Thursday, April 04, 2013

Home » , , » Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Hari ni rasa nak cerita pasal Aqil dan Alia. Lama rasa tak bercerita pasal mereka. Sebelum tu saja nak tepek 2 gambar mereka pada masa yang berbeza ini.

Perbezaan wajah dan fizikal mereka dalam tempoh 7 tahun... Tinggi dah hampir sama sebenarnya, rasa sekejap lagi Alia lagi tinggi, walau beza usia 2 tahun. Aqil ni lambat betul tumbesarannya...huhu.
Aqil
2 minggu lagi Aqil ada perkhemahan ke Mersing. Dari mula dapat tahu sampai hari ini, sibuk sangat nak bawa hp untuk perkhemahan. Aku sendiri pun rasa perlu dia bawa hp tu, sebab rombongan sekolah sebelum ni ke KL, rasa risau semacam je bila tak dapat tahu perkembangan dia. Tapi tulah, abahnya belikan hp biasa harga RM68 tu bising dia, nak juga hp ada WIFI, kamera, game canggih semua....hihi. Sorrylah Aqil tak dapat punya!!! Telefon abah beri untuk memudahkan ibu dan abah telefon ya, bukan untuk buat main....ekekek.

Lepas tu sekarang seronok bercerita pasal dia terpilih sebagai pemain bola sekolah, tapi sebagai simpanan saja. Tetap teruja dia, katanya, " Pemain simpanan pun dapat sijil ibu!!" 

Yalah sayang, simpanan pun simpanan lah, ibu sendiri tak percaya je kamu tu boleh main bola, dengan size badan yang kecik nonet, macam takde orang lain je kat sekolah. Tapi simpan dalam hati saja, ibu tetap sokong setiap apa yang Aqil buat ya!

Alia
Sekarang ni tengah giat berlatih setiap petang sebab dia terpilih menyertai koir sekolah, menyanyi dalam bahasa inggeris untuk pertandingan antara sekolah. Dari sebelum cuti sehinga sekarang ni, asyik lah berlatih. Balik sekolah agama je, mulalah ibu ni jadi supir setia hantar dia latihan di sekolah.

Tapi semalam selepas balik latihan, mandi tiba-tiba badan dia panas. Rasa macam dia demam. Mula tu rancak dia bercerita baju apa yang akan dia pakai untuk pertandingan nanti. Tinggal seminggu saja lagi sebelum hari pertandingan. Tiba-tiba boleh demam pulak.

Kerja sekolah masih ada yang belum selesai. Ibu gertak, " Tadi ok je, tetiba boleh demam pulak. Penat sangat latihan nyanyilah ni. Kerja sekolah tak siap pulak tu. Kalau kerja sekolah terganggu tak perlu masuk pertandingan ya! Sampai demam-demam berlatih!"

Lepas makan ubat, terus elok je. Kemudian rajin siapkan kerja sekolah. Balik sekolah pagi hari ini, aku rasa badan dia memang agak suam-suam. Makan pun tak berapa lalu, aku kata tak perlu ke sekolah agamalah. Tapi dia tetap bersemangat, sebab takut aku tak beri dia hadir latihan koir nyanyiannya petang nanti kalau demam. Buat muka sehabis ceria! Aduhlah anak. Penangan seronok dapat masuk pertandingan, tetap menceriakan diri. Kalau tidak biasa, baru panas badan sikit je, " Cikgu kata kalau tak sihat, tak perlu datang sekolahlah ibu!"

Itu memang ayat wajib dia, tapi sekarang lain pula ya?....hihi. Takpe, yang penting kesihatan tu harus di jaga, ibu tetap sokong, anak terpilih wakil sekolah, tak kan ibu tak suka dan bangga kan.

Good Luck untuk kedua anak-anak ibu, Aqil dan Alia. Ibu sayang kamu semua!

~ يوس ~

14 comments:

  1. igt lagi rambut alia yg kinting2 comel tu.hehe
    kejap je dah besar..dh jd dara sunti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah hilang kerintingya Irfa, dan tinggal ikal mayang je...

      Delete
  2. Alia ni kalau sekali nengok cam muka en bos yea.. Hehe.. Aqil pulak cam akak kurus.. Tapi cam tulah kak ragam anak yg makin membesar.. Macam2 peel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira Aqil muka akak, Alia muka SRD lah ya...hihi. Tp SRD selalu kata, Alia dahi jendul macam akak...

      Oh! Kalau akak kurus, lebih iras Aqil ekk, tp skrg gemuk dah, 70 sudah sejak pregnant ni...hihi

      Delete
  3. Dah sama besarkan Aqil dan Alia nie.
    Semangat ya Alia dpt masuk koir wakil sklh.

    ReplyDelete
  4. dah besar la depa berdua..sebagi ibu bapa kita ni kena menyokong je la apa minat depa..kan>.asalkan perkara tu bukan yang sia2..

    ReplyDelete
  5. Salam yus..

    comel betul keduanya.. seorang ikut muka ayah, seorang ikut muka ibu.. Alhamdulillah.. masing2 terpilih utk mewakili sekolah.. Tahniah dan all the best untuk Aqil dan Alia..

    ReplyDelete
  6. lelaki lambat sikit pertumubuhannya kak (kebiasaannya la). remaja nanti tengok-tengok dah 'melangit' tingginya :D

    ReplyDelete
  7. comelnya tgk alia masa kecik2 dulu kak. dgn rambut curlynya tu. geram!!!

    ada sorang anak sedara izan tu kak... si abg tu lambat tinggi berbanding adik2 lelakinya yg lain. tapi sekali dah tinggi terus dia salahkan pintu rumah nenek kenapa rendah sgt, padahal dia yg terlebih tinggi. haha...

    anak2 kalau dpt masuk pertandingan itu ini mmg seronok ye kak. demam2 pun digagahkan juga. good luck utk alia n aqil ye...

    ReplyDelete
  8. doakan saje anak2 kita ye.. done nuff yer !

    ReplyDelete
  9. Salam K.yus...
    Hhihi...bezanya dulu dgn sekarang.. dulu comel sekarang makin comel. Hensem & ayu..
    Mcm2 kerenah anak2 ni kan kak? Hihih.. Alhamdulillah..semoga mmbesar & jadi kebanggaan ibu ayah :)

    ReplyDelete
  10. Hmm... there's a feeling bila tengok adik membesar, lebih2 lagi pandang photo sblm n slps mcm ni kan...
    sekejap je masa berlalu... anak2 dah besar. Mcm baru semalam kita bersekolah sama-sama kan Yus? Hari ni anak pula yg dah besar hu hu...

    ReplyDelete
  11. macam anak korea alia masa kecik... hehehe...dah besar anak2 Yus..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...