Tuesday, August 03, 2010

Home » » Kelahiran Muhammad Arif Zakwan on 27/7/2010

Kelahiran Muhammad Arif Zakwan on 27/7/2010

Arif baru beberapa jam dilahirkan. masih di hospital.

Memperkenalkan anak ke empat kami, juga putera ketiga dalam keluarga Muhammad Arif Zakwan. Arif lahir 12 hari awal dari jangkaan, iaitu pada 27 Julai 2010, jam 5.41 pagi. Berat ketika lahir 2.61kg. Arif lahir agak mudah, aku sampai hospital pukul 3.20 pagi, bila check bukaan dah 4cm, masuk labour room pukul 4.15, dan tak sampai 2 jam Arif selamat dilahirkan. Aku bersyukur, sama seperti dua yang lepas, bersalin kali ini, juga tidak perlu di jahit kerana lukanya kecil saja.
 
Petang itu, aku sempat lagi berpuasa ganti, ada satu hari lagi tak sempat habiskan...huhu. Ingatnya nak habiskan Selasa tu, tapi pagi itu Arif dah lahir. Petang 26hb itu juga, aku sempat berjalan2 dengan anak2 dan mak ke Parit Raja, mengambil baju raya aku dan anak dari tukang jahit yang telah siap. Suka sangat dapat tengok baju dah siap, walaupun tahu tak boleh pakai lagi masa tu..haha. Tahun ni tempah saja, sebab aku tak larat dah nak jahit sendiri macam selalu.Nilah puasa tahun lepas pun tak habis ganti sehari, tahun ni lagi tak dapat puasa, baju raya dah siap..hehe. Aku tak nak kerana aku berpantang anak2 takde pulak baju raya kan.
 
Oops melalut pulak.Petang itu juga dah keluar tanda. Tapi sebab tak sakit aku biarkan ajer. Sampai malam, ada rasa macam contraction sikit, tapi lepas tu hilang. SRD dah berharap sangat malam tu aku lahirkan Arif. Siap dia dah berbaju nak hantar aku ke hospital. Sekali false alarm, terus tak sakit2. Pukul 1.20 pagi baru aku rasa sakit semula. Aku biarkan lagi, sebab takut false alarm saja. tapi sakitnya semakin kerap, selang 15 minit gitu, lepas tu dalam pukul 2.20 dah selang 10 minit pulak. Aku kejut SRD, dia apa lagi, terus kata, jom pegi hospital sekarang. Seperti kelahiran anak pertama, air ketuban aku di pecahkan doktor. Dah memang adat kot bersalin kat tempat kita ni, air ketuban mesti doktor pecahkan, kalau masa anak kedua dan ketiga, semua semulajadi sendiri. Selebihnya seperti cerita perenggan pertama, aku selamatkan melahirkan Arif ketika azan Subuh berkumandang. Alhamdulillah.
Namun begitu hari ketiga, Arif didapati kuning. Kali pertama dalam sejarah, masa berpantang aku dah asyik keluar rumah kerana menghantar Arif ke klinik dan hospital untuk buat ujian AOB. Bacaan kuningnya itu meningkat ke 15.7 pada hari ke 4 buat check-up iaitu bersamaan dengan usianya 5 hari. Arif terpaksa ditahan di wad, tapi aku tak dapat temankan dia kerana wad untuk ibu dah penuh. 2 Ogos iaitu semalam, semasa aku ke hospital lagi untuk susukan Arif, aku dibenarkan stay di wad 1 untuk memudahkan aku menyusukan dia. Alhamdulillah tak perlulah aku berulang alik lagi.
Dan hari ini, Arif dan aku sudah di benarkan pulang kerana bacaan kuningnya dah turun kepada 11.2. tapi Arif masih perlu menjalani ujian susulan di klinik Senggaran setiap hari sehingga bacaan AOB nya menurun kepada <7. Aku berharap usaha yang aku buat akan berhasil untuk mengurangkan bacaan AOB tersebut. Antara petua menarik untuk mengurangkan penyakit kuning aku dapat dari laman blog ini.
Arif hari pertama, di rumah.
Ini pula gambar hari ini, setelah pulang ke rumah. Arif tidur lebih nyenyak begini. Aku belajar dari pihak hospital. Masa Arif di letakkan di bawah sinar ultra ungu tu, misi tidurkan dia begini. Sungguh nyenyak, tidak mengganggu aku tidur sangat..hehe. Malam saja aku buat begini, siang tidak, sebab Arif suka tidor siang, malam dia kuat berjaga...huhu. Siang kalau tidur begini, memang susah ler nak kejutkan dia untuk minum susu.

Oklah. Sekian melapurkan perihal kelahiran Arif Zakwan. Kalau ikut pregnancy ticker di atas, aku sepatutnya masih menunggu dalam debar, tapi alhamdulillah..dah selamat semuanya.

~ يوس ~

17 comments:

  1. Kak Yus! Tahniah! hehe.. dah agak mesti terawal kali ni. sbb ikutkan haritu akk ckp bulan 8. Tp yg penting ibu dan baby sihat. Alhamdulillah... comel dan best betul nama anak2 akak ni tau! hehe.. kiss n hug untuk baby Arif Zakwan. mmuahhh..;p

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yus..dah selamat bersalin rupanya...comel...ciumkan pipi babay arif tu untuk akak ye...suka sgt bau anak2 kecil

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua selamat.dgr nama teringat pemain bola sepak la.hihi

    ReplyDelete
  4. kak yus...dah bersalin rupenye akak ye...tahniah...rasa nak cium je si arif tu..alhamdulillah..selamat semuanya..

    ReplyDelete
  5. yus,


    tahniah ye..bestnya dah leh ulit2 pelok2 baby

    ReplyDelete
  6. tahniah kak yus. sedap nama secomel wajahnya. semoga arif menjadi anak yang soleh. amin...

    ReplyDelete
  7. Tahniah yus... Take care ok..

    ReplyDelete
  8. Kepada semua, thanks for the wishes...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah Yus!

    Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Yus.. 3 lelaki 1 perempuan.. amacam??

    ReplyDelete
  11. tahniah..... :)

    salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  12. salam, Tahniah Yus....selang sehari je kita yea...selamat berpantang

    ReplyDelete
  13. wah, tahniah..comelnya baby :))
    bestnya luka sikit je, tak yah jahit..huhu

    ReplyDelete
  14. tahniah...comelnya baby....luka sikit?...syoknya...Allah permudahkan segalanya...amin

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...