Wednesday, June 17, 2009

Home » » Trip to Jakarta - Day 1 - 7 Jun

Trip to Jakarta - Day 1 - 7 Jun









Sila klik pada gambar utk image lebih jelas dan tekan next utk gambar seterusnya. Kredit to Ruhil yang ajar aku cara ini untuk letak gambar di blog...Thanks Ruhil..

[ Oleh kerana html kod untuk membolehkan gambar muncul dalam lightbox ini mengakibatkan blog aku ada masalah utk dibuka guna IE, aku buang dulu untuk sementara waktu. Huhu..tak dapatlah gambar2 ni muncul seperti dalam blog Ruhil.....huwaaa]

Set gambar di atas adalah secara rambang dari kami di airport sehingga sampai ke tempat penginapan kami di Mecure Hotel. Kalau semua perasan, teksi di Jakarta baru-baru dan kebanyakkannya ialah kereta toyota limo atau di sini kita panggil vios. Abid paling suka sebab dia kata, "amalah bu!Vios!...huhu.Menurut pemandu teksi di sana, kalau teksi bandaran tidak boleh menggunakan kereta yang usianya lebih dari 3 tahun. So, menurutnya teksi bandaran paling tua tahun 2007. Hmmm..patutlah semua cantik.2.Tapi kalau dah luar kawasan bandar tak kisah kalau usianya lebih 3 tahun. Tapi kebanyakkannya masih tidak lebih dari 5-10 tahun. Bagus kan! Dan kalau sesiapa nak ke Jakarta dan naik teksi, di nasihatkan guna teksi Bluebird. Blubird ni kompeni teksi paling besar dan menggunakan meter dan tidak terlalu mahal. Harga berpatutan.

Semasa kami mula-mula sampai ada orang yang sibuk menawarkan kami teksinya untuk ke destinasi kami. Tapi dia minta dua kali ganda dari tambang teksi Bluebird. SRD masih beriya nak cari teksi Bluebird. Nasib kami tak guna kenderaan mamat tu. Rupanya dia guna Merz dan tiu macam teksi airport terbaik lah kot. Siap resit katanya.

Sampai di hotel, lega rasa. Bilik superb. Dua katil besar. Suka anak-anak aku. Tapi dah banyak kali kami pergi hotel, inilah pertama kali kami nampak banyak makanan tersusun untuk di ambil. (Sila lihat gambar di bawah).

Trip to Jakarta 2009-06-07 030


Trip to Jakarta 2009-06-07 032

Junk food banyak, minuman pun banyak.Anak-anak apa lagi kan, semua terus nak terkam. Tapi rupa-rupanya....kena bayar. Dah siap harga di situ.

Trip to Jakarta 2009-06-07 031
Tengok harga takut!! Al-maklum baru sampai. Harga semua ribu-ribuan...sengihnampakgigi. Pandai betul dia nak tarik pelanggan beli. Nasib baik juga anak-anak aku mendengar kata. Satu pun mereka tak jadi usik. Selamat....

Selepas berehat sebentar dan solat jamak, kami meneruskan perjalanan ke ITC Mangga Dua. Aku tak sempat ambil gambar di Mangga Dua. Adalah sekeping dua kot. Tempatnya terlalu ramai orang. Kedai dekat-dekat. Padat. Banyak sangat pilihan. Rambang mata weii. Enjin baru nak mula pulak tu kan, masih tak pandai menawar. Rupanya kalau diorang letak haraga tuh, jangan segan2 tawar sampai separuh harga. InsyaAllah boleh dapat, tapi mungkin tidaklah 50% dari harga, 40% kompem boleh dapat. Tapi kalau hati keras macam SRD, bawah 50% pun boleh dapat.Perjalanan pergi dan pulang memang berdepan dengan macet. Macet yang agak teruk kalau sudah pukul 6 petang...huhu. Macet tu jem yer kawan-kawan. Kereta memang banyak sangat. Dan kalau tengok cara orang sana bawa kereta..wooo berani!Aku memang tak lulus bawa kereta di Jakarta rasanya..huhu.

Oklah kita tengok gambar lagi sampai habis hari pertama kami di sana. Oh ya! Malam itu, kami cari-cari tempat makan, susah juga. Semua orang kata, kalau pergi ke Ancol jangan lupa makan di Restauran Bandar Djakarta. Kami ni bergambar jer depan restoran tu, tapi tak makan di situ. Sebabnya tak tahu nak order apa. Makanan seafood, tapi nama ikan-ikannya semua pelik-pelik. Kerang pun ada bermacam jenis nama. Pulak tu, tak tahu nak suruh dia masak apa..huhu. Nama makanan berbeza sikit dari kita. Akhirnya makan di Pizza hut saja, tapi ordernya nasi...huhu. Aku order nasi ayam lada hitam. Gambar boleh lihat dari set di bawah yer.












Dari hasil shopping hari pertama, anak2 yang paling suka. Sorang dapat baju Ben 10, sorang baju gambar princess, sorang lagi baju gambar Thomas. Terus jer pakai malam itu juga..huhu.Aqil suka sangat dapat baju Ben 10 tu, macam dalam tv kata dia.

Oklah, habis hari pertama, nanti kita sambung lagi yer....

8 comments:

  1. wahhhhhhh bestttttt nya tgk gambar2 yg banykkkkkk.. sukaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. yus nnt ajar aziiiiii eik.. ada niat nak tya ruhil tp tak tertanya2..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. WOW..JALAN2 KE KOTA JAKARTA.BESTNYA

    ReplyDelete
  4. waa..! da jadi pon.. puas sket tgk gambar bebanyak.. ye tak..? ehehe..

    ReplyDelete
  5. mungkin kah gambar2 tu menyebabkan blog akak takleh buka guna ie?

    ReplyDelete
  6. azi:..syiok kan..hehe, dah cuba ker azi?
    *************************

    Irfa: kalau jalan2 tu mmg best tak kiralah kemana ye tak??
    ***************************

    ruhil: puas tu puas tp mcm ada error jer kalau buka guna IE. Kenapa yer?
    ************************

    asia: Mungkin juga, tp akak mmg suka guna mozilla, tak banyak problem..

    ReplyDelete
  7. kak yus.. sedy gak ngan blog akak ni.. geram pon ada.. sbb saya pon tak tau apa punca.. faris anak kak azu buat jugak.. tp blog die ble bukak kat ie.. kompius btol la.. huhu.. akak tiup2 la sket.. bg jadi.. hihi

    ReplyDelete
  8. i'm gonna make my own site about it

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...