Saturday, June 06, 2009

Home » , » Kerang lagi??...dan bercuti....

Kerang lagi??...dan bercuti....

Aku di Melaka. Baru lepas makan kerang bersama adik. Berebut-rebut makan kerang. Aku dan adik memang suka makan kerang. Orang lain join juga, tapi tak sebanyak kami. Hari ini masak 3kg kerang. Ambik nko!! Memang puas makan...haha.

Ni gambar dalam kuali lagi. Masih panas. Kuali besar tu..memang best!! Puas melantak kerang...hihi. Resepi sama seperti dalam entri ini. Emak aku pulak masak soto. Soto aku belum sempat rasa lagi. Dah kenyang sangat nih. Lepas nih lah kot...hehe.

Minggu ini kami semua akan pergi bercuti. Jalan-jalan makan angin ke Jakarta. Bukanlah sepenuhnya bercuti sebenarnya. Tapi SRD ada urusan kerja di sana. Terlanjur anak-anak cuti sekolah, kami semua ikut sekalilah. Pergi awal 2 hari dari tarikh urusan kerja SRD, jadi harapnya dapatlah makan angin dan shopping sikit. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik...

So, esok malam kami akan berada di sini dan selepas itu kami akan menginap di sini pula. Urusan kerja SRD di Putri Duyung itu, jadi lebih mudah kalau meginap di situ terus untuk malam-malam berikutnya. Tengok dari gambar, menarik tempatnya. Kita tunggu dan lihat laporan aku selepas pulang nanti.Harap-harap tidak hanya indah khabar dari rupa.



Jakarta here we come.

4 comments:

  1. Wah kak kenduri kerang nih. hehe..
    Selamat pergi dan selamat kembali ya buk! dan selamat bershopping di sana.. jgn lupa bwk juta2 rupiah eh. hehe..

    ReplyDelete
  2. Yus...bak le sini kerang tu sikit...terliur akak tau...kat sini kerang dia kecik2...tak macam kat Melaka...besar2 isinya...

    Selamat bercuti Yus.....

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti Yus. Amik gambar bnyk2 tau..leh share ramai2.

    ReplyDelete
  4. Yuhuuuuuuuuuu Yus,
    Wah wah wah berjaya juga misi mu itew.. jgn lupa pesanan ku itew..

    Apa apa pun gumbira gumbira selalu dong.. Kalau jumpa INTAN kirim salamsssss hahahahahah

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...