Friday, June 01, 2012

Blog ibu bila nak masuk tv?

Kau perli ibu ya? Bertuah punya anak aku yang sulung Aqil! Takpe, ibu tahu blog ibu ni cerita pasal kita je. Malulah nak masuk tv...hihi.

Sebenarnya hari ni teruja bila menonton rancangan Apa Kata Wanita di tv2 pukul 1 tadi, keluar blog sahabat kita Wahida di tv dalam segmen Blog Pilihan. Wahida sendiri ada war-warkan di blognya. Aku ni pun memang selalu juga tertengok rancangan ni secara tak sengaja. Cuma hari ini memang sengaja dan menunggu dari pukul 12.30 sebab takut terlepas.

Blog My All Wahida, keluar dalam rancangan ni pukul 1 tadi. (image ehsan google)

Anak-anak semua sibuk nak tengok cd Ice Age yang dah berkurun lama tu di tv. Aku suruh mereka tengok di bilik aku, tapi mereka tak nak mulanya. Sibuk nak tengok di tv lebih besar kat depan ni. 

"Tak boleh, tak boleh. Ibu nak tengok blog kawan ibu masuk tv ni. Pegilah tengok cd dalam bilik ibu tu!"

"Ha! Blog kawan ibu masuk tv? Wah! Blog ibu bila pula nak masuk tv?", kata Aqil.

" Blog ibu lain tahunlah!', sambil tersengih macam kerang busuk..hahaha.

"Nanti, kalau blog kawan ibu keluar kat tv tu panggil Aqil tau! Aqil pun nak tengok"

Hehe....punya excited anak aku, dia pun nak beri sokongan. Sama rasa teruja.

Lama juga menunggu, bila nak keluar ni? Dok tengok peserta pertama segmen apa ntah masak resepi dia. Dah nak akhir-akhir baru keluar blog Wahida di tv. Teruja gak tengok, sebab dia keluarkan sebahagian entri-entri Wahida di blog dalam tu. Blog My All terpilih sebagai Blog Pilihan kerana  blognya banyak menceritakan tentang pengalamannya melancong dan melawat tempat-tempat menarik di sana sini. Tahniah Wahida!

Kemudian dapat komen ini pula di entri tadi.


Oh! Ibu pun bertuah jugalah Aqil! Tak sangka pulak ada ole-ole kecik bakal di terima dari Wahida. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh beri lagi...hihi.

Tumpang seronok sebab blogger yang kita selalu baca dan masuk blognya semakin maju jaya dalam dunia blogging, takdelah mengharap apa-apa balasan. Apa pun terima kasih ya Wahida. Sayang Wahida juga!

Tahniah! Semoga blog My All Wahida terus maju jaya.


~ يوس ~

Man!! ...Ketawa atok ayah kamu Arif!

Menjengah sekejap melihat cucu sudah cukup membuat mereka ketawa dan gembira. Kelakar cucu-cucu atok ayah dan mak tok ni. Aku sendiri tersenyum melihat gelagat mereka.

Semalam ayah dan emakku singgah sekejap di rumah kami selepas menziarah ke rumah saudara yang bakal mengadakan kenduri kahwin hujung minggu ini. Mereka tak dapat hadir semasa majlis berlangsung kerana sibuk masak di rumah orang kahwin di tempat sendiri, jadinya terpaksalah datang lebih awal. Beri kuih yang di pesan oleh makcikku, juga sedekah duit ' becek' kata orang Jawa.

Aku sendiri rasa kedatangan mereka cukup sekejap, tak lepas rindu pulak apalagi anak-anak. Mana kan tidak, sampainya pukul 12.30 tgh, pukul 3.30 petang dah bertolak balik ke Melaka. Ayah perlu hadir majlis nikah malamnya, bila jadi orang penting untuk setiap majlis nikah kahwin di mukim kampung, begitulah. 

Namun, waktu yang sekejap itu, berjaya menggembirakan hati mereka. Aku pasti, apa lagi telatah cucu-cucunya yang buat semua tak kering gusi. Abid yang teruja atok dan maktoknya datang, sibuk nak tunjuk mereka skill dia bawa basikal barunya.

"Atok, marilah kita lumba basikal. Abid ada basikal baru."

"Mana boleh atok naik basikal Abid. Basikal Abid kecik!"

"Atok naiklah basikal ibu tu, kita lumba ya atok ya!"

Hahaha....ketawa besar atok kamu. Dah tua-tua cucunya ajak berlumba basikal.

Lebih seronok sebab atok bawa durian yang banyak, makan sama-sama. Arif pula dari mula atoknya datang, sentiasa mengekor kemana atoknya pergi. Lebih-lebih lagi atoknya asyik bertanya, bagaimana dengan kakinya yang sakit itu. Pada satu ketika bila atoknya lebih kerap berbual dengan yang lain, di tarik-tarik kaki atoknya, di kejar atoknya kemana saja atoknya berjalan. Mungkin di fikiran Arif, "Kenapa atok tak tengok aku ni?"

Dan di ketika itulah keluar dari mulutnya, "Man!!!"

Dua tiga kali dia panggil atoknya dengan panggilan "Man!!". 

Aduh!! Saper yang ajar ni? Gelak besar atok ayah dan maktok kamu. Terus di peluk manja Arif. Kata atok ayahnya, "Arif seorang yang tahu nama atok ya!"

Atok ayahnya memang biasa di panggil Man, dah namanya pun Paiman. Tapi bila panggilan itu keluar dari mulut cucu yang baru berusia 1 tahun 10 bulan, tak nampak kurang ajar, tapi nampak lucu dan sweet pula ya...hihi.

Gelagat kamu memang buat semua ketawa Arif. Sebelum pulang, sempat lagi atok ayah dan maktoknya melayan cucu-cucu bermain basikal di luar rumah. Walau saat itu sekejap, pasti menjadi memori yang indah untuk di kenang.

Atok ayah! Mak tok! Balik dari Terengganu nanti, kami pula ziarah rumah atok dan maktok ya. Tunggu tau!

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...