Sunday, January 11, 2009

Cerita Tertungak 2008 (part 2)- Resident Desa Lagoon

Blog,

Ini merupakan perkelahan pertama kami sekeluarga bersama adik beradik yang lain. Kami ke PD dan menginap di Resident Desa Lagoon pada 13-14 Disember yang lalu.. Tempat penginapannya, ala-ala chalet. Cantik, tapi tiada tempat nak masak pun. Kami sewa dua bilik. Penuh gak lah setiap bilik, sebab jumlah kami agak ramai. Antara kami ada yang bawa toto sendiri dan bantal sendiri..razz. Akulah antaranya tuh.

Walaupun hanya dua hari satu malam, seronok jugalah. Siapa yang paling seronok kalau tak anak-anak. Malamnya tu, kami berbarque di tepi kawasan tempat kami menginap tuh. Ada dua keluarga yang berbarque malam itu, tapi rasanya keluarga kami lah yang paling bising. Penghuni lain macam senyap jer malam itu. Kami saja yang terlebih agaknya. Kalau tidak tak datang lah meriah dan seronoknya..kan..kan mrgreen.

Antara gambar-gambar yang sempat aku rakamkan masa itu. ada dalam kolaj di bawah. Entah kenapa kamera aku nih macam dah tak berapa best jer..huhu. Macam nak mintak kamera baru lak...mrgreen.

Mandi-manda kita

Malamnya acara barbeque

Kenyang sungguh malam itu. Makanan yang lebih di bawa untuk sarapan keesokkan paginya

Pemandangan kawasan tempat kami menginap di waktu pagi

Mandi-manda di tepian pantai pula..

Seronok main air nih.Abid tuh, pedih mata sebenarnya tu, mata termasuk air masin..

Waahh..seronoknya! Memang seronok pun, aku sendiri dah lama tak main air macam tuh kan..

Gambar-gambar terakhir sebulum berangkat pulang

Ada ura-ura nak menjadikan acara ini sebagai acara tahunan. Family Day kami sekeluarga. Kemana destinasi seterusnya yer?..

Friday, January 09, 2009

Lahir 1 Januari masuk setahun awal ke sekolah...

Aku tak tahulah sama ada aku yang ketinggalan atau berita nih memang tak ramai yang tahu. Apa yang pasti aku baru tahu hari ini.

Sewaktu aku menunggu Aqil pulang dari sekolah hari ini, aku sempat berborak dengan salah seorang ibu yang juga sama macam aku, tengah tunggu anaknya keluar dari kelas. Perbualan kami lebih kurang macam ini :

Dia: Lambat pulak budak2 nih keluar ekk.

Aku: Belum pukul 12.05 minit pun. Kita yang awal nih.

Dia: Anak awak menangis tak hari tuh?

Aku: Takde pun. Dia ok jer, dah biasa kot, sekolah tadika lama dari umur 4 tahun.

Dia: Baguslah macam tuh. Anak saya nih takut sikit. Sudahlah dia baru 6 tahun sebenarnya.

Aku: Ooo, lahir bulan 12 ker? Saya pun risau anak saya yang kedua tuh nanti masuk sekolah, sebab lahir bulan 12. Dia tuh kecik jer orangnya.

Dia: Taklah. Dia lahir bulan 1. 1hb Januari 2003. Tapi dah kena masuk darjah 1.

Aku: Eh!! Apasal pulak macam tuh? Bukan tahun nih, budak2 yang lahir 2002 jer ker?

Dia: Tak, anak saya lahir 2003 1hb Januari. Tahun lepas, kononnya datang sekolah nak daftarkan dia masuk pra-sekolah tahun nih. Alih-alih cikgu cakap dia dah kena daftar untuk masuk darjah 1. Saya pun pelik jugak mula2. Siap jumpa guru penolong kanan semua. Dia kata memang sekarang macam tuh. Untuk tahun 1, pengambilan pelajar adalah dari mereka yang lahir 2hb Januari 2002 sampai 1hb Januari 2003.

Aku: Oooo ye ker? Alahai kesian lah dia.

Dia: Tulah, nasib baik juga saya masukkan dia tadika tahun lepas. Ingat tahun nih dapat pra. Kalau tak langsung tak ke tadika anak saya.

Aku: Kenapa pulak macam tuh ekk. Dah lama ker polisi nih.

Dia: Entahlah, saya pun tak tahu. Saya ada bercakap gak dengan guru kelas dia. Saya beritahu anak saya nih takut, kecik lagi. Dia lahir 2003. Cikgu kata takpe, lama2 ok dia nanti.Cikgu pun tahu memang macam tuh.


Jadi, kalau dulu masa kita sekolah, saper yang lahir 1 Januari tuh, kira dialah yang paling tua dalam kelas. Tapi sekarang nih, siapa yang lahir 1 Januari tuh dialah yang paling muda dalam kelas ekk...rolleyes.

Hmmm, sah2 aku nih ketinggalan zaman ekk. Berita macam nih pun tak tahu. Baru setahun lebih berada di Malaysia semula. Rupa-rupanya dah 2 ,3 tahun lepas di laksanakan. Hmmm, nasib gak berborak dengan kawan tuh tadi (lupa lak nak tanya nama). Kalau tidak memang aku tak tahu...redface.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...