Tuesday, November 25, 2014

Home » , » Tips Atasi Anak Muntah-muntah Dengan Cepat

Tips Atasi Anak Muntah-muntah Dengan Cepat

Assalamualaikum semua....

Pagi ini mulanya nak kongsi cerita mengenai prestasi Arif di tadika, tapi oleh kerana semalam dia tiba-tiba muntah-muntah, saya nak kongsi tips atasi masalah anak tiba-tiba muntah dengan semua. Kadang-kadang bila anak asyik muntah saja, panik sekejap kan, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku pada waktu malam.

Kejadian berlaku ketika maghrib, waktu semua yang lain sedang bersiap nak bersolat dan kemudian nak mengaji, Arif tiba-tiba muntah. Dia sempat berlari ke bilik air waktu tu. Terkejut juga saya. Kemudian ingatkan semua dah ok, baru abahnya bentang sejadah nak solat, sekali dia muntah lagi. Banyak pula tu, dahlah habis semua tempat solat dan sejadah terkena muntah dia...huhu. Yang keluar semua mee segera yang dia makan petangnya pukul 5. Baru teringat, abang dan kakak, sibuk nak mee segera, ibu tak kasi buat, mereka buat juga sendiri, adik pun makan sama, sekali muntah-muntah sudah....huhu. (Kan dan kata jangan makan mee segera, pi buat juga saper suruh...hehe). Sudahnya, lewat sikit semua bersolat maghrib kena kemas dulu najis muntah yang ada.

Tak habis di situ, kemudian tu, dia muntah lagi 2 kali, adeh!! Risau ibu di buatnya, suruh makan tak mahu pula. So, apa saya buat untuk mengatasinya?? Meh kita baca sama-sama ya...◕‿◕

Kalau anda google cara atasi masalah muntah mesti banyak yang keluar, tapi saya hanya cuba 2 ni saja, dan itu sudah memadai, alhamdulillah.

"Try some ginger tea with a little sugar or eat some fresh gingerbread or fresh ginger slices with salt." [Sumber]
"Ginger tea stops vomiting immediately." [Sumber]

1. Ok, dari 2 maklumat di atas, tahulah saya air teh halia boleh atasi masalah muntah. Makanya apa lagi, cepat-cepat buatkan segelas air teh kosong di campurkan dengan seinci halia tanpa gula buat Arif. Walau tak minum habis, tapi nampak ok dia minum tu alhamdulillah.

segelas teh tanpa gulu + seinci halia

2. Saya juga buatkan Arif  air Performance Drinks untuk di minum. Air teh halia tu dia minum dalam 6 sudu teh saja, tapi air Performance Drinks dapat dia habiskan sehingga ke pagi. Saya cuma bancuh 400ml air masak bersama Performance Drinks dalam shaker dan kemudian beri dia minum.

Arif tidur selepas minum separuh air performance drinks dalam shaker biru tu.

Kenapa Air Performance Drinks pula??

Ini kerana Performance® Natural Orange Drink Shaklee juga di gelar sebagai minuman penghidratan tulen. Apabila kita mengalami muntah-muntah yang teruk, badan kita akan kehilangan banyak air dan ini akan mengakibatkan dehidrasi (penyahairan) berlaku. Bila badan dah kehilangan banyak air, perlulah minum air yang banyak, tapi air Performance Drinks bukan setakat air oren biasa saja tau!!

Performance Drink terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan kita. Sebab itu saya pilih PD untuk mengembalikan tenaga Arif yang hilang akibat kerap muntah-muntah tadi. 

Arif kemudiannya tidur nyenyak sampai ke pagi. Ada dua kali dia terjaga dari tidur, tapi cuma sebab nak minum lagi air Performance Drinks tu. Alhamdulillah habis dia minum dan pagi ini dia nampak sangat ceria.

Performance Drink ni memang wajib ada di setiap rumah. Bila ada saat-saat genting macam ni, boleh terus guna. Kalau sebagai minuman seharian pun memang elok sangat. Yalah, anak-anak kita ni banyak bermain, tapi jarang nak minum air masak sangat kan. PD bantu mereka kekal cergas bertenaga. Untuk ibu dan abahnya pun sangat bagus.

Arif yang kembali ceria pagi ini bersama robot GimLock nya...pakai baju askar lagi,...◕‿◕

Ok, selamat mencuba tips @ petua di atas ya, mudah je kan... ◕‿◕. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Performance Drink?? [Klik sini
p/s: kalau ada tips atau petua lain yang rakan2 blogger nak tambah, jangan segan-segan tinggalkan komen ya... 

Salam Ceria buat semua ,..



 ~يوس ~

9 comments:

  1. Wah... tips yang bagus ni. Boleh dicaba kalau muntah2 nanti... :)

    ReplyDelete
  2. Bagus tips air halia ni..boleh try.

    ReplyDelete
  3. Dah baik arif ye yus..sian dia..

    ReplyDelete
  4. bagus tips untuk anak2bila muntah..lagipun halia boleh buang angin..

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing...
    Lps ni kalo asya muntah2 blh cuba tip ni

    ReplyDelete
  6. Satu lagi kalau anak muntah2, atau kita sendiri yg kena cirit birit ke, cara yang paling senang, bancuh air garam, minum. Mmg mujarab. Mmg sbb mee segera ke dia muntah2 tu?

    ReplyDelete
  7. Salam...alhamdulillah dah sihat.

    ReplyDelete
  8. Teh halia tu kakak tahu Yus tapi PD tak pernah lagi

    Tak padan dgn ligatnya, ada yg tak kena dalam perut muntah juga dia. Kesian tengok bila melepek tapi pagi dah ceria balik... (auntie rindu awaklah hihi...)

    ReplyDelete
  9. Halia mmg terbukti untuk atasi mual..... masuk angin kot perut dia tu Yus....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...