Thursday, August 09, 2012

Home » , » Bingka labu lebih memikat hati mereka

Bingka labu lebih memikat hati mereka

Nampaknya anak-anak ibu lebih suka kuih tradisional dari yang moden ya? Ingat lagi aku ada cerita 2 hari lepas, cream cheese butter cake yang aku buat tak laku di mata anak-anak. Semua jamah sikit je, dan akhirnya selepas 3 hari ke tong sampah.(huhu, membazir je, ada orang lain tak cukup makan tau anak-anak). Tapi semalam bila aku buat bingka labu, guna loyang yang sama besar dengan cream cheese butter cake tu, boleh licin. Selepas selesai berbuka tinggal sepinggan kecik je, dan licin juga mereka ngap kemudiannya masa sahur tadi...alhamdulillah.

Tak sangka pulak mereka minat bingka labu ni. Aku pernah buat bingka biasa je, bingka labu ni baru pertama kali buat. Ada labu jiran sebelah beri, dah buat masak lemak campur kacang panjang separuh, separuh lagi takut membazir aku buatlah bingka.

Aqil dan Abid paling banyak makan. Macam sedap sangat pulak aku tengok mereka makan, sampai berebut-rebut. Huhu, suka ibu tengok kamu makan macam tu. Ibu nak buat lagi pun bersemangat tau! Seronok bila apa yang kita masak mereka makan habis kan.

Bingka labu yang aku buat semalam. Ini bingka labu rezeki untuk jiran sebelah aku. Dia beri kami mee hoon goreng guna pinggan tu, maka aku pun pulangkanlah dengan bingka labu ni. Sebab tu  design  pinggan lain dari biasa, bukan pinggan aku ni...hihi. Sebelum di sedekahkan ambil gambar dulu....ekekek.

Resepi bingka labu ( Resepi asal dari My Resipi)

Bahan-bahan:
( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )- aku guna loyang bulat biasa je 20cm
5 biji telur Gred A - aku guna 5 biji telur Gred B
200 ml air
300 ml pati santan -aku guna santan kotak malas nak keluar cari santan lain.
200 g tepung gandum - aku guna 2 cawan tepung
180 g gula halus - aku guna 1 3/4 cawan gula castor
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus - aku guna separuh labu yang jiran bagi tu, tak tahu berapa berat....hihi.

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan. 
  • Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata. 
  • Tuang adunan tadi ke dalam loyang yg telah di sapu mentega .
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 50 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

~ يوس ~

22 comments:

  1. huuuu..anak sy x pandai makan kuih la kak...dia tau makan karipap dgn kaswi je.kalau kuih lain memang die x nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik lagi kot, anak2 akak dulu pun suka donut dgn karipap je, skrg dah mula suka yang lain.

      Delete
  2. wah!!! bukan budak2 jek suka i yg tgk gambo pun terliur hehehehehe..mcm senang jek tapi nak buatnya tah bila hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang buatnya, tinggal rajin dgn tak je kan

      Delete
  3. wahh rajin yus buat kuih tradisional!
    x penah gak buat ni..salu kalau ada labu tahu masak lauk labu masak lemak jek

    ReplyDelete
  4. Kalau kakak buat bingka labu abang suka bahagian tepi yg ersas tu Yus. Masa baking tu aromanya penuh satu dapur. Bingka labu memang sedaplah Yus..

    ReplyDelete
  5. sedapnya, saya suka bingka2 ni..tapi tak terer buat bingka labu, setakat ni pernah buat bingka jagung je..

    ReplyDelete
  6. lama akan tak mkn bingka labu.nak buat sdiri malas

    ReplyDelete
  7. mungkin minat anak2 pada kuih2 versi old school kut..hihi..
    xpe..yg penting tgk diorg berselera mkn je dh buat kita teruja kan kak :)

    tgk sedap..tp cma kurang menggemari bingka labu..hihih.. :p

    ReplyDelete
  8. Tak penah try makan bingka labu ni..
    Klaau anak2 kak Yus suka maksudnya sedap le kan.. :)

    Kena mencari ar pasni ;D

    ReplyDelete
  9. SEDAP NIE YUSSS
    ieda dah lama x makan
    nak buat x pandai
    tapi nampak macam mudah je resepi dia kan ;)

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak =)
    boleh try nanti.. hehe

    ReplyDelete
  11. bingka labu memang favorite saya kak!

    sekian..taknak tengok gambar lama2..nanti petang ni jugak saya buat..haha..

    ReplyDelete
  12. Qema pun suka kuih2 tradisional camni..terasa di tekak kata orang hihi

    Rindu akak, baru sempat jenguk:)

    ReplyDelete
  13. Akak macam tak pernah makan je bingka labu ni. Kalau labu masak lemak mmg sedap.

    ReplyDelete
  14. tq resepi ni, Kalau KA suka wat koci labu sedap sgt!

    ReplyDelete
  15. toksah kata budak, org tua pon ngidam kuih traditional masa bukak puasa hehee..

    ReplyDelete
  16. kita baru sekali je buat. tp mmg sedap. bdk2 dlm rumah ni kuih2 tradisional tak layan langsung. kecuali donut je. byk2 buah kuih bulan puasa ni, taknak pun diorg mkn. huhu.. nasib baik boleh pass kat jiran2. kalau tk mmg makin membeso la makpaknye. haha..

    ReplyDelete
  17. tk pernh buat bingka labu...

    ReplyDelete
  18. saya suka lepat labu..bubur labu..
    sayur labu..
    :)

    ReplyDelete
  19. salam yus..seronoknya kalau anak2 suka amkan apa yang kita masak kan..bingka labu memang sedap

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...