Cuti pertengahan tahun dah pun bermula. Memang rasa letih juga bila seharian anak2 ada di rumah. Kalau biasa sibuknya lain, tapi bila semua di rumah sepanjang masa, sibuknya lain pula.
Hari terakhir sekolah, Jumaat lepas...Alia paling gembira kot. Sebab dia dapat hadiah dari cikgunya. Peperiksaan pertengahan tahun tadikanya (TAJ) dia dapat no 2. Aku pun tak sangka ada majlis ringkas di kelasnya. Dia yang paling suka sebab dapat hadiah dan juga belon warna pink. Anak dara aku seorang ni memang penggemar warna pink..huhu.
Plan cuti sekolah pula....hmmm tiada apa yang menarik. Apa yang pasti, minggu lepas dah ke Singapura kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu SRD. Sekali lagi, gambar2 sewaktu di sana aku update kemudian ler. Minggu ini, InsyaAllah kami semua akan ke JB. Bukan cuti2 Malaysia, tapi ikut SRD yang ada kerja di sana. Terlanjur anak2 cuti sekolah, dapatlah kami ikut, kalau tak biasa, mesti kami kena tinggal...huhu. Tapi kalau dah ikut tu, bolehlah juga jalan-jalan....kan.
Minggu berikutnya pula, balik Muar sekejap, lepas tu ikut SRD lagi ke PD dan Seremban pulak sebab dia ada LI. Kami ni setakat follow jer ler. Hopefully dapatler juga jalan2..hehe. Lagipun anak2 ni asyik ler tanya abah dia, bila nak tidur di hotel lagi?...Apa yang best pun tak tahuler. Biasanya diorang ni suka nak main swimming pool ajer. Tapi dengarnya, hotel kali ni takde swimming pool..huhu, guane tu. Aku ler yang kena melayan nanti, pujuk diorang semua sebab swimming pool idaman takde.
Plan lain, takde kot. Tapi anak bujang aku yang tua request nak tengok wayang cerita ini...
Aku pula teringin nak tengok cerita ini....
Dan SRD pula kata...kalau nak tengok wayang, cerita ini ok ler...
(pic credit to Mr Google)
Hmm..macam ler dapat tengok...haha. Berangan jer kot. Sebab yang tak bestnya bila tengok wayang ialah Abid. 30 minit pertama saja dia boleh diam dengan tenang di tempat duduknya, Lepas tu.....terpaksalah melayan kerenahnya. Last kami tengok wayang sekeluarga masa cerita Iron Man 3 hari tu..
Kita syok tengok citer tu, dia boleh buat aksi Iron Man tu dalam panggung tu. Lepas tu dengan suaranya yang kuat, buat pula aksi berlawan. Katanya, Otomen lawan Iron Man....haha. Otomen dia tak boleh tinggal tu. Siap dia kata, Otomen lagi kuat. Aksinya semua lengkap, dengan tangannya, kakinya, mulutnya....huhu..haru dalam tu. Otomen vs Iron Man...hehe. So, rasanya aku tunggu adik aku beli cd atau donlod citer2 ni kot, baru dapat tengok...Aku nak beli...kirim salamlah..haha.
Jadinya plan tengok wayang hanya tinggal plan rasanya. Aqil tunggu jer ler..nanti cd/dvd dah kuar, baru cari Toy Story 3 tu yer...hehe.
Hmm..memang tak best kot perancangan cuti sekolah kali ni. Tapi apa yang pasti, aku dah sediakan buku latihan dan soalan untuk semua anak2 buat. Setiap pagi lepas sarapan, mesti mereka semua buat latihan dulu, baru boleh tengok tv atau main game di komputer. Sehingga hari ini nampaknya berjalan dengan baik....harap dapat di kekalkan sehingga tamat cuti sekolah, kecuali masa ikut abah jenjalan tu. Tapi still boleh bawa buku..ye tak.
Panjang pulak celoteh aku...huhu. ...
~ يوس ~
tahniah... kemana plan bercuti ? hehe
ReplyDeletemaksu tak de apa2 plan ler cuti sekolah ni... anak2 pun dah besar....
ReplyDeleteAbah Zino : Erkk..panjang lebar saya tulis tanya lagi? Ni mesti tak baca selanjutnya..+++ ni..hehe
ReplyDeletemak Su: Saya pun bukan plan best tu maksu, ikut suami yg kerja..huhu, sambil2 berjalan. Kalau betul2 bercuti baru best..:D
ReplyDeletehahahaha memang pun.. kat sini azi pun sama yus.. tak buat kerja yg i sedia kan.. minta maap ler nak buka tv lepas pukul 4pm.. hehehehe. Nak keluar lagi ler kirim salam..Heheheheh. Sekrang ni Alya laju aje kalau suruh buat Maths dia tuh.. coz lepas habis boleh main basikal kat garden rumah kami. Baru beli so masih belum jemu.. hehehe
ReplyDeletep.s
lagenda budak setan tuh mcm syadu aje citer nya.. huhuhu