Friday, August 10, 2012

Home » , , » SRD Kemalangan | Puding Kastard Jagung dan nasi warna warni

SRD Kemalangan | Puding Kastard Jagung dan nasi warna warni

Terkejut sekejap semalam seketika ketika aku sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka yang belum selesai, dapat panggilan dari SRD suami tersayang yang dia terlibat dengan satu kemalangan. Masa tu dah hampir ke pukul 6.20 petang. Dalam hati sebenarnya dah mula pot-pet juga (dalam hati pun aku boleh pot-pet kan..huhu), "Mana abang ni? Kata nak balik awal hari ni?" (Ni dalam hati je berkata-kata ya!)

Bila SRD telefon dan kata dia dah terlanggar orang, hati mula berdegup kencang. "Haa!! macam mana abang boleh terlanggar orang?!" Itu yang pertama keluar dari mulut aku. SRD macam biasa memang cool je orangya, tak macam aku yang cepat gelabah. 

" Nanti balik abang cerita ya! Nak hantar orang ni pergi klinik buat rawatan dulu. Nak beritahu balik lambat je. Jangan tunggu, buka je dulu!"

Dalam hati mula rasa tak tenang. Dalam masa sama berdoa saja moga abang baik-baik saja, dan orang yang dia terlanggar pun baik-baik juga. Dek kerana hati tak begitu tenang, makan berbuka pun tak begitu berselera walau menu dah menarik. Tapi seronok tengok anak-anak makan bertambah-tambah. Terutama Alia, yang suka sangat dengan nasi warna-warni dan ayam masak merah. Anak-anak aku panggil nasi hujan panas tu nasi warna warni ya kawan-kawan.

Ok, inilah menu berbuka kami semalam.

Puding kastard jagung. Bila di buat dalam acuan macam ni, hasilnya lebih nampak menarik kan. Nak makan pun rasa seronok. Kalau buat dalam loyang macam biasa, di potong-potong macam kurang menarik je puding kastard jagung ni....hihi.

Nasi warna-warni, nama yang anak-anak sebut, di makan bersama ayam masak merah dan paceri nenas. Pertama kali aku buat paceri nenas ni, alhamdulillah SRD kata menjadi. Nasi tu tercurah kaler hijau terlebih, dah jadi hijau sangat pulak aku tengok...hahaha.
Ok, sambung cerita perihal kemalangan. Selepas solat maghrib, aku sambung mengaji Al-Quran sekejap. SRD masih belum sampai rumah. Hati tambah risau. Kejap-kejap mata menjenguk ke luar tingkap bilik, "Manalah suamiku ni?"

Tak lama kemudian, baru SRD sampai. Waktu maghrib masih belum habis masa tu, dan dia pun masuk dalam tergesa-gesa untuk mengejar waktu solat maghrib. Aku biarkan saja SRD selesai dulu urusannya. Bila dah selesai, duduk sama-sama atas katil, mulalah sessi bercerita.

SRD terlanggar sebuah motor yang di naiki 4 orang kesemuanya di atas motor tu. Ada seorang dewasa yang bawak motor (perempuan makcik kepada budak2 tu) dua orang kanak-kanak (seorang lelaki dan seorang perempuan) dan di belakangnya seorang remaja (abang kepada kanak-kanak tadi ). Punyalah ramai orang naik satu motor!!

Kata SRD, ada sebuah kereta di hadapan kereta dia, dan motor tadi di sebelah kiri, SRD di belakang motor ni. Jarak agak jauh juga, dan SRD memandu dalam kelajuan 70km sejam lebih kurang. Kereta hadapan dah hilang dari pandangan, tiba-tiba motor yang di belah kiri ni beri signal ke kanan tapi tiba-tiba je terus membelok kekanan, takde ambil side ke kanan dulu macam orang lain kata SRD. Yalah, baru bagi signal, terus belok ke kanan, dia tak perasan ke belakang dia tu ada kereta kan.

Dalam hati SRD dah kata, "alamak, sah kena langgar ni!" Cepat-cepat SRD tekan brek, tapi motor tu dah dekat sangat, apa lagi tersondol jugalah motor tu dan mereka semua tergolek kecuali remaja lelaki yang belakang, sempat dia melompat sebab katanya dia nampak kereta suami aku tu.

Bila semua dah terjatuh, rupanya ada kereta lain di simpang yang nampak dan dalam kereta tu adalah datuk kepada budak-budak tu, ayah kepada wanita yang bawa motor tu. Pakcik ni cepat berlari ke arah mereka dan SRD, kiranya rumah mereka dah nampak lah dari jalan tu. Apa lagi, SRD kena marah-marah kat situ. Macam-macam pakcik tu kata antaranya, "Awak tak nampak ke motor tu? Nampak tu signal pun masih hidup!"

