Thursday, November 17, 2011

Hadiah tak sesuailah!!!...

Salam.....

Baru dapat online hari ini.
Dari pagi di sekolah,
untuk acara anugerah kecemerlangan dan pengumuman keputusan UPSR.

Tahniah untuk sekolah anak-anak aku.
14 orang murid dapat 5A.
Dan daripada 14 orang itu, 10 daripadanya lelaki.
Tersenyum aku tengok, sebab selalunya pelajar perempuan lebih menyerlah.
Kali ini mereka membuktikan sebaliknya.

Tahniah sekali lagi buat mereka yang berjaya dapat 5A itu.
Pihak sekolah mengumumkan mereka akan dapat hadiah wang tunai RM200 setiap seorang.
Berganda-ganda kegembiraan mereka dan ibubapa mereka kan.
Tumpang seronok untuk mereka semua yang berjaya.

Berbalik kepada tajuk.
Anak-anak aku kan dapat juga hadiah untuk subjek terbaik kan.
Aqil untuk Bahasa Arab, dan Alia untuk Matematik.

Aqil, Alia dan Abid bersama hadiah mereka. Abid tu, dapat cenderahati di tadika. Cikgu dia beri semalam.
Tak sempat nak ambil gambar di sekolah,
Atau masa mereka terima hadiah dari cikgu.
Sebab apa???
Sebab ada Arif Zakwan yang tak reti duduk diam.
Aku memang berpeluh jaga dia tau!
Asyik nak berlari saja...huhu.

Ok, apa yang tak sesuainya hadiah mereka tu kan.
Sila tengok gambar di bawah ya.

Inilah hadiah yang terkandung dalam beg yang mereka pegang dalam gambar pertama tadi. 
Aku rasa hadiah bekas makanan dan air tu macam tak sesuai untuk kategori subjek terbaik tau!
Besar pulak tu bekasnya!!
Nak bawa ke sekolah sebagai bekas bekalan pun tak boleh.
Ini bukan hadiah untuk pelajar ni.
Ini hadiah untuk ibu pelajar!!!
Hahahahah....
Nasib baik ada piala untuk kenangan.
Kira yang ni untuk ibulah kan anak-anak....hehe

Aku lebih suka kalau cikgu bagi buku bacaan,
buku aktiviti untuk tahun hadapan ke.
Biar anak-anak lebih semangat nak belajar lagi.
Kalau untuk Matematik, apa salah beli buku sifir ke,
buku aktiviti Matematik ke?

Dan kalau untuk Bahasa Arab, kamus bahasa Arab pun ok apa.
Lebih sesuai gitu, daripada beri mereka bekas makanan yang sangat besar bagi mereka...ekekek.

Tapi aku suka hadiah yang budak2 pra sekolah dapat tadi.
Beg sekolah angry bird tu!!!!
Cantik pulak tu.

Yang lelaki dapat warna biru,
dan yang perempuan warna merah jambu.
Sayang aku tak sempat ambil gambar mereka yang menerima hadiah tu.
Melayan Arif lebih menjadi keutamaaan.
Kalau tidak dia boleh lesap dari pandangan sekelip mata saja....huhu.

Apa pun alhamdulillah.
Cuba lagi yang terbaik di tahun hadapan ya anak-anak.

~ يوس ~

Wednesday, November 16, 2011

Kita tanya, Ustaz jawab....

Dua tiga menjak ni, suka benar aku dengar rakaman ceramah dari Ustaz Azhar Idrus di youtube.
Banyak yang boleh di pelajari.
Kalau dah klik satu klip tu, mesti banyak lagi yang bersusun boleh di tengok.

Ustaz ni memang bestlah.
Setiap jawapan dari soalan yang di beri, mesti ada lawaknya.
Jadi pendengar tak bosan.
Namun semua yang di kata, tak dapat di sangkal kebenarannya.

Antara yang aku suka tengok...





















Video klip yang akhir tu...
Soalan:-

air kopi kueh tat,
mkang kerang mata beleh,
guaner ni ustaz
borang isi pitih x buleh.

Jawapan ustaz:-
di kuala kubu umno bergocoh
Guane kejadian tak dang nak mmkir;
hak tu pun mung nak susoh
gilah tanya JKK...

Mantap jawapan ustaz..hahaha.
Walaupun ada yang aku kurang faham,
nasib pernah sekolah di Terengganu dulu,
takdelah tak faham sangat...
Tapi kelass lah ceramah ustaz.

p/s: malam-malam dengar ceramah ustaz azhar idrus ni, terang mata aku....:)

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...