Thursday, June 24, 2010

Home » , » Cuti sekolah - part 1 (Trip to Clementi Avenue 2)

Cuti sekolah - part 1 (Trip to Clementi Avenue 2)

Ini mungkin cerita agak basi. Tapi aku nak abadikan di blog ini juga. Aktiviti cuti sekolah yang baru lalu. Hari Sabtu pertama masa cuti tu, kami ke Singapura. Bukanlah jalan-jalan makan angin, tapi menghadiri majlis perkahwinan sepupu SRD di sana. 

Kami bertolak pukul 830 pagi dari rumah. Sampai di R&R Machap, bertemu pula dengan mak dan abang Eli. Kemudian kami teruskan perjalanan dan singgah sebentar di rumah sepupu SRD di JB, abang Ghaffar. Kami semua tak tahu jalan...abg Ghaffar dah biasa ke sana.

Perjalanan ke sana bagi aku agak meletihkan sebab lama sangat dalam kereta masa nak masuk ke S'pura tu. Rasa tegang segala urat saraf...banyaknya kenderaan..huhu.

Majlis tampak meriah. Persandingan dan jamuan di adakan di bawah kawasan flat rumah mereka. Memang menarik. Apa yang menarik perhatian aku, tiada acara potong kek, tapi pasangan pengantin ini memotong pulut kuning yang di gubah nampak seperti kek. Cantik!!.Sayang aku lupa pula nak ambil gambar waktu acara memotong pulut kuning ni.

Tahiah kepada pasangan pengantin Afik & Rinah (5th June 2010). Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 

Masa ni baru sampai...
 Gambar pasangan pengantin dan keluarga..berbaju merah

 Kami turut mengambil kesempatan bergambar bersama pengantin.

 Pengantin berbaju biru..tampak lebih manis..

 Setelah sampai di rumah malam itu...

~ يوس ~

3 comments:

  1. salam kenal..saya dah jd follower awak, kalau senang singgah ler ke blog saya ye..

    anyway, dah lama x jejak kaki ke kota singa tu, last pergi masa umur 4 tahun..huhuhu....

    ReplyDelete
  2. @wahida
    salam kenal wahida, terima kasih jd follower saya.

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru to pasangan pengantin... ;d

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...