Wednesday, August 06, 2014

Home » , » Gambar pagi raya pertama 2014

Gambar pagi raya pertama 2014

Tahun ini tak banyak ambil gambar. Mood nak pegang kamera takde. Bila belek2 memang paling sikit gambar hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi kalau takde langsung tu macam tak best lah pula kan.

Pagi raya tahun ni di Muar pula kampung suami. Malas nak cerita panjang eh. Memang nak tepek gambar raya je ni....hihi.

Tema tahun ni biru + pink....:)

My two princess....Alia dan Amani

3 beradik, Abid, Arif dan Amani

Gambar keluarga kami di pagi raya. Aqil tu tak tahulah, memang mood dia suruh bergambar takde, asyik masam je muka...huhu. Tahun ni sebab Alia sibuk nak jubah ala frozen tu, ibunya pun ikut berjubah...hehe. Amani je pagi raya lentok je, denga peplum dia tu. Lentok punya pasal, peplum pun tak nampak...hihi.

Gaya sedikit santai katanya, tapi still anak sulung saya Aqil monyok...adoiii lah anak!! Cer ceria sikit .....huhu.

Keluarga besar Hj Mahzan, keluarga belah suami saya....ramai kan. 9 adik beradik, campur menantu dan cucu cicit semua, cicit baru sorang je pun, tapi meriah....hehe.
 Oklah, itu saja gambar pagi raya 2014 yang nak di kongsi. Lelain tak menarik eh....hehe.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin.


~ يوس ~

12 comments:

  1. keluarga ramai berkumpul memang seronok kan

    ReplyDelete
  2. seronok bila ramai2 ni yus..
    acik ada ke BP hantar Aimi..tapi tak call Yus..sebab masa tu bila tengok fb.rasanya yus di balau ke mana tah..In syaa Allah lain masa acik call yus

    ReplyDelete
  3. Itu dia meriah tak meriah bila dah berkumpul macam ini.
    Sinki kat dapur tak sempat nak kering kan.. Apa taknya kalau makan-minum non-stop.

    ReplyDelete
  4. Oklah ni at least ada gambar buat kenangan kan...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya yus. Alolo abang monyok betul muka dia.

    ReplyDelete
  6. cerianya pic last..
    suka [ic ramai2 camni

    salam aidilfitri
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  7. Selamba je Aqil buat gaya monyok ya... :)

    ReplyDelete
  8. kalau semua 9 beradik balik sekali mesti pakai nombor nak masuk bilik air ....
    selamat hari raya Yus dan maaf zahr batin

    ReplyDelete
  9. Alia..awat comel sangt...muka nampak matang la..suka tengok dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kembang kuncup bila dia baca komen ni diana...hehe

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...