Thursday, October 06, 2011

Home » » Anda pengguna kanta lekap??

Anda pengguna kanta lekap??

Aku terpanggil untuk berkongsi artikel yang aku lihat di papan kenyataan klinik mata HBP semalam.
Sebenarnya lama dah nampak, tapi tak berkesempatan nak ambil gambar.

Semalam aku rajinkan diri, dalam pada mata kabur masa tu akibat di titiskan ubat...hehe.
Jadi minta maaflah ya, tak jelas.

Kanta lekap salah satu punca buta?
Kanta lekap boleh datangkan komplikasi
Aku tak pernah menggunakan kanta lekap.
Sejak aku tahu aku rabun 15 tahun yang lalu, tak pernah terfikir pun nak guna kanta lekap.

Seingat aku, ada rakan seuni yang suka menggunakan kanta lekap ni.
Ada juga orang yang aku kenal lebih selesa berkanta lekap dari berkaca mata.
Tapi tahukan anda, kalau cara pemakaian kanta lekap itu salah, ia boleh membawa kepada masalah buta??


Masa mula-mula doktor dapat tahu mata aku ada retinal detachement(retina mata tertanggal/koyak) dulu, benda pertama yang dia tanya aku, awak pengguna kanta lekap ke???

Biasanya, mereka yang suka guna kanta lekap yang lebih berisiko tinggi, tapi kita tak tahu kan.

Tak guna pun boleh dapat juga, cuma nasihat aku, pada pengguna kanta lekap tu, berhati-hatilah.

Di sini juga aku ingin berkongsi dengan anda semua beberapa artikel yang aku jumpa mengenai penggunaan kanta lekap ni.Sila klik dari tajuk-tajuk di bawah ya.



Sedikit keterangan yang aku petik dari artikel ketiga di atas.

Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta. 
Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah.
Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?
Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.
Untuk lebih pemahaman, sila baca seterusnya di sana ya.

Aku ni tak tahulah. Memang dari dulu takut nak guna kanta lekap tu. Rasa macam nak tercucuk je mata bila nak lekatkan benda tu..huhu.

Anda pula bagaimana?

~ يوس ~

24 comments:

  1. tak pernah pakai tak nak pakai...sebab takut nk masukkn benda dlm mata..

    ReplyDelete
  2. Yus.. dulu anak akak guna kanta lekap...selalu pesan dia...nak guna kanta lekap kena rajin...

    Tapi dia guna sekejap je...leceh katanya...

    ReplyDelete
  3. hm, ader yg guna sbb nk lawa....

    ReplyDelete
  4. cik ina rabun tapi tak akan guna kanta lekap takut, pernah cuba sekali pedih sangat. mata cepat kering. lagi pun takut mata terdedah ngan kuman sebab cik ina jenis tak cermat

    ReplyDelete
  5. kak yus.. dah penah cuba pakai kanta lekap ni masa mula2 rabun dulu.tapi x lama sbb tiap2 pagi dtg keje mata merah.belah kiri okey tapi belah kanan tak okey..lgpun susah nak jaga..baikla pakai spek je

    ReplyDelete
  6. Kakak Yati pakai contact lense. Dia punya maintenance tiap bulan, kena beli air cuci tu, dengan penitik lagi, hui.. tapi takpe la, dia rajin.

    ReplyDelete
  7. yus,

    akak mmg pakai contact lens ni dari tahun 1996...kalo pakai spec, rasa cam melecet kat tepi hidung tu n tepi telinga lak

    ReplyDelete
  8. nak share dlm fb..
    buat renungan anak2..sesekali mrk pakai kanta lekap..

    ReplyDelete
  9. sy dah guna kanta lekap since umur 18 sampai skang, lebih 14 tahun...

    mmg macam2 dgr tpi selalu doa supaya tak mudarat...

    takut ek, tpi sya pakai on off je :(

    ReplyDelete
  10. dee tak penah pakai..doc pun kata takleh sbb lens tanam ada dlm mata..so, kalau tak nmpk..pakai speks je..

    ReplyDelete
  11. assalam yus..acik lebih rela berkaca mata..walau pun kadang2 sampai kemek batang hidung..sakit..he he..daripada pakat kanta lekap tu.

    ReplyDelete
  12. tak pernah pakai
    tapi pernah nak guna
    bila tahu hanya boleh pakai
    sat aje then buang..tak jadi

    lani lagiiilah tak jadi ...heee~

    ReplyDelete
  13. sy pun x penah pakai kak.. x berani masa nk masukkan lam mata tu.. ngeri je rasa.. huhu..

    ReplyDelete
  14. pernah try pakai...sehari je pun pakai
    pastu bagi cheqna lagi senang pakai spek...

    ReplyDelete
  15. seriau la nak bubuh kat dalam mata ..
    saya ni eye more pun takut nak titik dalam mata ni kan pulak nak bubuh kanta lekap..
    heheh..

    ********
    nanti kalau ada masa saya buatkan review tu..

    ReplyDelete
  16. saya pernah tengok member pakai..tp kalau salah pakai mata jadi merah..

    ReplyDelete
  17. Eii bahaya ye kak, x pernah pki tp dulu mmg tingin sbb tgk mcm2 corak Ada hihi, cantik2 plak tu

    ReplyDelete
  18. yus..suri tak berani nak pakai benda tu..huhu..kaca mata pun pakai time blur sgt ...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah setakat ni takde masalah besar dgn mata ni.. cuma lately je kadang cerah kadang kabur.. doktor kata sbb umur kot.. kalo drive tengah panas je guna sunglass..

    cepat baik ya yus..

    ReplyDelete
  20. kakyong x pernah guna kanta lekap ni... asbabnya mata kakyong ni jenis sensiitp.. pakai celak pun leh jd mata berair.. 1 lagi, kes tak berani nak letak apa2 dlm mata..

    so sejak umur 13 hingga lah skrg ni dah umur 39 tahun, memang spek ajer lah pilihannya..

    ReplyDelete
  21. tak pernah berani nak pakai... macam tak terbuka je mata bila nak lekapkan kanta tu...

    ReplyDelete
  22. saya pun takut nak pakai kak yus walaupun rabun sikit. dahla mata kecik, macam susah jer nak letak. pakai spek jer la bila perlu

    ReplyDelete
  23. tkasih yus infoo yg sgt2 berguna bagi pemakai cermin mata mcm ieda nie .. hermm sib baik selama nie pakai kanta lekap nie dpt pengawasan dari dr optimistri sbb ieda jenis silau kuat ..

    hermm risau bila baca nie .. kena hati2 kan .. tapi ieda pakai kanta lekap punn bukan selalu , lebih kepada pakai cermin mata :)

    ReplyDelete
  24. cik ana pon pnh teringin nk try pakai lens nih..tp rase mcm x rela je bile nak korek2 mata nak lekat + kuarkan bnde tuh..terus batalkan je niat..hehe





    slm kenal,
    cik ana.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...