Thursday, May 13, 2010

Home » , » Aku pemandu......

Aku pemandu......

Ok hari ini untuk kembalikan mood menjadi happy kenalah buat 2 entri sekali, supaya mood sedih itu dapat hilang...hehe.


Ini cerita bergambar untuk rutin aku setiap hari persekolahan sebagai pemandu kepada anak-anakku..Semua gambar di bawah berlaku pada hari ini..ekekeke. Apa ke hal le aku ni. Pedulikan ler..aku nak letak juga.

Peristiwa berlaku pukul 12 tengahari dalam sessi untuk menjemput si kakak Alia. Abid duduk di sebelah bersama Otomen nya...


Ok, kakak dah di jemput. Muka mencuka masuk kereta sebab si pemandu datang lambat katanya. Alahai manjanya...huhu


Aku cuba memujuk. Jom ambil gambar yer. Kakak masih mencuka jer..


Sampai depan rumah, belum sempat turun dari kereta, kakak dah senyum melebar dah. Tudung dah terbang entah kemana. Bagus! Lega hati aku...


Si adik pun sama. Sibuk suruh ambil gambarnya bersama Otomen Dyna tersayang...



Selepas menukar baju, giliran si abang pula balik dari sekolah. Masa ni dah pukul 1230tgh. So, aku bergegas suruh budak berdua ni cepat. Abang nak balik pukul 1245.


Ok. Dah sampai. Nun di sana kelihatan sekolah si abang. Kami menunggu dengan sabar. 


Bosan menunggu, sempat si kakak mengambil gambar selipar dia tu...haha.


Abang dah masuk kereta. Gembira nampaknya budak berdua ni....hehe


Sebelum si pemandu, merangkap ibu mereka meneruskan perjalanan pulang, sempat lagi snap gambar ni. Si abang Aqil dengan muka macam terkejut memegang kupon parking yang tersimpan dalam kereta itu. Kenapalah muka terkejut gitu Aqil oi...hihihi

Dan oleh kerana hari ini, sekolah agama Aqil cuti, sebab hari ni tiada giliran periksa untuk budak darjah 2, relax sikit aku. Kalau tak terkejar2 pulak untuk siapkan dia dan hantar ke sekolah agama pulak. Biasanya tugasan aku berakhir pukul 4, setelah Aqil sampai ke rumah semula dari sekolah agama. Begitulah adanya...hehe. Cerita lain dari aku boleh lihat sini.

~ يوس ~

4 comments:

  1. rutin seharian ye kak. hehe.. oklah tu, bz dgn anak2 kan. Lepas ni lagi bz dengan yg no 4 lak. hehe..
    psst.. camera baru ke kak? cantik giler gambar. hehe..

    ReplyDelete
  2. As, mana ada kamera baru. Kamera dulu tu, beli di Sheffield, ingat lg di meadowhall. As yang dah ada dslr kan..kita masih nikon lama tu juga, yang penutup bhgn baterinya pun dah longgar, kena tampal dgn selotape baru dia kuat..huhu

    ReplyDelete
  3. bila runsing, layan kerenah anak2 pun seronot :)

    ReplyDelete
  4. ibu serba boleh. Tp Azi suka tau jadi driver anak2 nih tau.. sambil drive sambil cuci2 mata.. wakahkahkah..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...