Sunday, March 22, 2009

Home » » Misi tak menjadi..dan majlis kenduri kahwin

Misi tak menjadi..dan majlis kenduri kahwin

Hohoho..misi kami tak menjadi. Kengkonon nak berjalan-jalan pergi picnic ke Gunung Lambak. Sudahnya...melambak kat rumah nih jerlah.Semua tidur tuh, aku saja yang berjaga. Petang-petang macam nih, mendung pulak tuh.

Pagi tadi pun hujan turun lebat. Alia pulak, yang baru baik demam, tiba-tiba pagi ini bangun saja dari tidur, keluar darah dari hidungnya. Selalu juga dia macam tu, tapi kali ini darah yang keluar dari hidungnya tuh macam pekat sangat. Sekali tiba-tiba dia bersin, terus memancut jauh darah tuh keluar. Dengan hingusnya sekali. Hingus yang bercampur darah. Panik juga aku dan SRD. Selepas bersarapan, terus bawa Alia ke hospital BP. Tapi sebelum tuh, sempat juga aku telefon Dr Faez, bertanya serba sedikit apa yang perlu aku buat. Yelah, sebelum ni pun selalu juga hidung dia berdarah. Aku dah pernah tanya doktor dulu, dia kata takde apa-apa. Tapi kali ini, macam pekat sangat darahnya, aku jadi takut pulak kan. Dr Faez memberi jawapan yang hampir sama cuma dia menambah kalau bimbang, pergilah buat pemeriksaan.

Sampai di hospital, jumpa dengan doktor, cerita serba sedikit, dia kata kanak-kanak memang biasa macam tuh. Takde apa-apa kata dia.Hmm..sama jugalah jawapannya kan.Mulanya dia nak ambil darah Alia sedikit, tapi dek kerana Alia takut, nampak jarum doktor, terus jer di pegang tangan dia.Lepas tuh mengecilkan badan dia, sampai tangan dia pun doktor tak nampak. Sudahnya tak jadi doktor tu ambil sampel darah dia. Hmmm geram juga aku. Aku nak ler dia ambil contoh darah tu kan, kot-kot ada apa-apa ker? Akhirnya dia beri Alia multivitamin dah ubat selsema dan batuk jer. Dia kata takde apa-apa, normal kata dia. Eiii tak puashati aku, berapa kali aku tanya betul ker?? Harap-harap betul lah...

Dan kerana ini jugalah, misi kami tak menjadi. Hujan + anak-anak belum sihat betul.

*************************************
Ini pula gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan kawan SRD di Pontian hari Sabtu lepas. Bukan semalam yer, minggu lepasnya tuh 14 Mac. Kawan satu kerja dia satu ketika dulu yang di panggil 'Kojen'. Hmmm nama sedap-sedap, Kojen jadinya...hihi. Masa nak pergi tu, SRD biasalah, dekat jer kata dia. 1/2 jam sampai....Sekali 1 jam setengah baru sampai. Macamlah Pontian tuh dekat jer dengan Parit Raja...huhu. Oklah..tengok gambar ye.

Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai...

Aqil, Alia dan Abid biasalah, kalau pergi majlis sebegini muka monyok jer..huhu

Nak kasi mereka happy, abah dia kenalah ambil bunga manggar nih.

Ha!! Tengok muka Alia tuh..baru nampak gembira bila dah dapat bunga manggar di tangan

Abid pun sama, Aqil jer muka susah nak senyum dalam gambar nih...

Esok dah mula sekolah seperti biasa. Hmmm...mak dia pulak yang malas anak nak mula sekolah balik nih...huhuhu.

4 comments:

  1. Biasa la yus. kalau anak2 tak sihat memang berat nak berjalan mana2 kan. Azi juga begitu.. Baik duduk rumah diam diam aje sekrang.....

    Esok anak anak dah mula bersekolah, kita berdua pun dah mula bertugas kan yus...hihihi.


    p.s
    lama tak makan nasik minyakk.. makan kat benteng aje laaaa kalau teringin..... hihihi

    ReplyDelete
  2. Yus...kenapa le moyok je muka bebudak tu...kalau anak akak...dpt pi jenjalan...bukan main suka lagik...dpt makan nasik minyak plak tu...

    Selamat pengantik baru buat kedua merpelai...

    ReplyDelete
  3. bunga manggar tu memang kegemaran budak2 kenkadang tu majlis tak selesai lagi bunga manggar dah selesai dulu hehe

    ReplyDelete
  4. ajzie: ye..tugas bermula lagi seperti biasa...kalau diorang cuti rasa relax sikit kan azi.

    *****************************
    kak anie: diorang memang tak suka sangat datang majlis gitu kak..bukan suka pun makan nasi minyak tuh..sikit jer diorang jamah..huhu. Bunga manggar jerlah diorang suka.

    *****************************
    bro zino: betul tuh bro, pengantin belum sampai, masing-masing dah sibuk nak ambil, kalau takde orang yang tegah, memang tak sempat tunggu pengantin ler jawabnya..:D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...