Monday, October 31, 2011

Home » » Ulangtahun kelahiran anak maz-naz????

Ulangtahun kelahiran anak maz-naz????

Salam petang Isnin...

Wah! Hari ini aku terover rajin update blog nampaknya.
Kita lupakan dulu sekejap gambar-gambar dari Melbourne tu.
Ni aku nak ulas pasal benda lain ni.

Korang ada pasang tak Widget Feedjit di blog?
Widget ni memberitahu mengenai "Live Traffic Feed" blog kita.
Aku letak widget ni sebab aku suka tengok siapa yang keluar masuk blog aku.
Kadang-kadang aku terus terjah kunjungan balas korang semua dari situ.

Hari ini aku jumpa sesuatu yang mencuit hati.
Melalui widget tersebut, aku lihat ada yang sampai ke blog aku ni melalui google.com dengan ayat ini;
ulangtahun kelahiran anak maz-naz.

Mesti si pengoogle itu nak tahu ulangtahun kelahiran anak-anak aku untuk sertai GA kan.
Sila lihat print screen ini.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Apa yang mencuit hati aku, perkataan anak maz-naz tu.
Hahahah...nama aku Yus bukan maz-naz ya.
Mesti ada yang kompius sebab url blog ini ialah maz-naz.blogspot.com kan.

Sebenarnya maz-naz itu adalah singkatan nama anak-anak aku.
Yang lelaki maz dan yang perempuan naz.
Dulu masa create blog ni, tak tahu nak letak url apa, terus letak mcm tu.
Singkatan nama mereka.

Walau masa aku mula2 ada blog ni anak aku baru dua orang,
Tapi dah memang aku set kat kepala,
anak lelaki mesti maz, anak pompuan naz,
so, bila anak dah bertambah pun masih sesuailah kan.

Senyum aku tengok usaha kawan-kawan yang nak join GA aku tu.
Terima kasih semua.
Setakat ini sudah ada 28 penyertaan.
Nampaknya memang kena buat pemilihan sebab ramai yang jawab betul ni.
Kita tunggu sehingga GA itu tamat ya.

~ يوس ~

22 comments:

  1. sapalah yg bertuah nanti dpt fm dr Aussie tu....

    ReplyDelete
  2. TAK SABAR TUNGGU KEPUTUSAN KELUAR.

    ReplyDelete
  3. tahniah kpd yang bakal berjaya .. uncle bagi can kat dia orang kali ini.

    kalau hadiahnya DSLR mungkin uncle join .. hehe

    ReplyDelete
  4. saya yakin saya menang...!
    ekekek...

    **yus,strider buzz tu melanggan iklan kat blog saya..jadi kena la buat kerja sikit..heheheh

    ReplyDelete
  5. glamer gitukan.. okler tu... janji suksess GAtu.. akak belum sempat nak join lagi.. tungguler kalau sempat nanti2...

    ReplyDelete
  6. heheh..keyword camtu pun ade ke..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. Sape nak jawapan, boleh rasuah saya. Hehehe... teruknye saya!

    ReplyDelete
  8. yus dah dapat nama baru ye..he he

    ReplyDelete
  9. gud luck buat peserta..hehe


    follow sni^^

    ReplyDelete
  10. @Sufia Mahzan
    amboi! siap offer tu..hihi

    saper rasuah cik sufia, penyertaan di batalkan...hahahah

    ReplyDelete
  11. hehe.. kelakar pulak kan. bagus la ada usaha macam tu. good luck jugak untuk aii. ekekeke..

    ReplyDelete
  12. akak pun hrp jd slh sorang pemenang...hahahha,
    1st contest msk kt dunia blog ni...

    ReplyDelete
  13. good luck pada semua yang join...

    ReplyDelete
  14. Yus..
    Akak baru sempat nak tengok2 GA tu...hujung2 bulan ni tak boleh "Nyelam" kat tempat keja...sibuk sikit...he..he..nanti akak join ye...:)

    ReplyDelete
  15. Semangat ni nak dpt fridge magnet...hehehe

    ReplyDelete
  16. saya tak masuk kak sebab bagi peluang pada orang lain..hehe

    ReplyDelete
  17. wah...bila nak tutup GA ni sis? x sabar ni..hope bertuah..weee

    ReplyDelete
  18. ohh..ingatkan anak siapalah yek..

    kita pun tak perasan nama tu..hihi



    p/s: insyaallah nak gak join :)

    ReplyDelete
  19. wah, bersungguh mereka mencari info.. bagusnya..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...