Monday, May 17, 2010

Home » » Satu waktu....

Satu waktu....

Hari ini entah kenapa, baca balik n3 lama tahun 2007. Bila tengok video dan gambar2 mereka masa kecik dulu, rasa cute sangat...Alia masa ni pun masih rambut kerinting...Sekarang dah lain benar nampaknya.Dengan gaya jalannya yang terkedek-kedek..haha. Sorry Alia, ibu kelakar tengok Alia dulu.

Oh ye! Alia sekarang, dah pandai baca blog aku, bila aku update blog jer, mulalah dia kata, ok Alia nak baca sekejap. Kalau n3 tu dia suka, macam n3 AdaMaya sebelum ni, dia baca sampai habis, kalau dia tak suka, dia baca sekerat jer, lepas tu tengok gambar...haha. Dalam masa 3 tahun, dah banyak beza kan...

Abid pun masa ni bulat jer rasa. Kadang2 bila aku rasa malas jer nak tengok atau update blog, rasa nak tutup pun ada, tapi bila mengingatkan, walaupun apa yang aku tulis tu, hanya catatan biasa, gambar2 anak-anak aku, video mereka, mungkin tiada apa yang penting bagi orang lain. Tapi, bila aku dapat tengok balik selepas beberapa tahun macam ni, rasa terhibur sendiri, dan aku rasa, aku memang perlu teruskan apa yang aku selalu tulis dan catat dalam blog ni. Satu waktu, pasti aku seronok melihatnya kembali....dan bukan aku saja, mereka anak-anak aku yang kini dah mula kenal, dan faham apa yang aku tulis, mereka sendiri seronok membaca dan melihat gelagat mereka masa kecil. Kenangan indah.....

Kalau ada yang nak baca sekali, entri mana yang aku maksudkan..boleh ler klik tajuk ni yer..Sepetang di Play Area Meadowhall Sheffield.


~ يوس ~

3 comments:

  1. jgnlah tutup blog akak ni. ana pun tulis blog, bkn kerana apa-apa pun tp rasa release bile ade tmpt bercerita wpun x semestinya org baca.

    ReplyDelete
  2. betul la kak... blog la salah 1 tempat untuk kita catit segala kenangan2 kita.. pastu biler2 baca balik teringat saat2 tu... best... :)

    ReplyDelete
  3. Ana, tak tutup rasanya, cuma ada musimlah blog akak ni..hehe

    ************************

    Hajar: yupp...mmg best bila baca balik kan..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...