Monday, January 05, 2009

Home » » Aqil kelas 1 Cerdas

Aqil kelas 1 Cerdas

SRD dah balik dari hantar Aqil ke sekolah. Keputusan ujian Jumaat lalu dah keluar. Dia dapat masuk kelas 1 Cerdas. Menurut SRD Aqil dapat 29/30 dalam ujian hari tuh. Salah 1 soalan yer. Bagus anak ibu. SRD sempat tengok apa yang Aqil salah jawab. Soalan terakhir, susun semula ayat.

Ayat di beri : bangun pagi Amin
Aqil jawab: bangun pagi Amin

Huhu....jawapan dan soalan sama jer. Takpe, ibu tahu Aqil masih lemah dalam menyusun ayat, sama macam ibu jugak kan. Ayat selalu tonggang terbalik....mrgreen

Menurut SRD lagi, Aqil nampak gembira di sekolah. Dah dapat kawan baru. Hmm aku tanya SRD macam mana dia berkenalan dengan budak tuh? Semuanya kerana beg Ben 10. Dua-dua pakai beg Ben 10, terus riuh bercakap. Hanya kerana beg Ben 10. Seronoklah tuh, ada kawan yang sama minat yer. Sampai ke sekolah Ben 10 tak tinggal..sabar jerlah.

Semoga berjaya Aqil. Macam tak percaya pulak anak dah masuk darjah 1. Dah 'otai' rupanya aku...mrgreen.

nota kaki: Tak dapat ambil gambar Aqil hari ini sebab aku tak ikut sekali. Kamera pun SRD tak bawak.

10 comments:

  1. waa...Aqil dah darjah satu...alahai dah besar anak ibu ye...

    gambar Aqil di hari pendaftaran cukup encem la...dah besar nanti mesti encem nih....kan sayang kan...

    Aqil bijak sebijak namanya...29/30 tuhh...semoga Aqil membesar dengan lebih bijak lagi ye nak...

    ReplyDelete
  2. tahniah aqil..

    Teringat yus citer.. soalan ibu lagi susah dari soalan cikgu.. hihhi.

    ReplyDelete
  3. kak puteri:aminn..InsyaAllah, moga sampai dewasa minatnya untuk belajar terus membara.

    ajzie: hehe..tulah kan.

    ReplyDelete
  4. waahhh.. aqil dah darjah 1. mak aaii, ada test ke nak naik darjah 1..??

    ReplyDelete
  5. mulan: ha'ah ada ujian untuk penempatan kelas. Budak2 darjah 1 skrg kalau boleh dah pandai membaca sebelum masuk sekolah. Tak mcm zaman kita dulu kan..

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada aqil...semoga sentiasa menjadi anak yang cerdas...

    Sekarang ni bebudak lelaki giler barang Ben 10...akak beli pencil case dia ...nampak macam kotak je...dgn stationeries dia harga sampai RM20....pengsan....

    ReplyDelete
  7. Tahniah Aqil!

    Nanti mintak jam Ben 10 pulak dr ibu ye.huhu!

    Otai bukan sebarang otai...

    ReplyDelete
  8. nani..
    Otai dari dari Melaka.. hihihi
    sambung nani sambung

    ReplyDelete
  9. salah ler plaks...

    Otai datang dari Melaka.....

    sambung cik nani kita...

    ReplyDelete
  10. kak anie: mahal ekk barang2 dia. Aqil tu pun dah bunyi2 gak, kawan dia tuh, semua ben 10 kata dia, pensil box, botol air semua. bunyi mcm nak jugak..huhu

    nani:..hihi, otai apa nah ekk?
    kalau jam ben 10 dia dah pernah ada, dah habis dikejakan dia. laa nih, tidur pun siap dgn lampu ben 10, tak de lampu tuh, tak nak tidur bilik sendiri, sakit ibu dia nak layan kerenah dia..

    ajzie:amboi! siap dgn pantunnya ker...wakakaka

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...