Tuesday, August 07, 2012

Home » , , » Merajuk dengan blog?? | Cream cheese butter cake

Merajuk dengan blog?? | Cream cheese butter cake

Salam Ukhwah buat semua....

Semalam 17 Ramadhan, selesai memasak juadah berbuka SRD berkata " Ambil le gambar, masuk dalam blog eh. Merajuk dengan blog ke? Lama tak update?"

Merajuk ke? Tidak sebenarnya, cuma adalah hati sedikit tersentuh dengan satu komen ikhlas seorang pembaca senyap selama ini, tapi sekali dia komen pedas pula. Jadi aku rasa baik berehat sebentar dari menulis untuk mengambil nafas baru, semangat baru. Aku tentunya sayang dengan blog yang telah lama aku bina ni. Mula mengenal blog dan menulis blog dari 2006, mana mungkin aku melupakannya terus. Sayang rasanya. Ramai kenalan dan sahabat aku dapat dari blog. Komen dan cerita-cerita anda semua menceriakan hari-hari aku sepanjang masa. Bila berdiam diri dan komen pun tiada yang masuk, mulalah rindu bertandang. 

Entri akhir aku 27 Julai lalu ialah ketika hari jadi Arif yang kedua. Tiada sambutan apa pun, cuma aku buatkan anak-anak cream cheese butter cake. Saja nak mencuba buat kek keju pula. Tapi rupanya anak-anak kurang minat, aku je yang suka cheese cake ni....huhu.

Atas pandangan kek dari bahagian bawah, bawah pula kek bahagian atas.

Cream cheese butte cake yang sudah di potong.

Aku bagi kat jiran sikit, anak jiran aku kata "sedap kek tu", tapi anak-anak aku, "kek coklatlah ibu lagi sedap"....huhu.

Ok, inilah first dan last ibu buat, malas nak buat kalau orang dalam rumah kurang suka kan. Sendiri buat, sendiri makan, mana nak datang semangat.....ekekek.

Resepi Cream cheese butter cake (Kredit to blog Citarasa Kehidupan Sue Joshua)

BAHAN-BAHANNYA:
200 gm butter
200 gm cream cheese
250 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
5 biji telur
1 s/t baking powder

CARA-CARANYA:
  • Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati. 
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter. 
  • Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus. 
  • Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

~ يوس ~

19 comments:

  1. Kakcik tengok gambar pun kakcik tu gebu, lembut dan sedap. :)

    ReplyDelete
  2. salam yus..betul kata kak cik..nampak genu betul kek tu..mesti sedap..tapi anak2 memnag suka coklat..kek pun nak coklat kan

    ReplyDelete
  3. kak yus, kek ni boleh kukus tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah pulak, akak pun baru ni pertama kali buat kan...:)

      Delete
  4. Sedapnya yus.. Samalah sy, kurang minat buat sesuatu yg anak2 x mkn. Kecuali dah tingin sgt.. :-)

    ReplyDelete
  5. laaaaa.. cheese cake lah yg selalunya ramai peminat ni Yus...

    dunia blog pun ada cabarannya, anggaplah itu semua dugaan utk mematangkan kita. Saya minta maaf ya, manalah tahukan dalam mengomen2 ni terkecik hati dsb.. selamat kembali berblog ya..

    ReplyDelete
  6. gebu nyer kek!ya allahhh..terliur!heheehhee...

    ReplyDelete
  7. cantik naiknyer , mesti sedap ni!

    ReplyDelete
  8. gebu~~terbayang2 dia punya bau masa keluar oven~~

    ReplyDelete
  9. SENANG JE BUAT EH.nt nk try lah.

    ReplyDelete
  10. mana boleh merajuk dengna blog kan yus.. itulah tmpt kita nak mencurah rasa he.he..
    tp betullah yus, bila apa yg kita masak anak2 tak minat jd tak seronok sgt..

    ReplyDelete
  11. aah lahh ieda ingat yus dah majukk
    sunyii je
    sekali update .. haaaaaaa mak aihh sebijik kek jadi haaaaaaaaaa ;)
    rajin yus melayan buat kek
    ieda sampai skrg x pandai buat kek huhuh

    ReplyDelete
  12. salam...lamanya kak yus menyepi..majuk ngan cma ke? huk3..
    sdpnye tgk kek tu. huhuhu.. nak buat masih x reti lagi...

    ReplyDelete
  13. kat gmbr pun dah nampak gebu apatah lagi kalau tengok real n masuk ke mulut.Kenapa ye ada org yg jenis komen pedas2 dan menyinggung perasaan org.Akak heran org jenis mcm ni coz blog2 yg di komen tu bukannya blog gossip hiburan dunia artis pun.Kebanyakan kita ni family blogger...tak paham..tak paham.Sabar la Yus.

    ReplyDelete
  14. Kat rumah ni pun anak2 kurang minat juga dgn kek yang bercheese ni, memang tak dapat nak buat la

    ReplyDelete
  15. sah ibu dia kuat merajuk nih..
    dengan anak2 pun boleh merajuk..
    heheheh

    ReplyDelete
  16. TQ FR RESEPI..
    cam senang je

    ReplyDelete
  17. saya suka kek yang ada cream2, kalau takde cream memang tak makan ler kecuali kek pisang..akak merajuk ngan sapa kak?

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...