My other Blog

Monday, October 08, 2012

Home » , » Berkhatan dengan Alisklamp

Berkhatan dengan Alisklamp

Nak khatankan anak, ibu yang dok risau cari maklumat sana sini. Apa pun banyak info aku perolehi dari hasil google aku dua tiga hari ini.

Ada 3 cara-cara berkhatan bagi lelaki yang aku jumpa.

1. Cara khatan konvensional 'dorsal slit' - Ini adalah cara standard yang digunakan oleh doktor-doktor dan 'Medical Assistant' disemua klinik atau hospital-hospital kementerian kesihatan Malaysia.

2. Cara 'Laser' atau 'electrocoutry' - menggunakan tenaga letrik dan menyebabkan 'pembakaran tisu' semasa pemotongan kulit. Namun risikonya agak besar kerana ada kes kurang enak yang di laporkan seperti terpotong sebahagian kepala zakar, tercedera lubang kencing dan yang terok sekali adalah terpotong putus batang zakar.

3. Cara CLAMP (Sepitan) -  cara khatan yang paling lama sekali diamalkan kerana lebih mudah, cepat dan kurang menyakitkan. Cara ini sudah sampai keperingkat generasi ke tiga dan terkini.

Boleh baca maklumat penuh di web iluvislam.com di sini.

Dan aku tertarik dengan cara CLAMP generasi ketiga dan terkini iaitu Alisklamp.Satu kaedah khatan yang sempurna dan menjadi pilihan ramai katanya. Paling menarik dlam Soal Jawab mengenai kaedah khatan cara alisklamp ni anak kita tidak perlu memakai kain selepas di khatankan.  Kaedah Alisklamp tidak memerlukan penjagaan khusus selepas khatan. Anak kita boleh bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas dikhatankan.Berjalan, bermain, mandi mahupun berenang di kolam atau pantai serta-merta selepas prosedur berkhatan juga tiada masalah!

Impressed!! Nak tahu lanjut? Silalah ke laman alisklamp.my dan baca segala soal jawab mengenainya di sini.

Bagaimana rupa alat alisklamp ni??

Inilah rupanya. ALISKLAMP boleh di dapati dalam beberapa saiz mengikut kesesuaian kanak-kanak atau orang dewasa. Image pinjam dari blog gambargambarpelik.blogspot.com. Banyak lagi maklumat lain mengenai kaedah khatan cara alisklamp di sana. Sila terjah siapa yang nak tahu lebih lanjut ya!
Bagaimana pula prosedur khatan cara Alisklamp ni?

Semuanya dapat kita baca di laman web alisklamp.my di sini.

Ok!!! Dah tekad nak buat cara Alisklamp ni untuk anak-anak. Tapi kalau di BP ni nak buat di mana ya??

Hanya ada dua klinik saja yang menjalankan kaedah alisklamp di BP ni. Satu nya ialah di Putra Specialist Hospital dan satu lagi di Klinik Putra Tongkah Pechah. Senarai doktor dan klinik di tempat lain boleh di rujuk di sini ya kawan-kawan.

Kos berkhatan cara Alisklamp?

Sila rujuk di sini.

Tapi tadi aku dah telefon Putra Specialist dan tanya kos alisklamp di sana. RM230 seorang. Akhir bulan 11 biasanya ada buat majlis berkhatan beramai-ramai di sana. Kalau nak turut serta, kos tetap sama tapi ada special gift untuk kanak-kanak yang turut serta. Tarikh belum di tentukan. Dah beri nama untuk mereka hubungi sekiranya tarikh dah tetap. 

Ramai ibubapa sekarang khatankan anak-anak awal kan. Ada yang baru dua tiga bulan pun sudah di khatankan. Perempuan tu biasalah, ini lelaki. Tapi aku masih nak ikut cara lama. Dulu2 kalau adik-adik aku, ayah kata selagi belum khatam quran, tak boleh sunat! Sebenarnya itu salah satu cara memotivasikan mereka untuk cepat khatam Quran. Bila tengok semua rakan dah khatam tapi dia belum, mesti rasa lain kan. Aqil ni belum khatam lagi. Baru Juzuk 22. Lambatnya dia ni nak khatam. 

Kalau ikutkan, tahun depan lah baru dia khatam dan plan untuk di sunatkan. Tapi dia dah 10 tahun. Anak-anak ni kalau dah 10 tahun, tak mahu solat kita dah boleh pukul kan. Jadinya umur max 10 tahun ni memang dah patut khatan lah supaya semua ibadahnya lebih sempurna. Satu lagi, kalau khatan awal, mereka tak merasa perasaan takut nak khatan tu kan. Kalau mereka dah tahu dan faham, mesti perasaan mereka berbeza. Sesuatu yang pastinya menjadi kenangan bagi anak lelaki kita sampai dewasa.

