Thursday, June 07, 2012

Fobia jumpa doktor gigi??

Salam kembali blogku yang di rindui.....

Aku dah balik dari bercuti di Terengganu, tapi kini bercuti di Melaka rumah emak pula. Penat belum hilang, baju banyaknya nak basuh. Hari ini saja 4 kali mesin rumah emakku ini berpusing. Ada lagi 1 beg baju kotor masih belum berbasuh. Yang tu, gilirannya terpaksa di tunda esok sebab tiada ampaian lagi boleh di gunakan. Penuh!!!!!

Sepanjang bercuti, yang tak seronoknya gigi aku sekali sekala berdenyut sakit. Nasib baik bukan setiap masa. Dari dulu memang takutnya nak jumpa doktor gigi. Fobia gila!!!

Kali akhir aku tampal gigi dan cuci gigi masa belajar di UiTM Shah Alam dulu. Punyalah lama....Tapi itu tidak bermakna takde jumpa doktor gigi langsung selepas itu. Ada jumpa masa mengandungkan Arif dulu, tapi periksa gitu2 jelah. Doktor pesan suruh jumpa selepas bersalin, hampeh...aku tak jumpa pun. ...haha.

Hari ini kuatkan hati jumpa doktor gigi. Tambahan pula SRD pun nak cabut gigi gerahamnya yang berlubang. Mula ingatkan doktor panggil SRD dulu, sekali nama aku dulu di panggil.

Pertama kali gigi aku di X-ray. Setelah x-ray di buat, doktor kata ada dua gigi perlu di cabut. Satu dah berlubang, satu lagi dah rosak juga. Tapi oleh kerana gigi itu sakit bila doktor ketuk, maka gigi tidak boleh di cabut pada hari ini. Doktor kata tunggu minggu hadapan. Alang-alang dah jumpa doktor gigi, aku minta dia cuci   sekalilah.

image ehsan google
Berapa tahun tak cuci gigi ni? Ngilu rasa, adeh! Berdesing-desing dengarnya. Keluar dari situ, rasa gigi bersih je seketika...haha. Oooopsss. Jangan silap, ni cuci gigi tau! Bukan berus gigi. Kalau berus gigi, hari-hari aku berus, kalau tunggu tahun baru nak berus sekali, mahu ompong semua gigi....hihihihihi.

Berapa ya biasanya kos jumpa doktor gigi ni. Aku kan takut sangat nak jumpa, sebab ingat mahalnya nak cabut gigi. Ada orang kata sampai RM500 nak cabut gigi, biar betul. Kos yang terpaksa aku bayar tadi di Klinik Pergigian Mawar Peringgit Melaka.

X-Ray gigi = RM35
Cuci gigi (Scaling) = RM65
Ubat-ubatan = RM35

Jumlah semua RM135...huhu. SRD cabut gigi, satu batang RM45, so dua yang kena cabut jadi RM90. Ini untuk gigi geraham, kalau gigi depan murah sikit. Campur x-ray RM30 dan ubat RM5. Apsal SRD punya ubat murah je...huhu. Aku punya antibiotik sampai dua kot, untuk hilangkan sakit sebelum boleh cabut minggu depan. Itu yang harga lebih tu. Mahal ke murah ya kos pemeriksaan gigi tu?

Takut juga masa dia bersihkan gigi tu....huhu. Aku rasa kuat aku pegang kerusi doktor tu, mahu nak terangkat bontot. Baru cuci gigi, belum cabut lagi...huhu.

Rasa kalau dah tak sakit minggu depan, mahu aku tak cabut gigi ni. Siapa yang ada penyakit takut macam aku nak cabut gigi?

Tapi kan, dulu kecik-kecik, aku pernah tau cabut gigi ikut cara yang emak ajar. Ikat gigi yang dah bergoyang dengan benang, lepas tu hujung benang yang satu lagi ikat pada tombol pintu. Tutup pintu kuat-kuat, tercabutlah gigi tu....hahahaha. Siapa pernah buat macam tu? Jangan di ikut ya, ajaran sesat tu...hahaha. Jumpa doktor gigi, itulah yang sebaiknya.

Ok Yus!!! Lepas ni jangan malas dan takut nak jumpa doktor gigi Baik apa doktor gigi tu, gigi sihat, makan pun senang kan.

Eh! Aku cuti-cuti Terengganu, terus hilang program diet aku. Makan aje...huwaaaa, habisssssslahhhhhh!

~ يوس ~

Friday, June 01, 2012

Zizan Vs Johan dalam Super Spontan Akhir

image dari astro.com.

Semangat aku nak tengok Super Spontan episod akhir malam ni. Siapa yang bakal membawa pulang Toyata Camry serta wang tunai RM100 ribu tu. 

Selama ni tengok Super Spontan bila balik rumah mil aje. Tapi kerana episod akhir ni aku gatal pi subsribe Mustika Pek di Astro 2 hari lepas. Adeiii....Yus! Super Spontan betul-betul buat aku seronok tengok tv semula. Boleh buat aku senyum je. 

Dah episod akhir baru nak subsribe ke? Hmm...tak kisahlah, lepas ni kalau rasa semua tak best, aku buang balik Mustika Pek tu. Kuasa di tangan aku....kihkihkih ( gelak jahat nampak!)

Eh! Korang rasa siapa menang?

SRD kata Zizan menang! Aku pun rasa Zizan sebab pagi tadi tengok carta undian tu Zizan mendahului jauh dari peserta-peserta lain. Walaupun finalis semuanya ada 6 orang,  namun saingan sengit pasti datangnya dari Johan. Mereka berdua penaik seri rancangan ni. Memang dua-dua pandai buat lawak spontan. 

Kita tunggu dan lihat pukul 10.30 nanti......

Adeh! Apsal lambat sangat! Esok pagi-pagi dah nak pergi rumah makcik aku, anak dia kahwin. Lepas tu nak bertolak terus ke Terengganu. Tak leh tidur awal nampaknya.

Kawan-kawan semua. Blog aku bercuti lepas ni ya, sehinggalah aku pulang dari Terengganu. Kali ni nak bercuti betul-betul. Kononnya tak nak cuba-cuba buka blog bagai atau online. Nak cuba enjoy cuti tanpa sibuk nak online. Nak cuba kawal diri...eceh! Boleh ke ni?

Apa pun pasti merindui kawan-kawan blogger semua. Jumpa lagi nanti....Kalau aku kemaruk tak leh kawal diri, pasti aku mencoret juga di sini atau tinggal komen di blog kawan-kawan semua...hehe.

Salam.....


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...