Monday, January 19, 2009

Home » » Jalan-jalan Kluang Mall + makan donut

Jalan-jalan Kluang Mall + makan donut

Apa punya tajuk daa..razz

Adakah mood malas aku dah datang semula. Macam ada tanda-tanda. Berlebih-lebih lagi, aku sibuk dengan kerja-kerja rumah + takde cerita menarik . Apa-pun, inilah cerita hari minggu kami yang lepas.

Hari Sabtu lepas, Aqil sekolah. Sekolah ganti sempena cuti tahun baru cina nanti. Jadinya, siang tuh, kami duduk di rumah saja. Hmmm...sudah lama tak balik kampung. Sebulan lamanya. Belum pernah kami memerap saja di Parit Raja selama sebulan. Anak dah sekolah memang agak sukar juga nak bergerak kan.

Malam itu, aku ajak SRD ke Kluang Mall yang baru saja dibuka itu. Orang kata takdelah jauh sangat, dalam 20 minit dah sampai (saperlah orang tuh yer?). Tapi, kami nih yang tak pernah sampai ke sana, terasa perjalanan agak jauh. Bila sampai sana, terasalah juga kelainannya. Best juga, al-maklum tak pernah jalan-jalan area Kluang..huhu. Masuk Kluang Mall, takdelah apa sangat yang menarik. Tapi anak-anakku nampak donut yang berwarna-warni di kedai Big Apple....(apakebenda namanya ekk, lupa lak, al-maklum baru first time beli, biasa dunkin donuts jer), mulalah masing2 tak senang duduk. Memang semua suka donut. Belilah 6 ketul. Mak Aii!! Mahal juga rupanya 11 hinggit 50 sen. Tak puas makan. Tapi tengok aksi mereka makan memang puashati. Macam sedap bebenor. Tengoklah sendiri. Terutamanya Alia, suka benar dia..hihi

Siap menyeringai jer Alia..hahaha.

Selepas makan donut, kami pun jalan-jalan jerlah, window shopping.Nampak meriah sebab dah nak tahun baru cina nih kan. Sana sini nampak tanglung.

Lepas tuh jumpa pulak reptilia nih. Biawak ker apa ekk? Yang pasti Abid takut bebenor nampak benda alah tuh..huhu

Lama juga kami pusing-pusing tuh. Belilah sikit barang dapur di Pacific. Sampai rumah lewat jugalah.

Esoknya Ahad, takde kemana. Relax saja. Malam kot layan AJL..huhu. Teringat pada donut yang mahaiii tapi sedap tuh, petang itu aku pun buatlah donut untuk anak-anakku. Suka bukan main mereka, yelah ibu mereka nih dah lama tak buatkan donut kot. Nasib masih menjadi lagi donut aku. Berbaloilah sebab kosnya jauh lebih murah dari yang kami beli tuh kan. Rasa pun tak kurang hebatnya...hahaha. Licin!!

Donut yang kami beli

Donut yang aku buat

Baru puashati makan. Takdelah sorang seketul jer kan...razz

4 comments:

  1. donut oh donut, sedapnyer nengok bebudak tu duk makan donut

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak mai sini dah ada banyak perubahan... baby akak dah nak setahun Mac ni....

    ReplyDelete
  3. Yus...sedapnya nampak donut warna warni tu...kalau anak akak sikecik tu nampak donut...memang dia suka benar...feveret dia...

    Sesekali berjalan jauh sikit bersama keluarga kadang2 menyeronokkan...

    ReplyDelete
  4. sedapnya donat lama dah tak makan donat kat big apple..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...