![]() |
| image dari astro.com. |
Semangat aku nak tengok Super Spontan episod akhir malam ni. Siapa yang bakal membawa pulang Toyata Camry serta wang tunai RM100 ribu tu.
Selama ni tengok Super Spontan bila balik rumah mil aje. Tapi kerana episod akhir ni aku gatal pi subsribe Mustika Pek di Astro 2 hari lepas. Adeiii....Yus! Super Spontan betul-betul buat aku seronok tengok tv semula. Boleh buat aku senyum je.
Dah episod akhir baru nak subsribe ke? Hmm...tak kisahlah, lepas ni kalau rasa semua tak best, aku buang balik Mustika Pek tu. Kuasa di tangan aku....kihkihkih ( gelak jahat nampak!)
Eh! Korang rasa siapa menang?
SRD kata Zizan menang! Aku pun rasa Zizan sebab pagi tadi tengok carta undian tu Zizan mendahului jauh dari peserta-peserta lain. Walaupun finalis semuanya ada 6 orang, namun saingan sengit pasti datangnya dari Johan. Mereka berdua penaik seri rancangan ni. Memang dua-dua pandai buat lawak spontan.
Kita tunggu dan lihat pukul 10.30 nanti......
Adeh! Apsal lambat sangat! Esok pagi-pagi dah nak pergi rumah makcik aku, anak dia kahwin. Lepas tu nak bertolak terus ke Terengganu. Tak leh tidur awal nampaknya.
Kawan-kawan semua. Blog aku bercuti lepas ni ya, sehinggalah aku pulang dari Terengganu. Kali ni nak bercuti betul-betul. Kononnya tak nak cuba-cuba buka blog bagai atau online. Nak cuba enjoy cuti tanpa sibuk nak online. Nak cuba kawal diri...eceh! Boleh ke ni?
Apa pun pasti merindui kawan-kawan blogger semua. Jumpa lagi nanti....Kalau aku kemaruk tak leh kawal diri, pasti aku mencoret juga di sini atau tinggal komen di blog kawan-kawan semua...hehe.
Salam.....
~ يوس ~

