua nak cepat.

    Kalau bab dijahit , warded biasa jer.
    Memang brutal , jatuh macam mana pun , tak nangis pun.

    ReplyDelete
  9. @pB
    Abid ni pun anak ke tiga juga kak PB. Ooo, anak no 3 mmg macam ni agaknya ya kak, lasak bukan main, tp anak yus yg no 4 tu pun ada tanda2 lasak, cuma lom pernah berjahit atau masuk wad saja...Mintak2 janganlah...huhu

    ReplyDelete
  10. Besar juga nampak lukanya tu Yus,nasib baik x kena mata,skrg ni guna gam jekan Yus,mungkin pki gam x sakit sgt berbanding jahit.....macam2 dugaan dlm proses anak membesar ya.

    ReplyDelete
  11. Moga cepat sembuh. Kesiannya dia.

    ReplyDelete
  12. NGERI JUGAK NENGOKNYA...
    ADUHAI..ANAK2 MMG MCM TU..TAK KIRA KAT MANA NAK BERLARI JE..
    MOGA ABID CEPAT SEMBUH..JGN LARI2 LAGI TAU..

    ReplyDelete
  13. Ngerinya tengok yus.... tulah budak lelaki, kalau boleh nak "terbang' jek..

    ReplyDelete
  14. adoi kak..ngeri saya..sampai part gambar tu terus scroll laju2.. bahaya betul kan bucu tu..anak dara saya pun kena jatuh kena bucu tu..habis calar dahi..turun saham dia..hehe..

    ReplyDelete
  15. uisk..nampak gaya kene pantau dia 24/7 nih..

    x leh lepa...kang jadi apa2 lagi kang..risau gak.

    ReplyDelete
  16. seriyaunya tngk...

    adib lain kali hati2 ye...

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, abid. Lemah lutut aunty tgk luka abid tu. Semoga cepat sembuh ya abid, mudah2han..

    ps: sepanjang baca entry ni, rasa naik je bulu roma. Seriau.. belum pernah alami sendiri. Harap2 tak..

    ReplyDelete
  18. beasar luka nye...rasanya kalau gam xde parut


    cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  19. siannya abid.. ngeri nak tgk gambar2 tu.. semoga cepat sembuh hendaknya..

    ReplyDelete
  20. Ya allah kak..terkejut sy tengok.. kalau sy kak.. ermm..msti sy panik.. sy ni cpt kalut bab2 melibatkan luka dan darah ni

    ReplyDelete
  21. cmne leh ber gam tu?????eh teruk nye jahitan?sy dulu kecik2 jatuh lngkang belubag n kene jahit...kat dahi la

    ReplyDelete
  22. dalam juga lukanya bila tgk gambar tu kak, moga luka cepat sembuh..

    ReplyDelete
  23. aduh....seram jugak tgk lukanya..
    semoga cepat smbuh ye abid..

    ReplyDelete
  24. hai..dekat mata tu. anak saya pun jenis yg suka berlari pastu selalu jatuh. Ya Allah mintak dijauhkan dari bahaya.

    Apa nak buat bila anak demam

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...