Thursday, October 18, 2012

Home » , , , » Doa Mudah Bersalin & Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan

Doa Mudah Bersalin & Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan



اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ


اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً


اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .


Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .



~ يوس ~

14 comments:

  1. aminnn...risau+ngeri ngeri saya bila teringat pasal nak bersalin..semoga semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  2. Semoga día dikurniakan kesihatan yang baik, berbudi bahasa, rajin berusaha dan menjadi anak yg beriman.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum wbth..

      Terima kasih sudi kongsikan...

      Delete
  4. tq for sharing kak, moga dipermudahkan sepajang krhamilan, tingin nak join the club hihi

    ReplyDelete
  5. Kongsi-kongsilah moga boleh dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  6. moga kak yus n baby sentiasa sihat2 ye...
    thanks for sharing~

    ReplyDelete
  7. masa saya ank besalin hari tu
    lupa semua doa2 nak besalin ni..
    cuma mampu mengucap je time sakit tu..
    hahhaha..
    sebenarnya lupa sebab tertekan bayi dah lemas dalam perut..
    sebab tertekan tu la saya berjaya meneran sekuat hati
    nak selamat kan dia.

    ReplyDelete
  8. Amin...mudah-mudahan selamat semuanya ye kak:)

    ReplyDelete
  9. amiiinnnn.... moga selamat semuanya... take care tau..

    ReplyDelete
  10. amin....
    ilmu untk cheqna..coming soon =)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...