Wednesday, August 25, 2010

Home » , » Bentan dan bengkak susu

Bentan dan bengkak susu

Selalu orang sebut, masa berpantang kena berhati2 takut bentan. Aku sendiri tak berapa faham istilah bentan ni. Kata emak aku, bentan ni terjadi kalau kita terambil makanan yang sejuk atau tersepak sesuatu benda yang keras ketika dalam pantang. Selalunya badan akan jadi seram sejuk dan menggigil. Lebih teruk lagi, elok2 darah nifas dah tinggal sikit, boleh jadi banyak semula..tumpah darah kata mak.Sebab tu, masa pantang kena jaga makan dan jangan terlalu lasak, takut  bentan.

Al kisahnya, masa berpantang kali ini, aku memang agak lasak kot. Anak dah ramai sikit, lepas tu, Arif pulak kena kuning, jadi kena berulang-alik ke klinik dan hospital untuk buat check-up. Aku pun tak perasan apa yang tersalahnya, tapi aku rasa, pagi tu aku ke klinik memandu sendiri. Hari tu, malas pulak nak sapu param ke seluruh badan seperti selalu sebelum keluar. Balik tu, tengok tv, entah macam mana remote control astro yang aku pegang boleh jatuh betul2 kat kaki aku. Sakitnya!!

 Lepas tu aku berehat sekejap. Tertidur. Tiba2 aku rasa badan seram sejuk, dah pakai sweater dan stokin + berselimut seluruh badan pun masih rasa badan seram sejuk, mengigil2. Aku rasa macam nak demam. Terus aku telan panadol. Rasa macam lega sikit, tapi lepas tu datang balik. Batuk pulak menjadi2. Aku telefon mak beritahu dan tanya, mak kata nko bentan kot. Ha! Sudah...lepas tu tanya pulak dengan MIL yang ketika itu ada di rumah aku. Dia pun kata mungkin yelah kot aku bentan. Dia suruh aku berehat, dan minum ubat periuk lagi. 

Aku cari2 dalam internet, petua untuk atasi bentan. Antaranya cepat2 sapu minyak panas, pakai sweater, berselimut dan berstokin. Yang ni memang aku dah buat. Lepas tu, satu lagi aku jumpa, minum air kopi panas. Bila aku minum jer air kopi panas2, memang rasa badan lebih segar + minum air ubat periuk panas2. Esoknya, alhamdulillah hilang seram sejuk badan aku.

Satu pengajaran buat aku, bila nak keluar jangan lupa pakai param. Aku rasa kali ni, memang habis stok param aku tu. Biasa aku selalu ngelat...kalau tak berparam pun, aku sapu seluruh badan dengan minyak panas. Ubat periuk pun kali ni paling banyak aku minum. Biasa dua tiga cawan jer...kali ni bercawan2. Kira lebih banyak dari pengalaman yang lepas...tu pun ada ngelat juga sebab aku memang tak suka dengan air ubat periuk tu...pahit dan kelat jer rasa dia.

Habis cerita pasal bentan, ni pasal bengkak susu pulak. Biasa aku memang kena bengkak susu ni. Pengalaman yang lepas, aku suka letak dengan daun kobis tu bila bengkak susu, mula2 rasa lega, tapi lepas tu rasa panas jer..dan sakit bengkak susu tu datang balik. Dah sebulan pun masih mengalaminya. Tapi kali ni, minggu pertama saja aku kena bengkak susu ni. Ikut petua dari mak long bidan yang urut aku tu. Dia buatkan air ramasan daun sirih + sedikit bawang merah dan beras. Sapukan air tu ke payu dara yang bengkak akibat susu yang penuh tu. Lepas tu terus rasa lega..alhamdulillah. Dan selepas daripada tu, takde lagi masalah bengkak susu....aku suka sangat. Biasa pakai breast pad punyalah banyak, kali ni aku guna sekali jer..pas tu takde masalah pun. Mungkin sebab Arif pun kuat menyusu.

Oklah....ada yang minta nak lihat gambar terbaru Arif kan....

Arif dah semakin besar.....
~ يوس ~

11 comments:

  1. Betul tu Yus...masa dalam pantang badan kena jaga..jgn leka dlm menjaga kesihatan...syukur tak jadi apa2...

    Take care

    ReplyDelete
  2. tahniah..atas kelahiran baru...and sudi kongsi pengalaman nie...

    ReplyDelete
  3. sekejap je arif dah besar..chumell...anyway akak jaga diri bebaik tau!!! jgn bentan2 lagi...bahaya tu...

    ReplyDelete
  4. Salam Yus


    bukan senang nak jadi ibu ni , kan....

    ReplyDelete
  5. @Kak anie
    Memang tak boleh ambil mudah kan kak..lagi2 anak2 lain pun perlukan kita...

    ReplyDelete
  6. @alia
    thanks, mana yang boleh di jadikan pengajaran, eloklah di kongsikan..

    ReplyDelete
  7. @wahida
    hehe..mmg dah besar sikit dia..tq

    ReplyDelete
  8. @pB
    memang satu tanggungjawab yang berat...kak pb, thanks sudi tinggal komen di blog yus ni...:)

    ReplyDelete
  9. salam
    saya nak tanya untuk hilangkan bengkak susu tu nak kena guna berapa babyak bawang merah dan faun sirih ue? beras tu perlu ditumbuk ke cukup ramas sahaja?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun sirih tu agak-agaklah, mungkin dalam 10 helai + 1 bji bawang besar yang di potong dan sedikit beras. Beras tak perlu tumbuk, ramas je sekali dengan daun dan bawang tu. Jangan lupa letak sedikit air.

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...