Tuesday, March 20, 2012

Home » , » Melaka Wonderland - Mandi manda (bahagian 2)

Melaka Wonderland - Mandi manda (bahagian 2)

Sambungan dari entri bahagian 1 pagi tadi. Gambar mandi - manda kami sekeluarga. Sebenarnya tak ambil banyak sangat gambar. Lebih syok main air dari posing. Tapi oklah dari takde langsung kan.

Kawasan Melaka Wonderland ni takdelah sebesar Gambang Waterpark. Mungkin sebab belum siap sepenuhnya.Segala transaksi dalam resort tu pun masih perlu guna duit, so agak bahayalah kan. Kena ada sorang yang tukang jaga dompet. Nasib baik ada emak ikut sekali. Mak tok budak2 ni pun memang tak nak masuk dalam air. Suka tengok anak cucu main air je. ..hehe.

Ada locker untuk simpan barang, tapi bila nak ambil barang, kemudian nak simpan semula kira kena masuk duit lagilah. Kalau asyik keluar masuk dompet berapa kali nak kena bayar kan. Dahlah sekali guna locker RM4 eh ke RM5? Lupa pulak.

Ok. Penerangan gambar serba ringkas macam bhg 1 tadi.

*Gambar 1*
>>Aqil, Alia Abid baru turun dari slide berair yang panjang.

*Gambar 2*
>> Anak2 aku bersama abah dan dua orang bapa saudara mereka yang sedikit sengal haha.

*Gambar 3*
>> Aku dan suami @ SRD yang baru turun slide yang tinggi. Serius takut juga naik slide ni. Dahlah berpusing-pusing. Tapi ada satu lagi slide yang lebih buat jantung aku berdegup kencang. Sampai bontot, leher, kaki pun rasa kebas selepas tu. Ada gambar tapi segan nak letak. Nampak sangat muka aku yang kecut perut masa tu. Adik aku tu pun pandai pulak amik gambar. Betul2 time muka aku dan SRD gabra. Saja nak gelakkan aku lepas tu. Apa pun aku enjoy sangat. Puas hati dapat naik. Naik dua slide tu je, yg lain semua malas dah nak rasa kecut perut lagi...huhu

*Gambar 4*
>> Ini pula aksi adik2 aku yang berdua tu. Aku tak naik slide yang ni. Dah seram slide yang sebelumnya tu. Tapi tulah, gambar aku tak berapa pandai nak snap, tu yang jauh aje.

* Gambar 5*
>> Kami semua kecuali SRD dan emak tiada dlm gambar. Dalam kolam yang paling sesuai untuk anak2.

*Gambar 6*
>> Aku dan Arif. Tak tahu kenapa muka dia semacam masa ni. Apa yang pasti dah nak balik masa ni. Dah pukul 1, so takut keluar lambat, lambat bersiap balik, nanti lambat pula solat zohor. Tapi Arif yang tak nak naik masa tu, belum puas dia main air agaknya.

Paling seronok masa berendam dalam parit ala2 terusan. Takde gambar kat situ sebab kamera dan hp tak di bawa bersama masa tu. Kat sini semua anak2 pakai life jacket sebab airnya agak dalam. Tapi mereka seronok pulak terapung dengan life jacket tu, boleh berenang kata Abid. Sampai tiga kali pusing pun dia tak puas.

*Gambar 7*
>> Aksi Afif sebelum pulang.

Keseluruhan, oklah Melaka Wonderland ni. Lepas ni SRD kata boleh pergi A Famosa Waterworld kat Simpang Ampat tu pulak. Adik aku kata sana lagi best.

