Wednesday, May 16, 2012

Terima gangguan SMS

Malam-malam buta, membawa ke pagi aku terima gangguan SMS dari siapa pun tak tahulah. SMS pertama  masuk pukul 11.00 malam tadi. Kemudian melarat-larat sampai ke pagi. Aduh! Takde kerja lain agaknya. Tak kan lah tak tahu nombor pakwe sendiri kot? Main hentam aje hantar SMS. Mengganggu betul!

Ini SMS yang aku terima.

Mula-mula dia tulis "SALAM."
Sebab datang dari nombor yang aku tak kenal, aku balas," SIAPA NI?"
Bermula dari situ teruslah meleret-leret SMS nya. Aduh! Perempuan gatal kot!

Ini SMS seterusnya dari dia...


" Pemilik handset ni ke mana?"

" Okay bye!"

" Sory awk ni istri pemilik hdset ni ke? sye tak tahu dia sdh beristri..."

"Papa....god 9 muah muah..."

"Papa...nyenyk tido.ma trsado plak tringt kn papa..huhu..."
image hasil carian google

Nasiblah aku dah tak sedar SMS yang berikutnya dari dia tu, kalau tak memang tak tidur di buatnya. Kemudian tu pagi-pagi, ada panggilan masuk dari nombor sama. Bila aku angkat dia letak telefon. Aku geram, aku telefon dia semula. Tak berjawab pun. Geram puya pasal, SMS dia pula....

" Papa, papa....sape punya papa ni? Salah no ni. Saya bini orang lah!"

Boleh pula lepas tu dia jawab, "Sory tslh no"

Aduh! Takde kerja ke dik non!!! Kalaulah nombor hp yang dia main-main tu pemiliknya lelaki, confirm boleh gaduh rumahtangga lah dik! Cubalah jangan suka-suka SMS kat orang. Suka-suka boleh bawa bencana. Tensen aku pagi-pagi ni...huhu.

Oklah, malas lagi nak layan, lagi di layan aku pula yang stress. Ini pertama kali dapat SMS dari nombor yang tak di kenali dan tulis yang pelik-pelik macam ni....huhu.


~ يوس ~

Tuesday, May 15, 2012

Dari putih ke kuning 1

Tak berpeluang nak masuk taekwondo masa sekolah dulu, bila tengok anak-anak berlatih dan pergi grading rasa teruja. Baru tahun ini aku masukkan mereka ke kelab taekwondo ni. Sebenarnya baru tahun ini mereka sibuk nak masuk. Kalau tak ya-ya, dan mereka tak minat, malas juga nak keluarkan modal untuk aktiviti seumpama ini. Tapi bila mereka sendiri yang bersuara dan tunjuk minat, sedaya upaya perlulah berikan sokongan.

Tarikh 28 April yang lalu acara grading buat mereka Aqil dan Alia. Kira exam untuk menentukan mereka layak atau tidak bertukar tali pinggang dari putih ke kuning 1. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka masa exam tu, tapi aku sebagai ibu yang lihat dari jauh sangat berdebar-debar. Rasa gugup terlebih macam aku yang nak ambik periksa...hahaha.

Sebagai kenang-kenangan, aku ingin abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Moga cepat-cepat bertukar warna tali pinggang lagi ya....hehe.

Kelihatan Alia peserta ke 3 dari belakang masa acara memanaskan badan

Sir mereka sedang bersiap sedia, para pelajar pula sedang menunggu giliran

Masa untuk Aqil dan Alia ke hadapan, untuk menunjukkan skill masing-masing.

Bersemangat aku tengok mereka. Sangat teruja dan seronok tengok.

Ini pula Sabtu lepas, balik dari latihan taekwondo bersama tali pinggang kuning masing-masing yang baru saja di beri oleh Sir mereka. Tahniah kerana lulus ya anak-anak. Adik-adik mereka pun tak mahu ketinggalan...hehe
p/s: bila mood blog merudum, mulalah aku menukar susun atur blog sendiri untuk menampakkan sedikit kelainan. Bagi mood tu datang sikit. Ok tak?
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...