SRD cuma diam tak menjawab, di biarkan pakcik tu mencurahkan rasa, sampai pakcik tu kata rasa nak tumbuk je muka suami aku. Huh!!! Aku dengar hanginnnnn satu badan terus. Namun dalam hati SRD berkata juga, "dah anak pakcik bagi signal dan-dan tu terus belok, mana saya sempat elak, dia pun tak tengok ada kereta tak kat belakang kenapa?" Tapi dalam hati je keluar. Laki aku ni memang gitu, tak mudah marah-marah, tak macam aku....hehe.

Bila aku kata," kenapa abang tak bersuara, anak dia pun salah?" Jawab SRD, "dalam undang-undang walau apa pun yang sebenarnya berlaku, yang menyondol tu akan tetap di salahkan."

Hmmm...yakan jelah. Pakcik tu masih bebel-bebel, SRD ajak bawa ke klinik. Cari-cari Klinik area Senggarang semua dah tutup, bawa ke Parit Raja, nasib baik ada satu masih bukak. Yang tercedera ialah dua orang kanak-kanak tu. Sorang luka sikit di tangan, sorang lagi melecet di kaki. Yang bawa motor dan yang belakang sekali tak cedera. 

Dalam masa menunggu doktor merawat, waktu berbuka dah sampai. SRD ajak mereka berbuka sekali di restoran satay berdekatan. Laki aku buka dengan 3 cucuk satay dan air je, sian dia....huhu. Kemudian ayah budak-budak yang SRD langgar tu muncul dengan van. Pakcik tadi dah pesan, kalau anak saya marah awak diam je, lagipun yang bawa motor anak perempuan saya, motor tu pun motor saya. 

SRD cuak, takut anak lelaki pakcik tu lagi garang dari dia, mau kena tumbuk ni. Tapi sabar jelah. Bila sampai, tengok muka memang agak bengis, kurus berseluar paras lutut je. Tapi alhamdulillah orangnya ok, tak marah pun, yang muka ketat cuma yang perempuan bawa motor tu je.

Selesai urusan semua dah SRD bayarkan bil rawatan, hantar mereka balik ke rumah dan barulah SRD sampai di rumah dan dapat makan dengan betul hidangan berbuka yang aku sediakan tadi.

Pagi ini SRD janji dengan anak pakcik tu di kedai motor untuk jelaskan bayaran apa yang patut bagi memperbaiki kerosakan yang ada. Katanya motor tu pun baru sebulan di beli, dan apa yang SRD nampak rosak, no plat belakang patah dan ada bengkok sikit bahagian belakang, lain-lain semua nampak elok. Oleh kerana SRD berlembut je dengan pakcik tu, dia pula yang kemudiannya minta maaf dengan SRD sebab dari mula asyik berkasar. Alhamdulillah.

Selama hampir 20 tahun SRD bawa kereta, inilah baru pertama kali terlibat dengan kemalangan. Pakcik tu pula kata," Oh! Ya ke? Kalau saya dah banyak kali, selalu sangat kena sondol, bawa motor kena sondol, bawa kereta kena sondol, bawa lori pun pernah kena sondol. "

Adeh! Lawak pulak bila dengar macam tu.Kena badi sondol kot. Apa pun alhamdulillah semuanya baik. Risau kan bila terlibat dengan kemalangan ni walau pun kecil-kecil.

Entah berapa belanja yang terpaksa di keluarkan untuk perbaiki motor pakcik tu, tapi yang pasti, kereta SRD pun minta di keluarkan belanja tu. Tengoklah apa dah jadi akibat kemalangan tu.

Kemek di depan dan adakesan hitam melecet, cermin lampu sisi hadapan pecah, calar-calar juga kat lampu tu, dan kawasan lampu tu temasuk ke dalam sikit. 
Peringatan untuk kami untuk lebih berhati-hati bawa kereta, kawasan kampung ni motor memang tiba-tiba je keluar kadang tu. 

Sekian.
~ يوس ~

24 comments:

  1. Anak pakcik tu dah mula mewarisi 'penyakit kena sondol' juga ke? :)

    ReplyDelete
  2. memang pun yus..
    kalau masuk kawasan kampung,
    walau depa yang salah,
    tapi tetap orang kata kita yang salah..
    pelik kan??

    ReplyDelete
  3. as salam

    syukur sangat sangat sebab kemalangan tu kecil jer


    terus teringat pada kemalangan yang berlaku kat Keramat ...

