Friday, December 02, 2011

Alia : It's her birthday today! Sudah 7 tahun anak ibu.

Pejam celik, pejam celik, anak dara aku yang seorang ini sudah pun 7 tahun.
Tahun depan dah naik darjah 2.
Lahir bulan Disember ni sentiasa awet muda ya Alia...haha.

Terasa masih baru aku rakamkan klip video ini.
Sewaktu sambutan hari jadinya yang kedua.
Masa ni aku dalam pantang.
Baru 12 hari melahirkan Abid.




Alia dengan rambut magginya masa ini.
Semua orang sangat geram tengok dia.
Rasa nak di cubit-cubit saja.

Aksinya yang suka menari dari dulu ini juga masih terbayang-bayang di mata aku.



Dengan bola tersumbat di mulut.
Lucu tau Alia!!

Satu lagi, aksi bersama gitarnya ini.
Ibu sangat terhibur....




Kini Alia dah semakin besar.
Dah hilang rambut maggi tu, tapi masih sangat manja.

Alia terkini di usianya 7 tahun.
Selamat hari lahir sayang...
Moga terus menjadi anak yang baik, kakak yang baik juga adik yang baik kepada kami.
Kami sayang Alia tau!

Anak-anak ibu yang manis...
Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Alia.
Sayang Alia ketat-ketat...
Dan semoga Alia sentiasa di bawah lindunganNya,
dan mendapat keberkatan dari Nya di dunia dah di akhirat....aminnnn.

Happy Birthday Sayang......

~ يوس ~

Thursday, December 01, 2011

Abid: Lada????

Lanjutan dari cerita sebelum ini Abid : Bila kena marah saja tidur.
Aku tertarik dengan komen dari acik ana nya seperti di bawah:-

Maka tadi, aku suruh dia baca perkataan ini dari gambar ini.


Dengan yakin, tanpa dia mengeja atau tengok pada tulisan mungkin,
" CILI "

Itulah yang keluar dari mulut dia.
Aku jeling suruh dia baca betul-betul.
Baru keluar perkataan " LADA" itu.
Lepas tu muka berkerut pandang aku.

"LADA???" Apa tu ibu?"
Huhuhu......

Nak ketawa ke nak marah ekk?
Memang mencabar ajar Abid ni, banyak sangat soalnya,
Aqil dan Alia dulu sangat mudah.

Sabar! Memang aku sabar ni, kalau tak sabar, lama dah kena babap si Abid tu....hehe.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...