Tuesday, May 18, 2010

Home » » Doa ketika mengandung....

Doa ketika mengandung....

Ingin berkongsi dengan semua, antara amalan doa ketika mengandung yang elok di amalkan...

Setiap selesai menunaikan sembahyang yang wajib eloklah membaca doa di bawah ini:


'Ya Allah, jagalah anak yang sedang berada di dalam kandunganku ini; berilah dia kesembuhan kerana tiada siapa yang memberinya selain Engkau juga, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok. Ya Allah keluarkanlah ia dari perutku dengan cara yang paling mudah dan selamat. Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kesiahtan, kecerdikan, pengalaman  dan ilmu. Ya Allah, jadikanlah ia anak yang berbudi bahasa, petah bercakap serta merdu suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis, dengan berkat penghulu kami Nabu Muhammad s.a.w."

Dan apabila terasa ada tanda-tanda hendak bersalin, maka selalulah membaca doa berikut ini : 


"Tiadalah Tuhan yang disembah kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku ini masih tergolong kaum yang zalim."

( Sumber : Buku Pilihan Nama-Nama Dalam Islam; Abu Afiqah; Dinie Publisher;Khazanah Ilmu, Dakwah & Tarbiah)

~ يوس ~

4 comments:

  1. doa yg sama saya amalkan masa peknen ke tiga-tiga anak saya tu.

    ReplyDelete
  2. kak yus ingat tak blogger mamasinga?mana dia sekarang yer

    ReplyDelete
  3. Irfa: eh yelah! Irfa sebut nama dia akak ingat, tapi tak tahu mana dia skrg. Link blog dia pun akak dah takde..Entah dah balik M'sia ke belum dia ekk..dulukan dia di Jepun..

    ReplyDelete
  4. doa nabi yunus tu mmg wida amalkan..tq sis

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...