Monday, January 06, 2014

Arif dah masuk sekolah!

Selamat Tahun Baru 2014. Sebulan menyepi dari blog, rasa perlu juga update sekali sekala. Masa memang mencemburui. Banyak lagi benda lain yang menuntut perhatian aku. Tapi kira perlahan-lahanlah update.

Permulaan persekolahan 2014. Tahun ini minggu persekolahan akan bermula dengan hari Ahad. Tiada lagi Monday blues, tinggal Sunday blues saja nampaknya.

Arif pun aku dah masukkan ke tadika. Dalam usianya yang baru masuk 3 tahun 5 bulan lebih kurang, dia berjaya mengharunginya.

Gambar semalam, Ahad, masing2 dengan semangat baru.
Hari pertama ke sekolah bagi Arif ialah semalam. Dari rumah memang cukup bersemangat. Tapi sampai sekolah meraung!!! Abahnya yang hantar ke sekolah, aku tak ikut sekali.Menangis kuat kata abahnya. Masa balik cikgunya beritahu menangis lama sampai tertidur di pangku cikgu. Kesian anak ibu.

Ini gambar pagi tadi. Dah dapat baju sekolah. "Saya budak tadika Pasti", kata Arif.
Nampak lebih berani hari ini.Berjanji dengan semua tak akan menangis. Sampai sekolah abahnya kata, air mata dah mula bergenang bawah mata, tapi dia tahan. Bila abahnya pergi, cikgunya kata, menangis juga dia. Ayat dia pada cikgunya, " Nak tengok abah kejap je!!!" Hehe, kelakar pula ibu rasa,

Selepas daripada tu, diam dah. Mulut dia pula yang tak berhenti bercakap,ada je cerita. Itulah komen dari cikgunya. 

Tersenyum aku dengar. Bravo Arif!! Anak ibu memang budak bijak! 

Teringat pula akhir tahun hari tu, dia masih lagi pakai diapers. Dari bulan November aku latih dia, akhirnya berjaya juga masuk sekolah tanpa diapers lagi. Apa pun masih takut juga kalau2 dia terbabas, tapi dari ceritanya tadi alhamdulillah, tak terbabas.

Buka seluar sendiri, ke bilik air sendiri, tapi pakai seluar semula, cikgu yang pakaikan, hehe.

Semoga menjadi insan yang soleh Arif. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak ibu, amin.

Done! Update ringkas mengenai permulaan sekolah mereka bagi tahun 2014, terutama buat Arif.

Wednesday, December 04, 2013

Sekitar hari grading 5th grade taekwondo mereka

1 Disember yang lalu, ialah hari grading taekwondo Aqil dan Alia. 5th grade, lepas ni lulus dapat blue belt pulak.

Gambar dan video, sebagai kenangan di kemudian hari. Semoga terus cekal untuk sampai ke black belt. Takut Aqil yang tak kesampaian nak dapat tali pinggang hitam, sebab tahun depan dia dah darjah 6. Harap2 bolehlah hendaknya.



Aqil dan Alia berada di barisan hadapan tepi sekali.


Susah juga step untuk tali pinggang hijau 2 ni. Tapi bila lihat step untuk red belt lagi susah. Ada seorang budak tu kecik dari Aqil dah merah, tapi kesian dia tak dapat pecahkan papan dengan penumbuknya yang comel lote tu.Menangis dia. Tapi tetap gigih nak mencuba berulang kali. Semoga anak-anak ibu dapat jadikan keazaman dia sebagai pemangkin semangat untuk terus berlatih dengan gigih lepas ni ya. Aqil dan Alia boleh!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...