Sedih pulak dengar keluhan anak dara aku nan seorang, bila dia tahu baby dalam perut ibunya lelaki. Semalam petang, waktu dia buat kerja sekolahnya, tiba2 jer dia kata,
" Kenapa ibu tak buat baby perempuan?Ibu selalu tidur dengan abah, Aqil tidur dengan Abid, habis Alia tidur sorang2 jer kat bilik. Ibu kasilah Alia baby perempuan, nanti Alia ada kawan nak tidur"..huhu.
Tak tahu nak beri jawapan apa, akhirnya aku kata,
" Allah nak beri Alia dua adik lelaki. Alia kenalah syukur kan. Nanti Alia sama juga macam ibu. Ibu pun ada dua adik lelaki, takde adik perempuan pun. Ibu tak sedih pun."
"Siapa adik ibu?"
"Pak Ngah dengan Pok Su kan adik ibu.Samalah macam Alia nanti. Abid adik Alia, lepas tu satu lagi dalam perut ibu. Alia lagi best. Alia ada abang Aqil. Ibu takde abang pun..kan."
" Yelah, Alia dengan ibu samalah kan. Alia jadi kawan ibu..kan".
Hasil scan 3D yang aku buat....
Semuanya berlaku lepas aku baca blog Kak Ina. Teruja nak buat 3D scan juga.
Nampak clear kan muka baby...
Dari sini, dapat lihat jantina baby...
Aku sendiri tak kisah baby apa pun, yang penting, baby sihat, sempurna dan aku selamat melahirkan. Walaupun terdetik juga di hati, nak perempuan sorang lagi, dah dapat sorang alhamdulillah. Ada orang tak dapat langsung kan...
Dan siapa tahu, bila lahir keluarnya lain pulak kan...kuasa Allah...kita tak tahu.
Lain pula dengan Aqil, anak sulung aku, bila aku kata, baby dalam perut ibu lelaki, punyalah dia suka.
"Yeaa!!! Aqil betul. Kan Aqil cakap lelaki."
Sukalah tu boleh tambah kawan gaduh...hehe. Dan malam tadi, sebelum Alia masuk tidur, sempat lagi dia cakap dengan aku...
" Takpe ibu. nanti lepas baby ni keluar, esoknya ibu buat ler baby satu lagi. Baby perempuan untuk Alia tau! Nanti Alia ada kawan."
Haha..suka2 jer lepas bersalin, esoknya dah boleh ada baby satu lagi dalam perut. Dah ler dia cakap sambil tersengih2.
InsyaAllah....abah kata, boleh lagi sorang....macam dia yang beranak...hehe.
~ يوس ~
heheheeh...next time ibu dia kene try lagi dptkan girl..
ReplyDeletebest kan buat 3D scan...dpt gak yus buat 3D ye..hehe
ReplyDeletesian aliya..takpe..cakap kat dia 'pas adik boboy ni, ibu buatkan adik gegirl lak ye'
;)
Misah: Hehe..tengoklah macam mana nanti..ada rezeki, adalah tu..:D
ReplyDelete****************************
Kak Ina: Memang seronok dapat buat 3D scan, nampak lebih clear..hehe
Erkk..yg tu takut nak janji kak, kang cuba lagi kuarnya boboy gak, apa nak jawab dengan dia masa tu...takpe, dia dah semakin besar nanti, sure semakin faham, apa pun InsyaAllah..usaha tangga jaya, ye tak..:)
Comel nya entry nih. Suke!! XD
ReplyDeletetapi tak tau la nak buat scan 3D katne. Kat sini yang dekat scan biasa2 je. Urm, mahal tak harganya? :)
Reply to Mommy Pinky..... cuba2 lah survey kawasan zana tu..akak pun mula2 tak tahu mana ada 3D scan kat BP ni. Hampir semua klinik dan hospital akak tepon. Akhirnya dpt tahu ada di Hospital Pantai BP, tu yg pergi. Ikut tempat juga kosnya, dari yg akak survey di internet, biasa pada kadar RM60-RM200. Yang akak buat ni RM120.
ReplyDeletesama nama ngn sepupu sy..
ReplyDeleteAnak sulung - Alia,
No 2 - Abid..
;)