    ReplyDelete
  4. ALLAH...sabar nyer husband akak sama mcm sabar suami saya!Alhamdulillah semua nyer okey!

    ReplyDelete
  5. salam yus..alhamdulillah tak de yang serius..dan semuanya selamat

    ReplyDelete
  6. minta la dijauhkan accident-accident ni, nak nak pulak musim raya nanti

    ReplyDelete
  7. aduh kak...seriau saya dgr...mmg byk kes, bagi signal terus je masuk, tak tgk side mirror pun...huhu..

    Alhamdulillah SRD dan org yg kena sondol takde apa2..nyawa yg penting...

    btw, ayam masak merah tu buat saya terliur...hehe..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah takde yg serius yg berlaku wp rasa tak seda juga dgr kisahnya yg mcm tu.. salah sendiri mereka tak nmpk.. lebih mencari salah org pula kan..

    wah.. mmg mengancamnya nasi dan lauk pauk hujan panas yus tu.. dah boleh buat katering dah macam ni.

    ReplyDelete
  9. Betul Yus.. satu kampung dua felda, budak-budak kecik naik motor kadang sampai 5 org pun ada. Siap berdukung anak lagi. Nasib baik SRD jenis cool orgnya. Kalau kita nie Yus biasalah org cakap kita jawab. Org lelaki memang panjang akalnya..

    Kalau org jawa Yus kena buat pulut kuning atau bubur merah sikit sebab SRD tak apa-apa kan..

    ReplyDelete
  10. betul tu, kena hati2, sebb tu en hubby KA x kasi KA memandu bila balik ke kg dia.. hehe faham2 jelah orng kg kekdang main masuk je !

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH ..TIADA YG TERUK... MMG BLN RAMADHAN NI KITA KENA LEBIH HATI2 LAGI2 NAK DEKAT RAYA NI...

    ReplyDelete
  12. Mula2 cuak baca entry ni, berkerut je dahi. sampai bab badi sondol tu terus gelak besar. hahaha.. apapun, alhamdulillah semuanya selamat..

    ReplyDelete
  13. alahai..softnye peribadi srd kak yus ni..
    huhu.
    alhamdulillah..semuanya oke..

    kak..nasi hujan panas tu mengancam sungguh :)

    ReplyDelete
  14. selalu kes mcm ni kan...motor lambat bg signal..alhamdulillah x apa2

    ReplyDelete
  15. aduhhh sib baikk x jadi yg lebih buruk kan yusss
    kalau sampai kehilangan nyawa tuu yg x leh terima
    macam mana makcik tuu boleh bawa sampai 3 org penumpang !!
    huhuhu memang salah kalau ikutkan situasi tuu huhu

    sedap jee nasi ujan panas tuu , rajin yus masak
    ieda x pernah cuba masak layie
    insyaallah cuti2 nie nak cube ;)

    ReplyDelete
  16. naik motor sampai 4 nyawa

    memang tak sayang nyawa sungguh kiranya tu

    ReplyDelete
  17. suami yus samalah dengan enpakwe akak
    tapi betul tu, bila kita berlembut lama lama orang yang berkasar tu segan dan baik dengan kita

    ReplyDelete
  18. sangat penyabar suami Yus...saya pun kalau ada kat tempat tu dah tak leh sabar tu...takpelah anggap je ini antara ujian Allah nak beri pada bulan Ramadan...kesabaran itu membawa banyak hikmahnya...puding jagung tu memang nampak sedap kalau buh dalam acuan berbunga gitu..baru sedap nak makankan...

    ReplyDelete
  19. Alhmdulillah, semuanya selamat....

    ReplyDelete
  20. Sedap tengok puding jagung tu :)

    Hubby akak tu berlembut dalam ketegasan tu...

    ReplyDelete
  21. sabarnya suami akak..nasib baik tak ada yang cedera parah.. bahaya betul diorang ni.. selalu tengok motor ni kalau nak tukar jalan tak tengok kereta belakang..bagi signal tu betul la..tapi kena jugak tengok2 dulu..

    ReplyDelete
  22. kesian kat dr, tulah haritu dia dah cerita kat saya samalah cam yang akak tulis ni, saya pulak hangin dengan pakcik tu..dr ni memang baik dan penyabar la kak, cool je..

    ReplyDelete
  23. aduhai.. gini lah duk kampung kan. ramai je bwk motor tak ikut peraturan. kita lak yg kene. xpelah kak, ujian di bulan Ramadhan. InsyaAllah ada yg lebih baik menanti. Amin..

    ReplyDelete
  24. Nasib baik SRD cool je masa tu,susahlah nak ckpkan dan nasib baik xde apa2.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...