Aqil!!! Kamu khatan tahun ni ya! 

Ibu ni!!! Kata nak tunggu Aqil khatam Quran. Tahun depan lah ibu!

Hari tu dia yang beriya nak tahun ni, bila kita dah ubah fikiran, dia pula yang nak ikut plan kita pada mulanya. Takutlah tu ya!!! Tapi bila aku tunjukkan gambar-gambar perbezaan antara yang belum khatan dan yang sudah di khatankan di blog ini......

Oklah ibu!! Tahun ini Aqil nak sunat ya!!...

Hehehe....

p/s: kawan-kawan yang dah pernah ada pengalaman khatankan anak, kaedah yang manakah anda gunakan? Ceritalah pengalaman menjaga anak anda sikit ya....
~ يوس ~

19 comments:

  1. good info ni kak.. nti bila tiba anak2 sy nak khatan leh jadikan blog akak nih sbg rujukan.. :)

    ReplyDelete
  2. oh ngerinya..saya plan nak sunatkan hero hujung tahun ni.mcm mana la agaknya dia nanti

    ReplyDelete
  3. tq kak yus..memang betul2 good info..zakiah ingat nak khatankan juga hero berdua tu..:) awal lagi bagus..kalau pasni pun hero nak khatankan awal juga..tengah mengumpul duwet..hihi:)

    ReplyDelete
  4. Hmm..pasal khatankan anak nie.. akak ada pengalaman masa anak akak guna kaedah klamp ini. Tapi iye laa kira nasib masing2kan. Moga semuanya selamat yer..
    http://rinnamanja.blogspot.com/2010/12/dugaan-lagi-untuk-anakku.html

    ReplyDelete
  5. skrg dah semakin moden
    berkhatan budak2 dah x takut
    x perlu tuk mudim dtg rumah , kita bawa mereka ke klinik kan ;)
    bagus info nie
    zahrien lambat layie :))

    ps : yusss lega sgt2 yusssssssssss ;))

    ReplyDelete
  6. Tq share sini Yus,Nurul pun hujung thn nie nak khatan 2 org hero tu.

    ReplyDelete
  7. good sharing kak, ngeri tengok alat dia tu, kene sorok dari aqil entry ni hihihi

    ReplyDelete
  8. yus,

    wktu akak nak khatankan 2 boys akak dulu...mmg memula nak amik cara clamp ni jugak tapi jmp 2 org doc kat sini tny info...both of them x brp encourage sbb katanya guna kaedah clamp ni, budak akan ras 2x kesakitan=wktu pasang clamp n wktu nak buka clamp nnti....so akak guna kaedah konvensional ajela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sil yus cakap kalau tak mahu sakit masa buka tu, suruh anak berendam dalam air dulu sekurang2nya 30 minit sbelum ke klinik untuk buka clamp. Anak dia guna cara alisklamp ni juga.

      Tp baca komen2 di sini yus mula was2 nak guna cara apa...huhu

      Delete
  9. Apa yg pasti kakak tak ada pengalaman langsung Yus sebab adik-beradik perempuan, anak pun perempuan semuanya. Tapi kakak lihat anak-anak saudara kakak semuanya berkhatan rata-rata umur 7-9 tahun guna cara clamp ini juga.. masa kecik cepat baiknya Yus dan senang sebab belum malu lagi...

    Kalau ikut kakak-kakak yg ada anak berkhatan satu rumah kena pantang sama bab masak supaya tak ada kes curi-curi makan. Itu lebih selamat.

    ReplyDelete
  10. anak buah kesian sgt...dia bleeding lepas sunat...2 kali sunat..first cara moden...second cara lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! Ya ke? Takut juga ni nak sunatkan anak ya.

      Delete
  11. Adik myra berkhatan dengan cara moden ni jugak lah, cepat, mudah dan tak sakit-katanya :)

    ReplyDelete
  12. Saya pun tak pasti mungkin nak sunatkan zarif tahun depan kot, hehe

    ReplyDelete
  13. akak plan nak khatankan Imran umur 7 tahun. Now dia baru 5 tahun.

    ReplyDelete
  14. izan tgk balik video2 tu rasa ngeri plak kak yus. masa muhaimin dulu, nak sunat tu takde masalah... cool aje. nak tanggalkan boleh dia tak mau doktor bersihkan. huhu... last2 ummi lah yg kena buat semua.

    # masih ada 4 hero kecik yg menanti utk disunatkan ni kak yus. tapi yg lebih rasa berdebar2 ayah doranglah... hadoii lah~

    ReplyDelete
  15. semakin moden sekarang ni..huhu.. xpernah..tunggu respon dr rakan blogger lain :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jemput Like FBPage saya jika sudi ya..:) Terima Kasih