Thursday, January 08, 2009

Home » » Alia di tadika...

Alia di tadika...

5 Januari yang lalu, dalam aku kalut2 excited Aqil nak masuk tahun 1, aku juga turut excited sebab Alia masuk sekolah baru. Pusing jugalah memikirkan nak masukkan Alia ke tadika mana. Mulanya aku dah masukkan nama dia ke tadika lain sebelum cuti hari tuh. Tiba2 kami berubah fikiran pulak setelah fikirkan kebaikkan dan keburukkannya. Tidaklah aku kata tadika yg mula2 tuh tak bagus, tapi aku tgk guru2 di sini macam lebih komited. Satu kelas sampai dua guru, dan satu kelas dalam 12 orang jer. Hmm baguslah pada kiraan aku untuk Alia. Satu lagi sebab tadika nih ada sessi petang. Bagus juga, kerana Alia amat susah bangun pagi. Selalu berchenta nak kejutkan dia bangun tidur pagi thn lepas.

Baru nak masuk seminggu, jadinya tak nampak sangat perubahan ketara. Tapi yang aku perasan, dia dah belajar dua tiga jenis lagu gak. Selain itu, bacaan syahadah nya dah bertambah lancar (walaupun pelatnya masih ada). Aku suka dengar dia nyanyi lagu "Angkat tangan kanan goyang, goyang, goyang; Turun tangan kanan duduk diam diam"......dan seterusnya. Comel jer dengar...razz.

Alia langsung tidak menangis. Dia sendiri dah tak sabar nak ke sekolah barunya hari pertama itu. Pukul 6.30 pagi dah bangun, ikut abangnya juga. Akibatnya dia tertidur di kelas masa hari pertama tuh. Cikgu dia kata, tidur sampai tersengguk-sengguk. Tapi masuk hari kedua dan seterusnya, memang tak terjagalah pagi2 tuh. Kalau belum pukul 9.30 mana dia nak bangun...lol.

Moga semuanya berjalan dengan baik. Harap dia juga akan boleh membaca macam Aqil sebelum bermulanya persekolahan sebenar.

Alia di tadika

Kecik jer tengok Alia berbanding kawan-kawannya. Tak macam budak 5 thn. Hmm memang baru masuk 4 thn pun dia, lahir jer 2004.

Abid pun turut sibuk...mrgreen

p/s: gambar ehsan dari kak ajzie. Thanks ajzie..hehe tolong ambilkan gambar.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...pandai2 anak Yus...dua2 rajin ke sekolah...kecik2 lagi dah bersemangat untuk ke sekolah...semoga semangat itu akan berterusan...Insyaallah

    ReplyDelete
  2. kak anie: takut mula2 jer nih semangat kak...hehe. Tapi sbg ibu kitalah yg kena kuat semangat kan kak, nak pastikan mereka semua berminat dan suka ke sekolah. Dapat bayangkan mcm mana sibuknya akak urus anak2 dari dulu sampai skrg.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...