Pukul 10 pagi dah sampai ke jemputan majlis perkahwinan. Punyalah semangat kan...haha. Sampai lauk pauk untuk tetamu semua pun belum siap di hidang. Nasib baik majlis sepupu sendiri kalau kawan-kawan je, tak berani kot datang pagi sangat, hihihi. Semangat nak bertolak ke Terengganu sebenarnya, tapi tak mahu menghampakan orang yang dah menjemput kita ke majlisnya. Lebih baik datang dari tak datang kan.
Apa pun aku suka dengan warna tema majlis perkahwinan Ashraf & Zakiah ni. Ungu + merah jambu, sangat menarik. Aku jarang nampak gabungan tema seperti ini, itu yang membuatkan aku tertarik.
Walau ketika sampai hidangan belum tersedia, namun kami beredar selepas makan juga. Bila saja semua lauk mula di letak di tempatnya, kami pun terus mencedok untuk mendapatkan makanan. Kira antara tetamu terawal yang dapat makan. Nasi dan lauk pauk semua masih panas-panas, menambahkan selera untuk makan kalau perut belum berisi, sayang kami masih kenyang sebab sebelum datang baru juga bersarapan, makanya jamah juga sedikit sebagai menghormati tuan rumah.
Mari kita lihat gambar-gambar ini pula ya..
![]() |
| Selamat pengantin baru Ashraf dan Zakiah. Suka tengok tema warna majlis mereka ni ungu + merah jambu. Kosong lagi masa kami sampai, sebab masih pagi kan. |
![]() |
| Cantik pelamin ni walaupun simple saja. |
![]() |
| Arif yang tak mahu makan nasi, sekadar menjamah kuih-muih saja.Suka tengok susun atur meja-mejanya. Berselang seli warna alas meja antara ungu dan merah jambu, sangat menarik bagi aku. |
Selepas menjamu selera, kami terus bertolak ke Kerteh pagi itu. Tak sempat pun bergambar dengan pengantin sebab waktu itu, pengantin masih sibuk dengan majlis khatam Quran. Pukul 11 pagi bertolak, sampai Kerteh pukul 5.30 petang. Kami menginap di sini.....
![]() |
| Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort Kerteh Terengganu. |
to be continued.....
~ يوس ~





