Wednesday, August 08, 2012

Home » , » Baju raya kanak-kanak lelaki

Baju raya kanak-kanak lelaki

Selalu bila kita mencari baju raya untuk anak perempuan, banyak pilihan dan fesyen boleh kita lihat. Kadang-kadang rambang mata hendak memilih. Tapi, bila hendak memilih baju raya untuk anak lelaki, susah juga kan. Pandang kiri kanan, belek sana sini, lebih kurang je fesyennya. Tiada banyak pilihan pun.

Dulu masa anak perempuan sorang masih kecik, memang rasanya baju raya dia paling banyak aku beli, Nampak cantik dan design pun up to date je, mulalah hati tertarik. Sebab itu setiap tahun baju raya Alia lah yang paling banyak.

Tahun ini saja dia sorang 5 pasang, kasut raya pun dia sorang yang dapat baru. Orang lain semua pakai kasut lama....hihi. Macam tak adil je bunyinya tapi anak-anak lelaki aku memang tak kisah. Bila aku kata je, " Aqil dengan Abid nak kasut raya ke? Kasut raya tahun lepas tu pun elok lagi, masih boleh pakai sebab jarang guna kan."

Mereka jawab, "Haah ok ibu, Pakai je yang tahun lepas punya, Aqil tak kisah." "Abid pun sama ibu."

Tapi bila soalan sama di ajukan pada Alia, jawapan yang keluar, "Haaaaa! Mana boleh! Alia nak kasut raya baru!"

Hihi....lain kan anak perempuan dengan lelaki.

Sepanjang bulan Ramahdan ni, keywords paling popular yang masuk dalam blog aku ni ialah baju raya 2012. Mesti semua nak mencari baju raya online termasuk ke blog aku ni sebab entri ini. Takpe, aku tambah entri baju raya kanak-kanak lelaki pula. Model utama haruslah anak aku Arif kan. Hari tu tunjuk dia pakai baju kurung Johor, hari ini baju raya yang di gayakan adalah t-shirt dan jeans pendek.

Inilah baju dan seluar tambahan untuk Arif bagi raya tahun ini. Tak banyak pilihan kan, balik-balik macam tu juga. Aku suka nak pilihkan untuk dia jeans pendek macam tu, sebab dia kalau pakai jeans panjang nampak serabut je. Mungkin sebab dia kecik dan kemetot sikit...hihi.
Bila di suruh bergaya depan kamera, pandai pula menggayakan tu. Well done Arif! Penghibur ibu sepanjang masa. Tengok keletah dia dah boleh ketawa  aku ni.

Baju raya Arif masih tak dapat kalahkan jumlah baju raya kakak Alia, macam mana ni? Ibu dengan abah dia, memang kalah terus, anak-anak lebih utama kan.

Semua kawan-kawan lain, dah selesai ke urusan mencari baju raya anak-anak?

p/s: Perasan tak, Arif dah berambut baru. Rambut nak raya.....hehe.

~ يوس ~

17 comments:

  1. wah pandai bergaya.. anak boy baru kecil belum beli sakan, tahun depan mungkin yer..

    ReplyDelete
  2. mmg buntu cari baju anak lelaki
    balik2 kemeja.tshirt berkolar dan takde kolar dan jalur/belang
    pompuan banyak pilihan..tu psl mak dia asik beli baju anak je
    hehe

    ReplyDelete
  3. Kakak kan Yus baru perasan bila baru-baru ini kakak membeli pakaian budak utk kakak sedekahkan. Baju budak lelaki jauh lebih mahal kalau nak yg cantik. Satu t-shirt budak lelaki dah sama harga satu baju gaun budak perempuan. Kalau macam Yus 3 lelaki bayangkanlah...

    Apa-apa pun kakak tetap tertarik dan senyum bila lihat Arif bergaya. Nampak betul dia punya lincah kan:)

    ReplyDelete
  4. sama macam akak jugak, baju raya zara pastinya lebih sedikit dari zarif, boring baju raya lelaki sama jek nak2 lagi badan cam zarif lagi la terhad..walaupun terhad tapi harga baju dan seluar dia boleh tahan gak la..yang penting biar baju dan seluar tu bertahan lama..:)

    ReplyDelete
  5. t shirt budak lelaki mmg mahalkan.Akak pun baru last wk beli utk dorg.Tapi si adik dah 2 kali dia pakai utk jln2 ..bila akak balik ptg dr keja,tengok2 dia main basikal pakai baju baru je..geram tul.Harus sorok lepas ni.

    ReplyDelete
  6. pandai betul dia bergaya..pantang nmpk camera ye...
    a'ah la kak yus...mcm tu jela pesen baju bdk lelaki..pening nak pilih yg lain dr yg lain...

    ReplyDelete
  7. Wah dah siap beli semua baju raya anak2 Yus,siap si Arif dah bergaya dgn baju rayanya.
    Nurul ingat nak beli hujung minggu nie,sbb minggu lps bz.

    ReplyDelete
  8. comel arif posing2 pakai baju baru ye... sporting betul dia kalau suruh beraksi depan kamera...

    betullah kak yus.. anak2 kena diutamakan. mcm kami thn ni persiapan raya alakadar je.... lagipun raya kali ni mmg tak ke mana2 rasanya...

    ReplyDelete
  9. aah kan kak..balik balik belang..balik balik baju kemeja kotak..tensen saya..nak la lain macam sikit..

    ReplyDelete
  10. hensem la arif.. pandai lak posing tuh.. hehe..
    sama la kak sy lg prefer jeans pendek utk anak2..
    lebih selesa utk diorang..
    sy lak tinggal nak cari jeans n kasut utk aidil..
    utk aqeef dah settle dah.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Amboi pandai betul posing2 pakai baju raya yer.. cute laa plak..

    ReplyDelete
  12. Comel model kecik tu.

    Kami tak membeli sangat untuk raya. AKak dalam pantang. Anak2 pakai je baju yang ada. Tengoklah kalau ayah dorang rajin nak bawa bershopping.

    ReplyDelete
  13. Hhihi..amboi kak alia byknye baju raye siap kasut baru lagi.. hihi..mmg berbeza kehendak anak lelaki ngan perempuan..

    Cma pun dah habes soping baju rayo… =)

    ReplyDelete
  14. hensem arif dgn rambut baru dia tu..baju anak dara memnag banyak,kdg2 saya smpai pening nak kemaskan.kalau baju anak lelaki,asyik2 belang..tak pun kotak2..hehe.

    ReplyDelete
  15. pandai tul budak2 nie pose
    dah gaya model cilik ;)

    ReplyDelete
  16. tu sebab dulu sy nak gegurl..sebb geram tgk baju cantek2...kalau gegurl memang rmabang mata dibuatnye..penuh satu almari baju die je hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jemput Like FBPage saya jika sudi ya..:) Terima Kasih