Lupa cakap. Sini sama macam Bukit Gambang Waterpark jugak. Tak boleh bawa makanan masuk. Siapa yang dah bawak tu, kesian aku tengok kena tinggalkan bekal di pintu masuk luar je. Kami pun cuma beli air, nugget dan fries je di sana. Sampai rumah baru melantak makan puas2. Mana taknya, ayah aku yang tak pergi sebab terlibat dengan kursus haji untuk orang ramai di masjid tu rupanya dah siap masak makanan untuk kami. Ada sambal udang, sayur pucuk dan soo hoon tumis air, serta tahu goreng cicah sambal kicap. Pergh makan tak ingat sebab masing2 lapar. Ayah aku memang pandai masak, tu yang bertuah tu, hehe.
Oklah. Sekian cerita kami ke Melaka Wonderland. Seronok sangat sampai semua muka sunburn teruk juga. Hidung aku pun dah macam badut, merah masih belum hilang...huhu.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

23 comments:

  1. betul la tu kak,kalau nk gmbo byk salah sorang kena berkorban jd potographer :P

    ReplyDelete
  2. syoknyeeeeeee yus
    ekekek tulah .. ieda pun skrg nie macam tuu .. duk jadi camerawoman jelah kalau kemana2 .. last2 tgk x der pun pic photographer muhahahha

    ReplyDelete
  3. seronok kan gi sini...dulu gi pg2 pukul 10 sampai pukul 3...tu pun budak2 x nak balik lg huhu

    ReplyDelete
  4. wah seronok cuti2 ye.kak ina MW ni tak penah pegi lg tp kalau A famosa resort mandimanda tu dah 2 kali gak la.Kak ina mmg suka cuti2 di Melaka sbb tempat2 menarik banyak

    ReplyDelete
  5. berzaman zaman tak pegi theme park.. seronoknya kan...

    ReplyDelete
  6. Bestnye... Amy ni nama aje kampung kat melaka tp tak pernah lagi jejak kaki kat situ..

    ReplyDelete
  7. sy penah gi dulu ms mula2 dia bukak...mmg ler xbest sbb byk mainan xde lg...trs serik nk gi sana...

    ReplyDelete
  8. Kakak suka tengok arif Yus... dia sengih ke apa ke memang buat kakak senyum, tengoklah gambar last tu macam dah besar sangat gayanya hihi..

    AFamosa Water World kakak rasa lagi happening kalau Yus pergi. Banyak tempat permainannya...

    ReplyDelete
  9. bestnya 1 family ni men air.. hehe..
    mesti seronotkan turun slide tu..

    ariff...awat muke mcm tu?? :P

    kak bp rm masuk sane??

    ReplyDelete
  10. aktiviti mandi manda dgn anak mcm ni mmg best...ingat next week nak bawqa anak gi Gambang lah kak....

    ReplyDelete
  11. macam best kt sini lg la kak dr A famosa waterworld.. sana cam x der apa sgt.. baru last year pegi.. lenkali klu gi melaka nk ke sini pulak.. :)

    ReplyDelete
  12. hujung minggu ni nk p bukit merah.. hoho.. hom3 ain air.. huihu

    jom tambah ilmu sikit..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    ReplyDelete
  13. bestnya main air..kalau ada budak2 lg meriah.. D lom ada anak lg..so, pergi ngan adik2 yg dah anak dara jelah nt..

    ReplyDelete
  14. oh baru tahu psal tmpat nih

    naik slide berdua gitu ewah dh pasti romantik + kecut prut hehe

    akk series t.brani hoho!

    ReplyDelete
  15. yus...mandi pool pun masih pakai spek
    tak takut terjatuh dlm pool ke :)

    ReplyDelete
  16. @Ati Masrif
    kalau tak pakai yus macam buta pulak nanti kak. Tak nampak apa...hihi

    ReplyDelete
  17. Ingatkan Arif tu menguap dah mengantuk....Pandainya ayah Yus masak cam tahu je yg org pegi Melaka Wonderland tu kelaparan....

    ReplyDelete
  18. Jelas tergambar keseronokan di wajah anak2 akak tu terutama arif hihi

    ReplyDelete
  19. time aida masuk pepagi hari kul 9:15 tu diorang tak cek langsung beg tau. rugi nyer aida tak seludup makanan :(

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...