Friday, June 19, 2009

Home » » Kepala Abid berjahit....

Kepala Abid berjahit....

Sabtu lepas di Muar sewaktu ingin berangkat pulang ke Parit Raja, Abid mendapat kemalangan di kepalanya. Dia yang sewaktu itu ingin mencari seliparnya, tiba-tiba tersandung kakinya dengan kasut2 yang lain dan terus terjerumus mengena pada batu beranda rumah emak. Apa lagi, darah memancut-mancut keluar. Aku panik, SRD juga panik. SRD mendapatkan tuala sementara MIL aku mendapatkan kicap dan tisu. Kata emak, letak kicap nanti darah berhenti mengalir. Betul rupanya. Bila di letak kicap, darah tersebut berhenti mengalir. Terus kami bawa dia ke Hospital Muar. Dalam perjalanan,bau darah hampir meloyakan aku.

Inilah tiang batu yang menyebabkan kecederaan di kepala Abid.


Sampai di hospital, bila petugas di kaunter pendaftaran membuat pemeriksaan awal, dia kata perlu di jahit. Masuk berjumpa doktor, dia periksa serba sedikit, dan kemudian mengarahkan kami ke bilik x-ray. Dia bimbang kalau2 ada retak di kepala. Aku jadi tambah bimbang bila doktor kata begitu. Abid nampak cool saja. Dia diam, sepatah di tanya, sepatah dia menjawab. Selesai membuat x-ray, kami berjumpa doktor semula. Alhamdulillah takde keretakan di kepalanya. Terus dia suruh kami ke bilik satu lagi untuk membersihkan luka dan membuat jahitan di kepalanya.

Abid di beri ubat bius. Dia seperti dalam keadaan mamai, tapi sedar. Abid di cucuk di tangannya untuk memasukkan air kedalam badannya. Kesian Abid. Masa doktor jahit kepalanya tu, mula-mula aku tak sampai hati tengok. Mata Abid terbuka, tapi dia tak merasa. Namun aku masih dapat melihat air matanya mengalir. Sayu sungguh aku tengok. Lima jahitan di jahit di kepala Abid.

Bila selesai, kami dibiarkan bertiga di bilik itu. Doktor kata, tunggu sehingga air habis di masukkan dalam badan. Kami menunggu. Dalam 1/2 jam lepas itu, Abid mulai sedar. Dia sudah boleh berkata-kata. Aku beri dia botol susunya, tapi dia tak nak. Katanya, Ubat Abid lom habis bu, tak boleh minum susu. Pandai Abid. Dia seorang anak yang cekal hati, keras hati, keras kepala...huhu.

Ini adalah kali ke dua kepalanya berjahit. Tahun lepas pun dah kena sekali. Tapi satu jahitan saja. Masa tu, sebab dia terhempap kerusi. Masa di airport sewaktu pulang dari Jakarta tu pun, dah benjol kepalanya. Mana kan tidak, berlari saja di airport tu, main tarik-tarik dengan kakaknya. sudahnya terjatuh, luka di kepala, tapi sikit saja.Memang lasak hero aku yang seorang ini. Kalau setakat benjol-benjol di kepala tu pun perkara biasa. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Dia terlalu aktif dan lasak. Suka memanjat, berlari-lari, tak boleh duduk diam. Kalau terjatuh biasa tuh, susah nak lihat dia menangis, kecuali memang dia mengada-ngada nak nangis.Tahu tak? Selepas selesai semua urusan hari itu, pulang ke rumah, mandi, dia masih lagi lasak. Suka hati. Tak sedar agaknya kepala dah berjahit..huhu.

Abid pagi Ahad lepas semasa dia masih tidur.

Lihatlah jahitan di kepala Abid itu.


Dan hari ini, jahitan di kepala Abid perlu dibuka. Bagaimana agaknya dia nanti? Harap-harap dia tidak meronta-ronta. Sebentar lagi aku akan ke PKU untuk buka jahitan di kepalanya. Moga semua berjalan lancar....

6 comments:

  1. harap semua nya ok.. Abid jgn panjat2 tau.. risau auntie azi tgk...

    ReplyDelete
  2. anak buah saya ada gak cenggitu, lasak kemain. ada sekali tu dia jatuh dan bawak gi spital, time tunggu nak masuk bilik rawatan pon dia berlari sampai nurse tu cakap, patut la ko jatuh dikkk keskeskes

    ReplyDelete
  3. astaghfirullah...mudah2an Abid cepat sembuh ya...memang kita as parent terasa ngiluuuu jer kalau anak kena jahit ke apa ke kan?...tapi bagus dia, sebab relax jer...

    ReplyDelete
  4. Sian abid...harap abid dah okay...anak2 selalu camtulah...susah nak dijangkakan apa yang akan terjadi...

    ReplyDelete
  5. Alhamulillah tak retak... benjol sket je tu... esok besar hilang la parut tu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...