Ahad lepas kami ke Skudai. Atok ayah dan mak tok anak2 aku datang malam Sabtu tu, mempelawa kami ke rumah Mak Tam ku di sana. Ada sedikit urusan keluarga. Tambahan pula, SRD outstation, satu peluang baik hilang boring di rumah. Balik dari sana, sempat kami singgah di Pontian. Menghirup udara segar di tepi pantai yang dah tak seindah mana.
Kami berehat di taman permainan berhampiran, sambil menikmati aiskrim roti.Hmmm..lazat.
Aiskrim roti yang aku makan....
Wajah ayah dan mak aku yang menikmati aiskrim di samping cucu2 mereka.
Selepas menikmati aiskrim, mereka bermain pula...
Sepanjang perjalanan pulang selepas itu, di kiri kanan jalan, aku nampak durian yang di jual di tepi2 jalan. Amboi!! Sedapnya kalau dapat makan. Aku sebenarnya tak suka durian. Dari dulu tak suka makan durian. Tapi sejak peknen ni, dah dua kali aku memang teringin sangat nak makan durian. Ayah kata, takpe, dah dekat rumah nanti baru kita beli. Yelah takut jauh lagi ni, habis berbau satu kereta. Tapi akhirnya, sampai ke rumah terus lupa nak beli...huwaaa!!
Dan semalam setibanya SRD di airport Senai dia telefon aku. Apa lagi, aku pun kirim dia belikan durian barang sebiji dua. Tapi, sesampainya dia di rumah, duriannya takde juga. Dah malam, so, dia dah tak nampak durian dah kat jalan...huhu. Hari ini harus aku cari durian ni sebiji dua.....
Durian oh durian....
(Kredit pic to mr google)
~ يوس ~
Yus...ais krim roti tu kegemaran akak...memang suka sgt...!!
ReplyDeletealala siannya tingin nk makan doyan...meh Perak meh...byk doyan nih
ReplyDeleteeskrem roti tu pun akak mmg suker dari kecik2 dulu
Kak Anie: Yus pun suka, mengenyangkan..hehe
ReplyDelete**************************
Kak Ina: tulah kak...lom dapat lg ni masa dok menaip ni, harap2 jap lg dapatlah doyan tu..hehe.
Lom pernah sampai Perak lg kak...bilalah nak sampai agaknya..huhu
seronot makan aiskrim roti di taman permainan, sambil tengok anak main jongkang-jongkit :)
ReplyDelete